Showing posts with label proses endorscopy. Show all posts
Showing posts with label proses endorscopy. Show all posts

Monday, July 16, 2018

My Fibroid Journey | Endorscopy Untuk Tengok Apa Yang Ada Dalam Rahim (PART 3)

Hi Korang, 


Kita sambung lagi citer pasal fibroid kak lily ni 

Eh ramai pulak yang excited nak baca, korang ni tak takut ke hah. Kak lily yang menaip ni pun stil rasa cuak-cuak lagi tau. Sebelum tuh meh macam 2 entry sebelum ni 



Kan Dr Shida cakap kena buat endorscope kan, jadi kak lily tanya apasal nak kena buat proses tuh so dia explain untuk nak tengok apa lagi yang ada di dalam Rahim kak lily dengan masukkan kamera kecil contohnya ada cyst ke, polyps ke, cancer ke, hah cancer???? biar betul aduimak serammmmmm 


Bila dah set date tuh, confirm dengan insurans pulak. La insurans kengkononnya kata tak cover, aduimak lagi seriau ni. Rupa-rupanya ada issue pulak insurans dengan finance company plak, dalam hati kak lily dah fikir ni kalau company tak boleh cover kenalah guna insurans personal plak. Lepas 2-3 hari tuh baru insurans call cakap dah boleh guna balik medical card tuh, so jimat duit insurans akak ek. So tunda balik date ke tarikh lain plak, aduiyai makin panjang debaran ni. 

Sini kak lily terangkan proses endoscope ini apa 

nampak masukkan kamera dalam badan pics : google.com

What is endoscopy? 


Endoscopy is a procedure in which the gastro-intestinal tract (GI tract) is viewed through a lighted, flexible tube with a camera at the end (endoscope). Small samples of tissues cells (biopsy) can also be collected and sent for testing. 

Endoskopi adalah satu prosedur di mana saluran gastro-intestinal (saluran GI) dilihat melalui tiub yang fleksibel dengan kamera di hujungnya (endoskopi). Sampel kecil sel-sel tisu (biopsi) juga boleh dikumpulkan dan dihantar untuk ujian. 

Nampak tak!! 

Baca pun dah gerun… 

So nak cakap ke tak dengan Mr Big ni ek, sebenarnya ingat nak pi sendiri je yelah ingatkan tak de apa-apa sangat then tup-tup teringat balik doktor cakap eh mana boleh datang sendiri, nanti siapa nak drive balik sebab lepas dari proses tuh you akan tak stable untuk beberapa jam. 

takut dah masa ni

Nak tak nak terpaksalah kena bagitau dia jugak, kalau bagitau Mr Big bermakna satu kampung akan tau termasuklah mak kak lily. Kita sebenarnya taklah ramai orang tau sebab menda kecil je tapi laki aku ni suka nak share dengan semua orang huahuahauha. Ok bagitau jugaklah, 2 hari sebelum untuk Mr Big apply cuti. 

Ada few things yang doktor pesan sebelum nak jalankan proses endorscopy tuh di antara persediaan yang perlu dilakukan ialah: 

1. Kena bawa teman atau saudara sebab kak lily akan dibius, bukan dibuat dalam keadaan sedar, sebab nanti akan rasa mengantuk selepas prosedur endoskopi dan mungkin kak lily tidak mampu untuk memandu. 

2. Kena berpuasa dari pukul 12 tengahmalam camtu, setitis air pun tak boleh tau 

3. Kalau ada makan ubat kena stopkan jugak sampai abis proses 

Pagi khamis tuh, kitaorang pi naik motor je sebab takut jalan jem depan hospital Columbia ni. Ye lepas uruskan kak lily nanti, balik lah Mr Big tukar kereta pulak ishk korang chill wokeh. 




Di sebabkan ini proses endorscope ini mengambil masa 45 minit je so tak yah nak check in kat hospital. Ada station namanya ‘Ambulatory Day Care’ di dalam hospital ni, so kak lily di tempatkan di sini. Kecik je ward nya dan ada few patients kat sini jugak ermm agaknya nak buat endorscope jugak kot huahuaha. 

Kak lily berehat kat sini sampai tunggu turn untuk masuk operation theater. 

Dalam kul 12pm cam tuh kak lily dah di tolak masuk, aduiyai ini first time ni. Baju semua dah tak de tinggal selimut tebal tuh je kemain sejuk lagi dalam bilik pembedahan tuh. Kemain ramai jugak orang dalam tempat tuh. 

Masa nak bius ni kelakar, Dr Rohana pakar bius tuh dan teamnya merata cari tempat nak bius kak lily. Bertukar-tukar tangan sebab tak jumpa urat darah, halus nau kata doktor tuh. Memang banyak tempat cucuk jarum kak lily perasan masa balik tuh. 

Sampai Dr Shida datang tak bius-bius lagi kak lily ni, ok Dr Rohana cakap ’saya bagi gas awak dulu untuk tidur then nanti nampaklah kat mana urat darah tuh‘, ok kira 1 2 3 sampai 10 je. Ermm kesudahannya tak sampai 4 dah lelap tapi masa nak lelap tuh rasa macam nak tercabut nyawa lah. Agaknya kalau disunatkan kak lily meninggal cam ni lah agaknya rasanya ek. Oi insaf sekejap weiii 

Korang tau kak lily sedar pukul berapa?? 

Pukul 3 petang cam tuh, itu pun nurse yang kejut. Mak oi begitu kuat sekali effectnya, dan yang paling kelakar lagi nurse tuh sampai pelik, kenapa bius kat kaki?? wei kaki wei?? Hebat tak permainan urat darah kak lily ni uahauauhaua.. 

nampak kat kaki tuh!!

nurse pun senyum-senyum bila nak bukak jarum ni, sebab kat kaki kan huahau

Memang mamai time tuh, nak pi toilet naik wheel chair. Nak pakai baju teraba-raba yelah Mr Big belum sampai lagi time tuh, dengan cermin mata ntah kemana semuanya kak lily buat sengsorang slow-slow je. Dah siap semua tuh baru nurse suruh duduk kat kerusi empuk tuh dan suruh makan roti dan minum milo, dengan pesanan jangan laju-laju makan sebab tekak tuh takut ada bahagian yang luka kecil kan. 

Tengah minum-minum tuh, Dr Shida datang. 

inilah kameranya, ko rasa!! : google.com

So dia citer camne proses tadi berlaku, masa masukkan kamera tuh takde apa then bila sampai kat area pangkal rahim tuh memang nampak ketulan besar duduk di atas rahim, besar sebesarnya. Kemudian ada cyst 3-4 ketul dan ketulan polyps jugak. So far tanda-tanda kanser tuh tak de dan some tissue dah di ambil untuk hantar ke lab. Dapat result tuh baru boleh proceed untuk operation pulak. Ada video kalau awak nak tengok, of courselah kak lily tak nak takutlah. 

Sekejap tuh Mr Big sampai la rupanya dia ada kat luar tak masuk pun sebab dia ingat kak lily tak ready lagi. Abis doktor explain dan ada paperwork nak sign dan terus boleh balilk dah.

ini insurance company german bayo, kak lily sign sajor. bertahun-tahun keje kan inilah masanya untuk kita redeem balik usaha kita huahaua

Seriously memang selera makan tak de langsung dan rasa pening-pening, jalan pun kena pimpin tangan Mr Big. Dalam kereta gagahkan jugak untuk bukak mata but still nggak boleh huahuahauhua dalam kul 6 lebih camtu. 

Dapat MC 2 hari lepak kat umah jelah.. 

Jeng jeng jeng sebelum operation tuh adan sesuatu yang berlaku plak huahauhauaha nangisss lagi ni











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com