Showing posts with label resipi siakap stim. Show all posts
Showing posts with label resipi siakap stim. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi Dengan Pemanggang Ajaib

Hi Korang,

Aku dah lama dapat pemanggang ajaib ni. 


Hasil berblogging dengan LAZADA so dapatlah ni pemanggang ajaib ni secara FREE. Just redeem je voucher then tada terus sampai ke office barang ni

Hari tu Giant ada buat sale barang-barang basah ni. Nampak plak ikan siakap dalam RM6.00 seekor kan. Terus je beli walaupun tak tau nak masak apa kan. Balik citer dengan Mr Big, dia cakap la kenape tak beli 2-3 ekor. Murah sangat tuh. Mintak maaflah sayang, isterimu bengong dalam bab-bab beli ikan ni.

Tak tau nak masak apa dengan ikan siakap ni, aku google je kat internet to gain some idea. Ermm ramai plak orang buat siakap masak stim kan. So apa lagi, terus teringat kat pemanggang ajaib, hah kan dah senang kerja. 

So masaklah resipi Ikan Siakap Stim Asam Boi dengan Pemanggang Ajaib HappyCall dari Lazada ni.

Bahan-bahan 

ikan siakap ( ikan lain pun boleh ye)
1 batang serai ( dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 sudu besar jus limau ( aku perah limau purut boleh!)
1 sudu besar garam
1 labu bawang besar dipotong bulat
3 sudu sos tiram
asam boi beberape biji
tahu jepun, ikut suke korang lah

tahu jepun, beli sebatang je

asam boi yang dah direndam air panas

tomato la ni

Bahan-bahan tumbuk / hiris


bawang putih
bawang besar
1 batang serai ( dihiris)


Cara-caranya:-


lumurkan sebati semua bahan-bahan hiris, bahan-bahan tumbuk, jus limau, sos tiram dan garam lalu perapkan ikan sebentar.


Letakkan ikan bersama bahan-bahan lain untuk di stimkan. Tengoklah bukan main banyak lagi kuah kan. Budget ada kuah-kuah sket baru sedap la kan.



Kukus lebih kurang 20 hingga 30 minit. Lepas tu hidang jelah dengan nasi panas.


Tengoklah hasilnya


Hah amik ko.. betapa banyaknya kuah sampai ikan siakap pun tak nampak kan. 

Komen Mr Big : rasa dah sedap tapi kuahnya bertakung ooo

Ok ok nanti aku masak lagi untuk kasi improve la. Practice makes perfect kan. Lagipun senang masak dengan pemanggang ajaib ni. Letak semua then tutup, tunggu je masak kan. Boleh buat keje lain sambil tuh.

Anyway, jemput makan korang..





Friday, February 7, 2014

Restoran KohSamui Seafood, Suka Makan Di Sini

Hi Korang,

Area rumah ni memang agak payah nak makan makanan ala-ala tomyam tau.


Maklumlah terceruk dekat dengan area orang Cina so kenalah kuar sket dari kepompong. Masa merayau-rayau kat Seksyen 7 hari tuh, terjumpa kedai tomyam ni.

Padahal lalu lalang je depan jalan ni. So Mr Big cakap meh lah singgah. Mana tau sedap ke tak kan.

Nilah je yang ktorang order

Kerang bakar, tapi kecik-kecik lah

keropok goreng, sedap sos cicahnya

Itu baru appetizer sementara nak tunggu main dish sampai. Orang tak delah ramai pun penuhlah kerusi meja.

Siakap stim asam boi, sampai tak nampak ikannya kan penuh dengan daun-daunan

Telur bungkus, kecik je untuk makan 2 orang

Daging masak merah, sedap.

Hah itulah yang ktorang makan malam tuh. Rasa cam banyak plak bila sampai kat meja, dah macam makan untuk 4 orang. 

sebelum makan

selepas makan

Ermm ye tak ye plak kan, tengoklah siaz perut memasing. Dah macam perut doraemon pun ada.

apa tengok-tengok, lapo ni

Kira not bad la makan kat sini. Tak delah murah sangat but bolehla makan berdua kalau malas nak masak kan.

Selamat makan korang...

notes : dapat berita one of officemate kene terminated due to project dah abis. Cian gak kat dia tapi itulah nasib orang dalam bidang construction ni kan. Semoga dia tabah..