Showing posts with label rumah contoh. Show all posts
Showing posts with label rumah contoh. Show all posts

Wednesday, September 5, 2018

DK IMPIAN @ DAMANSARA WEST, Kediaman Citarasa Anak Muda Masa Kini

Hi Korang,

Orang kata pelaburan dengan membeli rumah sebagai aset adalah salah satu langkah jangka masa panjang yang sangat bijak. Ini kerana memiliki kediaman bukan hanya dianggap sebagai keperluan asas bahkan kita juga boleh jadikan pelaburan untuk mendapat kewangan secara konsisten melalui pemberian sewaan. 


Kebetulan pula kak lily telah berkunjung ke dk Impian Sales Gallery baru-baru ini bagi melihat sendiri rumah dibawah projek mereka. Kebetulannya ada kengkawan duk mengesyorkan pemaju ini memandangkan kreadibilitinya sebagai pemaju hartanah di Malaysia cukup popular melalui pencapaian yang pernah diperolehi. 


Sebenarnya, kak lily mencari-cari lokasi hartanah di kawasan yang mempunyai kemudahan aksessebiliti. Memandangkan target sebenar kak lily untuk mendapatkan hartanah bagi tujuan untuk disewakan sebagai pendapatan sampingan. Jadi lokasi yang dipilih perlulah yang menjadi tumpuan bakal penyewa yang inginkan kemudahan pengangkutan awam, lengkap dengan fasiliti, berdekatan dengan pusat pendidikan seperti kolej, pejabat dan sebgainya. 

Dan seharusnya kak lily memilih dk Impian di Damansara West. 


Rumah yang dibina di bawah Akta Hakmilik Strata ini bukan hanya menawarkan rekaan dalaman yang cukup menarik, bahkan jika dilihat kepada susun atur bangunannya cukup sempurna. Contohnya terdapat tempat beriadah/beristirehat di kawasan rata di atas bumbung paling atas. Tidak dinafikan ianya agak unik dan antara port yang pasti menjadi tarikan. Terdapat juga kawasan kolam mandi yang terletak di bahagian tengah mengelilingi blok-blok bangunan dk Impian. 

Antara ciri lain yang menarik untuk rumah di dk Impian ini ialah ianya mempunyai 2 kunci utama di bawah satu unit rumah. Terutama bagi mereka yang ingin menyewakan bilik, pasti tidak akan ada masalah privasi. Di mana penghuni-penghuni rumah tersebut akan memasuki rumah mereka dengan menggunakan 2 pintu yang berlainan. Yang bestnya pemaju juga ada menawarkan pemasangan "build-in" kabinet seperti katil, sofa dan rak pemyimpanan (rak buku) 

Jadi sekiranya, jika kita ingin sewakan bilik dari rumah yang kita diami di sini. Tidak akan ada masalah 'privasi' yang sering diutarakan oleh penyewa. Terdapat banyak jenis rekaan susun atur ditawarkan. Ianya bergantung kepada saiz pembukaan lantai pada unit yang ditawarkan. 

Antaranya adalah seperti:- 


Agak kecil jika dibandingkan dengan siri yang lain. Untuk anak-anak yang bujang pasti menyukai rekaan 'simple' seperti ini. 

Katil yang boleh dilipat menjadi sofa

Dapur 

Sofa di ruang tamu 

Rumah yang sederhana besar. 

Dapur dan ruang belajar 

Rak buku 

Tandas, agak luas juga 

Yang ini keluasannya agak luas dan sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. 

Tandas 

Katil di bahagian bilik utama 

Kelihatan ruang dapur, ruang rehat dan bilik air. Lebih cantik dan luas. 

Harga adalah bermula daripada RM320,000, pada pengamatan kak lily ianya cukup berbaloi jika kita melihat kepada rekaan rumah, fasiliti dan kemudahan yang diberikan. 

Untuk pembelian, booking dan pertanyaan lebih lanjut. Boleh hubungi :- 

017-2002322 

017-2006662 

Boleh kunjungi showroom di:- 

Pantai Berkat Sdn Bhd 
No 25 Jalan Uranus AG U5/AG, 
Bandar Pinggiran Subang 
Seksyen U5 
40150 Shah Alam, Selangor 

Atau layari laman web www.dkimpian.com.my

Landmarks : Nak ke lokasi dk Impian Sales Gallery, waze atau google maps sahaja lokasi yang hendak dituju tau! 


Credit info dan photos dari : Ayu Rafikah