Showing posts with label restaurant in iOi City Mall. Show all posts
Showing posts with label restaurant in iOi City Mall. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

Dinner Di Pak John Steamboat & BBQ IOI City Mall

Hi Korang,


Ya ampun boleh di katakan setiap 2 minggu sekali ktorang pi makan kat sini.

Tak tau nak makan apa ke terus ke sini, boring-boring je pi sini makan. Inilah tempat yang tak payah nak fikir sebab semuanya ada di sini. Nak makan dah siap masak, nak masak sendiri, nak makan dessert, nak makan mee, nak makan waffle semua ada.

First time kak lily makan Pak John ni dulu masa di PakJohn outlet di E-Curve Damansara, hah lama giler tuh. Memang teruja dengan kepelbagaian makanan yang ada sampai sakit-sakit perut makan kan hauhauha itu dulu.

Bila PakJohn bukak di iOi City Mall ni lagilah happy kan sebab bertambahlah lagi tempat makan untuk ktorg berdua. Bayangkan sampai bebudak waiter pun dah boleh kenal muka sebab setiap kali pi makan mesti extra 2 sup padahal yang makan hanya 2 orang je tapi mangkuk tetap 2, bayar je lebih sket je hah. 

senang duduk meja panjang, luas boleh letak makanan banyakkkk

Kebetulan hari tuh hujan lebat dan memasing balik lambat, so Mr Big cakap kita makan luar lah malam ni. I nak makan yang bersup-sup sebab hujan ni. Ermm start je kereta terus ke iOi City Mall, alah 10 minit je dari rumah hah. Tak fikir panjang terus jalan ke restoran Pak John ni. 

nak duduk kat sofa pun boleh jugak

inilah meja VVIP, kalau ada event bole buat kat sini

Settle buat bayaran terus je ambil tempat, di sebabkan tak ramai orang so bolehlah pilih nak duduk memana, of courselah kak lily pilih meja yang dekat dengan makanan hahahaha dasar pemalas nak jalan kan. 

Tengoklah susun atur bahan-bahan makanannya











pilihan sos pencicah pun kemain banyak jugak, hah pilihlah yang mana satu

Kemain cantik lagi ek, kemas je kak lily tengok terus menambahkan lagi selera nak makan dengan banyaknya. Ini sket je gambar kak lily letak ni sebenarnya ada banyak lagi ek.

Eh makan yang dah siap di masak pun ada jugak tau





So kalau rasa lama tunggu sangat nak makan bolehlah makan menu ni dulu ek hehehehe memang pelahap sungguh lah kak lily ni kan

Kalau korang nak tau supnya ada pelbagai jenis pilihan


Ada sup ayam, sup miso, sup tomyam, sup kari, sup udang. Hah lantaklah korang nak pilih yang mana satu idaman tekak. 

you sana, I sini ye dear...

Nampak? Memang setiap kali makan order 2 sup yang berbeza, sorang sup tomyan sorang lagi sup udang, maklumlah citarasa tekak kan tak sama so sup asing-asing. Eh tak gaduh pun tapi elok cam ni tak de nak masam muka di sebabkan sup hehehehe

Ok makan!!







Kan kak lily cakap pilihan makanan kitorang pun berbeza so pinggan pun asing, bangun amik je makanan sendiri settle masalah.






Selain daripada itu restoran Pak John Steamboat ni turut menyediakan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas, ada ABC, ada kaunter aiskrim, dim sum dan waffle. Eh tidak ketinggalan dessert pun hado cuma larat atau tak nak makan lagi kan.

Ini list harganya


Berpatutan dan berbaloi di nikmati sessi keluarga, even ada sekali tuh ktorang celebrate birthday Mr Big duduk dalam bilik VIP tuh hah, makan sampai kembung perut lagi hehehehehe

Bagi kak lily, PakJohn ni sedap, murah dan variety pilihan. 

Nak singgah ni tempatnya :

Pak John Steamboat & BBQ 
GE 11, Ground Floor, 
IOI City Mall, Putrajaya

Operation time : 11.00am-10.00pm
Hotline : 0389571128


Mari LIKE dan FOLLOW Pak John di social media berikut : 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 












Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, April 29, 2015

Makan Tengahari Di Fish & Co iOi City Mall Putrajaya Sempena Grand Opening

Hi Korang,


Tengahari kalau tak de apa-apa memang aku duk memerap kat opis ni je, malas nak kuarlah sebab panas.Sungguhlah hai puteri lilin kan. Padahal hitam legam melemiuh muka tu kan hahahaha


Bila dapat invite dari Fish & Co untuk ke grand launching outlet mereka yang terbaru iaitu di iOi City Mall Putrajaya of courselah tak nak lepaskan peluang. Lagipun lama dah tak ke sana so pegi jelah bukan jauh dari office.



Duduk semeja dengan blogger Suria Amanda, majority press yang ramai blogger cuma ktorang berdua je, sementara nak tunggu event start, of courselah bergambar di photobooth yang di sediakan.



Fish & Co melancarkan cawangan terbarunya di iOi City Mall Putrajaya berikutan kejayaan outlet-outlet sebelum ini di One Utama Shopping Centre, Pavilion KL, Paradigm Mall, Place Utama @ USJ 21, dan The Mines Shopping Mall.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh pihak media dan blogger. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Lee Yeow Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOI Properties Berhad, bersama-sama dengan Director Fish & Co. Steve Tan





Ktorang di hidangkan dengan menu lunch buffet termasuklah Grilled PeriPeri Chicken, Grilled Salmon, Seafood Pizzas, Captain Hook (fish fillet), dan pelbagai lagi menu yang sedap dan lazat. Makan dalam kuali mestilah awesome kan hehehehe




Thank you Fish & Co sebab sudi menjemput Cik Lily Putih ke grand launching ni, so lepas ni tak yah nak pi jejauh nak makan ikan kan hehehehe

Cik Lily Terfikir : nasi butter diiorang ni sedap lah ek, nak tambah tapi malu la plak..

Thursday, February 26, 2015

Makan Di FATBURGER™ Restaurant iOi City Mall Putrajaya.

Hi Korang,


Ermm burger memana pun kita boleh dapat kan tapi burger yang betul-betul handmade tu memang payah nak jumpa kan.

we on instagram

nasib baik madi ade ek, kalau tak segan dibuatnya hehehe

Bila dapat jemputan special untuk makan-makan di restoran Fatburger™ haruslah tak nak lepaskan peluang kan. Tambahan pulak dekat dengan rumah kan, iOi City Mall je. Haruslah orite sajor so tak yahlah nak guna waze sangat.


Hah itulah restoran Fatburger™ ni. FAT untuk Fatburger™ lain ye maksudnya. Kat sini, FAT stands for Fresh, Authentic and Tasty. Itulah ingat gemuk plak ek.



Cantikkan. Simple sajor deconya, very modern dan minimalist kata orang bijak pandai designer

Mr Don, President of Fatburger™ USA

Fatburger™ North America Inc ni di tubuhkan pada 1952 merupakan family dine-in restaurant yang menghidangkan bahan-bahan segar, Halal 100% dan mendapat pengiktirafan daripada USDA dan juga ianya merupakan pure lean beef patties yang diterbangkan khas daripada Australia, 

Di antara menu utama atau orang kita panggil signature dish adalah Fatburger™ hamburgers served with a wide assortment of fresh condiments; chili; chili dogs; steak fries; fresh cut onion rings; real hand-scooped ice cream shakes.

Kini Fatburger™ beroperasi di lebih 25 countries across the globe. Current operating Fatburger™ territories include U.S.A., Canada, Europe, Africa, Asia, and the Middle East.

Gituh kisahnya.


Yang specialnya di restoran Fatburger™ ni, kita boleh customized burger kita mengikut apa yang tekak kita nka makan. Of courselah sebelum order kita refer kat papan menu atas kaunter cashier tuh. Ada pelbagai daging patty burger mengikut tekak korang. Boleh di tambah condiments lain seperti pickles, sayur, sos, bawang dan memacamlah. Nak sos banyak ke, tak nak bawang ke, nak pickles banyak ke kan, ikutlah apa yang korang suka.


Ok ok it’s time to reveal the foodssssssssssssssss….

Onion Rings

Tangled Texas Twist
Fresh cut tumbleweed chips with special homemade queso verde sauce and shredded cheddar jack cheese


The Original Fatburger

Handmade beef patty, mayo, lettuce, tomato, pickles, onions, relish, mustard. Korang boleh add-on apa jua bahan di dalam burger korang ek. So set ni di datangkan bersama french fries dan soft drinks, nak ala-carte pun boleh

Apache Chicken Wrap
Grilled chicken topped with chipotle ranch, pepper jack cheese, onion straws, lettuce and tomato. Served in a flour tortilla.


Buffalo’s Wings

Ini sedap oo, ada pelbagai pilihan tahap kepedasan dan pilihan perasa yang korang suka. Ini tak sama ek, pedas dan perasa tau. Pilih yang mana suka janji korang makan. Boleh order ala-carte atau set menu sekali

eleh memalu plak nak minum kan

Hand-Scooped Milkshakes

Topped with whipped cream. Ada 4 pilihan iaitu Chocolate, Strawberry, Vanila dan Oreo Cookies & IceCream

Fried Cheesecake
Sweet New York style cheesecake wrapped in a flour tortilla and fried to a golden brown. Served with vanilla ice-cream dan drizzled with strawberry sauce.

Mintak maaflah ini je gambar yang sempat di ambil coz boleh terlupa plak nak snap kan, sesampai kat meja je terus makan tanpa was-was lagi. 

Sizzling Brownie
A decadent chocolate-walnut brownie topped with a scoop of vanilla ice cream and drizzled with chocolate sauce

Hah amik ko, makan sampai kembung.

mana satu nak makan dulu ni ek

betul kan, duduk semeja dengan food blogger madi ni

ini burger yang kedua tau untuk Mr Big

Aku plak duduk semeja dengan Madi di kaki makan tuh, ermm confirm semua makanan habis bukan sebab lapar tapi sebab semuanya sedap.

siapa yang paling tak senonoh? ermm aku la tuh

terima kasih sebab sudi datang ke restoran saya ye.. jemput datang lagi next time

ok senyum lagi sekali ek

Sempat jugak ktorang bergambar dengan top management Fatburger™ Malaysia ni dan juga President Fatburger™, Mr Don Berchtold. Kejap serious, kejap senyum, kejap buat muka gile-gile hahahhaha

Ok ok kalau korang nak ke mari, meh ke

Fatburger™
Lot No. GE-14,
iOi City Mall, Putrajaya



Landmark : dekat bahagian luar yang mengadap air pancut, sebelah Dip-Dip. Best oo kalau makan kat sebelah luar, boleh cuci mata sekali hehhehhe

Ermm memalam ni pun boleh pi ni, maklumlah dekat dengan umah kan hehehehhehe.. jangan jeles

FYI, mintak maaf atas write-up ni campur-campur English dengan malay. Bukan apa kalau salah translate kang jadi lain plak. Hehehehhe so semua menu aku tulis dalam English untuk pemahaman korang ek…