Showing posts with label ronasutra product. Show all posts
Showing posts with label ronasutra product. Show all posts

Friday, November 1, 2013

RONASUTRA Mineral Eye Colour, Mata Jadi Cantik

Hi Korang,

Aku kureng sket guna Eye shadow ni.


Sebab aku rasa buatkan mata aku cam pelik sket lah. Sebab warna-warna kat kelopak mata kan. hehehhehehe kelakar plak rasanya.


So masa aku ke booth Ronasutra harituh di Subang Parade, diorang duk perkenalkan Ronasutra Mineral Eye Colour produk terbaru dalam rangkaian Ronasutra ni.


Ianya di perbuat daripada 100% bahan semulajadi ni bukan saje selamat digunakan malah menampilkan wana-warna yang menyerlahkan mata si pemakai.



So sesampai je, team Ronasutra bersihkan muka aku. Diorang nak test samada aku ni reti pakai ke eye shadow ni. Ya ampun, mak mane reti noks. Tenyeh-tenyeh dengan jari boleh lah.

Nasib baik ada Yana, bolehlah mintak tolong ajarkan sket.


Tengoklah hasilnya, kelakar. Maklumlah tak reti pakai. Rupanya kena blend bila pakai Eye Colour ni baru mata nampak lagi menyinar.



Ronasutra Mineral Eye Colour ni terdiri daripada 3 warna serasi dalam 1 palet dan boleh di dapati dalam 5 pilihan palet. Warna-warna seperti 'Earth Tones' di lengkapkan dengan warna yang lebih mendalam untuk serlahkan mata. Warna cerah boleh di gunakan sebagai 'base' atau pun 'highlighter'.



Kalau nak mata berkilau macam M Daud Kilau boleh dapatkan warna Orange Brown, Violet, Silver, Deep Brown dan Gold, terus dapat title minat glitter nanti ek hehehehhehhe





Packagingnya sangat comel coz ianya bertindan, so korang bolehkan menyusun koleksi warna mengikut kesesuaian korang. Sebab ianya kecil so boleh je selit dalam handbag kan.

Kata Cik Audri iaitu Pengarah Produk dan Pembangunan Jenama Miliyasutra Industries Sdn Bhd, kalau kita gunakan jari untuk menyapu Mineral Eye Colour ni, hasilnya sangat awesome korang. Walaupun dalam bentuk loose gituh tapi mudah nak digunakan. Tekap dan ratakan dengan jari korang untuk dapatkan warna yang lebih mendalam dan berkilau. Kalau nak nampak lebih lembut dan 'matte' sapu je selapis bedak kat mata tuh.

Lagi satu, Eye Colour ni gak boleh digunakan sebagai celak atau warna kening melalui pelbagai teknik dan aplikator. Ni satu contoh aku bagi, gunakan warna mata senfan berus yang sedikit lembap untuk menggaris macam liquid eyeliner.

Tentulah korang nak tau harga kan.


Ok ok Ronasutra Mineral Eye Colour ni dah ada dijual di semua butik or flagship store pada harga RM38 bagi setiap palet yang terdiri dari 3 warna. Kalau susah sangat, beli je secara 'online' di www.ronasutra.com atau pun kaunter Ronasutra di Plaza Marsalam Shah alam, Subang Parade dan Wangsa Walk Mall.

Tuesday, March 26, 2013

Belajar MakeUP Dengan RONASUTRA Mineral Powder

Hi Korang,

Dah lama aku nak citer pasal RONASUTRA 2 in 1 Mineral Foundation and Powder.

Tapi tak berkesempatan.

So now baru ada masa nak citer.

Korang pun perasan kan yang kulit muka aku ni agak berminyak dan sensitif gituh kan, so senantiasalah bertukar-tukar produk kecantikan untuk kepuasan diri. Banyak gaklah berabis duit tapi tak perlah untuk diri sendiri so tak kisahlah.


Aku pun ikut Ruby ke office RonaSutra kat Damansara Height ni. Lagipun Choon (kawan PR ktorg) dah siap-siap tunggu so tak delah segan kan.

RonaSutra ini merupakan mekap berasaskan 100% mineral membantu merawat secara semulajadi agar kulit sihat dan berseri, sesuai untuk kulit sensitif, tahan selama 16 jam dan selamat digunakan walaupun ketika tidur.

After simple briefing pasal kulit muka aku yang oily ni, so sessi belajar make up pun bermula

Remove make-up dulu, buang kotoran degil ye


Sapukan base dan concealer di muka dan leher dengan gunakan span. Tepek-tepek je


Kemudian sapukan mineral powder guna kabuki brush secara circular motion. Memang lembut je berus tu kena kat muka

yeah! dah siap pun.  La apsal mata aku duk tertutup bagai plak ni

Senang kan?

Ok ok meh aku tambah sedikit tips cara pemakaian Bedak RonaSutra ni.

  • Sapukan moisturizer ke muka sebelum menggunakan mineral powder.Mineral powder sebenarnya akan blend sendiri dgn minyak semulajadi yg terhasil dari kulit muka kita, tetapi jika your skin is too dry, kemungkinan kulit anda akan kelihatan agak berdebu & tak natural. Apply moisturizer anda dan biarkan kering about 5 mins. 
  • Goncangkan bekas powder yg bertutup dan gunakan brush. Anda boleh juga tuangkan powder melalui lubang kecil bekas tu ke penutupnya. Cara ini akan menghalang daripada pembaziran penggunaan powder yg terlalu banyak. Tuang lagi jika perlu selepas penggunaan pertama.
  • Gunakan brush kecil (atau brush utk eyeshadow), untuk menutup cela atau parut dimuka anda. (Seperti guna concealer)
  • Kemudian tekan brush (foundation brush/brush besar) pada bekas/penutup dan tekan hujung brush pada setiap bahagian seperti tengah dahi, pipi kiri kanan, dagu & hidung.
  • Sapukan powder menggunakan brush secara sapuan bulatan (circular motion) sehingga semua powder pada muka anda telah kelihatan rata. Dan ini akan membantu mineral powder utk sebati dgn kulit juga.
  • Anda boleh mengulang langkah 2, 4 & 5 utk mendapatkan kemasan yg anda ingini terutamanya di bahagian bawah mata atau seluruh muka dan leher


  • Kat bawah ni merupakan rangkaian produk yang aku gunakan

    Ronasutra 2 in 1 Mineral Base dan Concealer (RM45 - 3g)
    Ronasutra 2 in 1 Mineral Foundation dan Powder (RM48 - 3g)
    Ronasutra Mineral Cheek Colour (RM38 - 3g)
    Ronasutra Kabuki Brush RM38 
    Ronasutra NBR Sponge RM5

    Banyak ek

    Alah nak cantik apa salahnya


    Dah beberapa hari pakai sendiri, ini adalah hasilnya kan. Nampak kemas dan flawless je muka aku ni.

    Nak tau lebih lanjut pasal RonaSutra ni,meh check it out kat www.ronasutra.com Korang yang sama jenis kulit muka dengan aku ni boleh cuba dulu kot. May be ok pada korang kan mana tau..

    Memang betul-betul sesuailah.