Showing posts with label resipi agar-agar pokka. Show all posts
Showing posts with label resipi agar-agar pokka. Show all posts

Thursday, February 16, 2017

Resipi Agar-Agar POKKA Premium Coffee dan Premium Cappuccino

Hi Korang,

Wah kalau cerita pasal kopi ni terus mata aku jadi bercahaya ek, yelah kopi tuh dah sememangnya jadi favourite aku all the time. Even nak tidur pun kekadang nak pekena kopi seteguk dua kan inikan pulak kalau di waktu pagi. 


Semenjak dua menjak ni, kopi Pokka ni senang nak dapat so memang jadi minuman harian untuk aku yang driving sana sini yelah kerja melawat site kan tak tentu tempat so bagi menghilangkan dahaga dan ngantuk ini je yang aku terjah cari. Paling senang nak jumpa di petrol station, 7-11 dan kekadang supermarket macam speed99 pun hado gak tau. 

Bayar, terus bukak dan minum. 

Kalau jalan jauh ke, balik kampung ke travel ke inilah peneman yang setia katanya hehehehe

Yang penting ianya NO PRESERVATIVE, NO COLORING, REAL BREWED dan HALAL CERTIFIED

Selain daripada diminum terus, kita boleh pelbagaikan minuman kopi POKKA ni ek. 

Aku hari tuh time weekend lepas, sempatlah buat eksperimen dengan kedua-dua Pokka drinks ni iaitu Premium Coffee dan Premium Cappuccino.

Nak tau aku buat apa, ermm alah senang sajor buat agar-agar kopi . Ni aku kongsikan resipi agar-agar kopi Pokka ni. 

Bahan-bahannya:-


1 botol Premium Coffee dan Premium Cappuccino (kena pandai agak-agak sukatannya)

1 paket agar-agar serbuk (guna yang clear)

1 liter air (kena pandai agak-agak sukatannya)

1 cawan gula halus (kena pandai agak-agak sukatannya)

2biji putih telur

Cara-cara:

Aku buat cara cepat dan pantas dan simple yang mungkin sebab bahan-bahan ni yang ada kat dapur hari tuh plak. 


1. Masukkan agar-agar serbuk, bersama gula dan air di dalam periuk


2. Masakkan serbuk agar-agar bersama gula dan air hingga kesemua bahan larut dan mendidih. Kacau selalu ye


3. Masukkan 2 biji putih telur kedalam kedua-dua adunan, bahagi sama rata ek untuk dapatkan kepala agar-agar. Biasalah aku kan suka try and error katanya


4. Sesudah mendidih bahagikan kepada 2 periuk tau.



5. Masukkan 2 cawan kopi Pokka iaitu satu cawan premium coffee di dalam periuk pertama dan satu cawan premium Cappuccino di dalam periuk kedua. Kacau sekata dan rasa, tawar ke manis ke hah kat sini kena pandai adjust rasa mengikut tekak memasing ek.



6. Kalau rasa dah cun kedua-duanya, masukkan ke dalam bekas untuk di sejukkan. 


7. At least sejukkan dalam fridge 2 jam atau lebih. Macam aku buat malam so esok paginya baru potong. 

Ermm inilah hasilnya

Agar-Agar POKKA Premium Coffee 

Rasanya cam tawar sket maybe aku letak gula kurang kot, bau premium Coffee tu boleh tahan harumnya.

Agar-Agar POKKA Premium Cappuccino

Just nice tak manis tak tawar sebab aku rasa Premium Cappuccino ni membantu agar-agar ni jadi enak se enaknya hehehhehee Akak vote for this!!

So apa tunggu lagi, untuk pencinta kopi macam ahkak ni mehlah cuba resipi senang lagi mudah lagi menyelerakan tekak di kala lapar kan