Showing posts with label rawatan rambut bermasalah. Show all posts
Showing posts with label rawatan rambut bermasalah. Show all posts

Wednesday, June 22, 2016

HAIRDEPOT Loft 1 Utama – Segalanya Mengenai Rambut Ada Di Sini

Hi korang!


Sabtu lepas aku berkesempatan ke HairDepot yang baru sahaja di buka di 1 Utama. Aku memang selalu nampak kedai rambut Hair Depot ni di shopping mall lain tapi segan nak masuk sebab aku rasa mesti harga shampoonya mahal-mahal belaka.


Ermm tapi tidak ye, bila aku masuk ke HairDepot 1Utama ni perception aku salah sama sekali tau..

Betul lah, aku tak tipu memang harga mampu milik!!


Meh aku citer sket latar belakang Hair Depot ni ek

Setakat ini, HairDepot dah ada 30 outlet termasuk outlet di 1 Utama. HAIRDEPOT Loft ni dah establish sejak 2009 tau.
Ada 13 jenis House Brands dijual di HAIRDEPOT Loft iaitu Midori, Hair Milk, Herbalogist, Hairdepot, Greenology, Ecru Little Green, Ecru NewYorkStreets, Cab’s, Aurane, Erayba, Phytorelax, Farcom Mea Natura, Farcom B-Style dan Farcom Aler.

Meh aku bawak korang pusing-pusing dalam Hair Depot ni ek











Seronok masuk kedalam kedai ni sebab ianya sangat kemas dan bersih serta terang benderang. Nampak simple tapi elegan gituh. Apa lagi aku pun leka tengok setiap produk kan, ada produk untuk rambut normal, rambut bermasalah, rambut warna, shampoo untuk kanak-kanak, accesorries dan memacam lagi lah.



Di sebabkan aku ni tak pandai langsung dalam hal ehwal rambut ni, nasib baik consultant Hair Depot ni banyak membantu aku untuk buat pemilihan shampoo dan conditioner yang sesuai untuk rambut kejung aku ni kan. 

Lepas daripada penerangan consultant tuh, memacam ilmu yang aku dapat belajar mengenai rambut dan cara pengurusannya ek kan.


Ini adalah produk yang aku ambil hari tuh, Shampoo, hair mask, conditioner dan argan oil. Malam tuh jugak aku guna sebab dah tak sabar nak rasa best ke tak produk keluaran Hair Depot ni ek


Midori Sebum Control Shampoo

Shampoo ni memang bersesuaian dengan aku yang mempunyai kulit kepala berminyak (oily scalp) ishk muka berminyak, kulit kepala berminyak dan macam orang minyak plak kan cuma tak keja kat company oil & gas je hahahahha. Lepas guna tuh, kepala rasa berangin je cam ade air con plak. Sejukkk nauu

Midori Power Mask

Lepas guna shampoo harus guna power mask ni untuk enhance lagi kesihatan rambut korang. Tapi sapu dari rambut level telinga hingga ke bawah tau, tak boleh kena kulit kepala nanti tambah berminyak lagi 

Hair Milk Nourishing Creme

Ni aku paling suka sebab baunya wangi sampai aku rasa nak makan hahahahaha. Conditioner dari ‘HairMilk’ memang sedap dan harum baunya, lagipun senang nak guna just tepek je kat rambut tapi jangan sampai kena kulit kepala ek.

Ok last sekali

Argan Oil

Ni aku share sket info mengenai Argan Oil

"Minyak argan dihasilkan dari buah Argania Spinosa (Pokok Argan). Sejak dulu lagi minyak argan memang tidak asing pada dunia kecantikan. Popularitinya dalam bidang kosmetik semakin meningkat masa kini sehingga digelar sebagai "liquid gold" dikalangan wanita Eropah kerana khasiatnya yang menakjubkan untuk kecantikan kulit, rambut, kuku dan bersifat anti-aging semulajadi terbaik.

Minyak argan bermanfaat untuk rawatan masalah rambut gugur, pertumbuhan dan penjagaan rambut kerana khasiatnya mampu memberi nafas baru kepada rambut kering, beruban, kusut, bercabang, rapuh dan sebagainya. Minyak ini mempunyai ciri yang sama dengan minyak Jojoba tetapi khasiat dan keberkesanan minyak argan lebih luar biasa"

So memang sesuai di sapukan di rambut lepas cuci rambut kan, selain dari cantikkan rambut ianya jugak dapat merawat masalah rambut kan. Aku sapu sangat hujung-hujung rambut je untuk jadikan ianya bersinar hehehe

Berita baik untuk pembaca setia Ciklilyputih.com dan follower Ciklilyputih di Instagram :


HAIRDEPOT Loft tengah bermurah hati nak bagi kat korang Argan Oil worth RM90

Cara-caranya senang je. Ce tengok bawah ni :

1. Follow account Instagram @ciklilyputih dan @hairdepot_my

2. Repost gambar Argan Oil dari Instagram Ciklilyputih [ https://www.instagram.com/p/BGishf2zgR3/?taken-by=ciklilyputih&hl=en] berserta hashtag 
#haircare 
#hair
#hairtreatment 
#HairdepotMy 
#HairdepotLoft

3. Tunjukkan gambar repost korang kat HairDepot Loft, 1 Utama dan korang akan dapat satu botol comel Argan Oil.

4. Argan Oil percuma tamat pada 15 July 2016


Senang kan?

TERHAD KEPADA 100 FOLLOWER terawal @ciklilyputih SAHAJA tau

Kalau korang takde masa nak datang ke kedai HAIRDEPOT Loft ni , korang boleh ke www.kcareshop.com jugak untuk membeli produk mereka secara online. Jimat masa dan tenaga serta duit minyak korang gak ek. Hehehe. 

Hair Depot Loft 
LG311G,
(Next to Old Town White Coffee)
1 Utama Shopping Center (New Wing)
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Facebook: fb.com/HairDepot
Instagram: @HairDepot_MY


Thanks HAIRDEPOT Loft sebab layanan yang sangat awesome.