Hi Korang,
Biasalah bila puasa di perantauan ni cam ni.
Kalau tak de jemputan buka jawabnya buka kat hotel sengsorang jelah kan hahahhaha
ayu je anak dara buat keje kan
Semalam, kawan aku Cikgu Mariana tu jemput datang umah untuk buka puasa. Aku pun ok jelah sebab tak de apa nak buat kan.
Sesampai je umah dia, dah ramai orang. Ishk kenapa pulak ni kan.
Rupanya ada majlis berbuka beramai-ramai bersama anak murid dia sempena harijadi anak dia tuh kan. Dah lah aku tak bawak apa-apa pun kan, ishkk segan pulak di buatnya. Diorang ni dah pakat-pakat buat potluck rupanya. So sumbang tenaga jelah, tolong dia siapkan makan jelah settle.
cikgu masak siput sedut ni, ya ampun marbeles
roti jala warna warni
sedap kan, roti jalan bersama kari ayam
birthday cake minion comel
Mewah kan makanan, itu baru sket je. Aku tak sempat nak snap gambo-gambo makanan ni lah.
ramai kan, seronok
melambak-lambak makanan kan
Meriahkan berbuka beramai, seronok lagi dapat makan macam-macam. Siap ada birthday cake lagi.
Ermm Alhamdulillah..
Terima kasih tuan rumah ye, semoga di murahkan rezeki yang lebih banyak lagi...