Showing posts with label produk tempatan. Show all posts
Showing posts with label produk tempatan. Show all posts

Wednesday, November 28, 2018

Produk AgroBazaar Online Di MAHA 2018 Kini Boleh Di dapati Secara Online, Murah Plak Tuh

 Hi Korang,



Kemain rancak betul jualan mega produk Agrobazaar Online di MAHA 2018 ni ek. 





Eh iye wei sebab hari tuh kak lily singgah ke area AgroBazaar Online di Hall A dan Hall Agrotech 2 di MAHA2018 ni , ya ampun nak lalu tengok-tengok barang pun tak dapat tau huahauhauhau..ramai nau orang, jawabnya pusing 3-4 kali kat area ni barulah dapat tengok-tengok kan. 



Kemain hebat penangan produk IKS ni kan, yelah produk orang kita katanya 












Nampak tak!!

Meriah sungguh suasana di lokasi AgroBazaar Online ni kan, bila keluaran tempatan ni semestinya halal dan bahan-bahan tidak diragui, itu yang borong habis ni 

Alah korang yang belum berkesempatan dan mungkin tak akan datang ke MAHA2018 disebabkan jauh ke, tak dapat cuti ke, travel oversea ke time ni kan tapi masih teringin nak dapatkan produk di bawah kelolaan AgroBazaar Online ni ek jangan bimbang tau, kita boleh mendapatkannya secara online ye 

Online tuh 

Ye Online lah!! 


Pelbagai jenis produk makanan yang kita boleh dapati secara online di website AgroBazaar  Online ni. Dah tuh jangan sedih-sedihlah kan

Ermm ini websitenya tau : goo.gl/QoK7iu 

Ni kak lily tunjukkan beberapa jenis produk yang pasti memukau korang ek 







Hah amik ko, ini baru sebahagian ada lagi ye yang kak lily tak tunjukkan sebab nak suruh korang pi shopping sendiirilah. 

Jadi dah pilih yang mana satu idaman kalbu kan, sini kak lily terangkan proses pembelian produk AgroBazaar Online secara online ni ye 

1. Pilih barang yang di sukai 


Alah korang tekan je button TAMBAH kat bawah setiap produk kan, so tekan je tekan hehhe. Dah habis pilih barulah korang tekan Troli Belian tuh 

2. Troli Belian 


Di dalam section Troli Belian tuh nanti korang akan dapati produk yang korang pilih tadi, nampak kan berlainan pengusaha bagi setiap jenis produk tersebut. Bila korang tekan button BELI nanti, ianya akan bertukar ke section lagi. 


Korang boleh pilih samada nak daftar sebagai pengguna baru atau pun terus ke pembayaran je 

3. Ringkasan Belian 

Kat sini korang boleh tengok apa produk kat ingin dibeli dan di bayar. 




So tekan je TERUSKAN kalau dah confirm tau 

5. Maklumat Penghantaran 

Masukkan segala info penghantaran yang di kehendaki 


Nanti akan keluar di bahagian bawah kos penghantaran dan juga harga produk sekali. 

4. Buat Bayaran 

Bila korang tekan BAYAR je ni akan nampak sebegini 



Hah korang boleh buat pilihan bayaran samada kredit kad mahupun menggunakan online banking. Bila dan tekan je nanti page akan je website banking dan korang buat bayaran di situ 

Siap semua bayaran nanti korang akan dapat email mengatakan bayaran diterima dan produk di dalam perjalanan ke destinasi korang yeahhh 

Mudah kan, tak yah nak pening kepala sangat. Semuanya di hujung jari korang je.. 

Memang sangat seronok, pilih je produk yang suka then tekan je buat bayaran sehari dua lepas sampailah kan 


Nak membeli-belah, sini websitenya ye 


Oh ye, kalau nak mudah lagi boleh korang download aplikasi Agrobazaar Online ni di smartphone korang ni melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini 

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.agrobazaar.app


senangkan order menggunakan aplikasi, cepat sungguh


Mari LIKE dan FOLLOW AgroBazaar Online di social media berikut : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 


Selamat membeli belah...





Friday, October 5, 2018

AGROBAZAAR DI KLIA2, Segala Produk Tempatan Ada Di Sini

Hi Korang, 

Produk tempatan ni memang menjadi kegemaran kak lily sebab ianya mempunyai citarasa kita rakyat Malaysia ni. Yelah kerepek-kerepek, pes masakan, kopi tempatan dan memacam lagi. 

Selalunya kalau produk-produk sebegini kita hanya boleh dapati di ekspo-ekspo makanan, pameran dan beberapa hypermarket yang ada section produk IKS ek, so agak limited di situ. 

What if kalau kak lily bagitau sekarang ni dah senang nak dapat??? 

Korang mesti geleng kepala cakap ’yo yo la tuh kak lily ni kan‘ 

Seriously dah mudah wokeh!! 

Semuanya di hujung jari anda, klik klik je terus bayar. Itulah kuasa teknologi masa kini. 

Tapi kalau yang nak tengok jugak barangan secara fizikal cam ne ? Yelah lain orang lain ragamnya mesti nak kena tengok jugak then baru beli. 


Wokeh kak lily cadangkan korang ke Agrobazaar KLIA2 untuk dapatkan produk-produk tempatan ni tau. 

Kalau korang nak tau, Agrobazaar merupakan platform yang mana usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malaysia boleh mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka tanpa rasa was was. Produk-produk dari Agrobazaar adalah dari pengusaha yang terlibat samada dalam sektor pertanian, perladangan, ternakan dan perikanan, hah betul kak lily cakap semuanya sekali ada kat sini. 


Untuk pengetahuan korang, outlet Agrobazaar telahpun dibuka di KLIA2 Sepang sejak dari Januari 2017. Lokasinya begitu hampir dengan kawasan balai Perlepasan Dalam Negara, sekaligus menjadikan lokasi outlet ini begitu strategik terutama bagi pengunjung KLIA2 atau penduduk sekitar seperti Sepang dan Banting bagi mendapatkan produk-produk keluaran pengusaha tempatan di sini. 

Kalau nak naik flight tuh, selalu jugak kak lily singgah ke kedai ni yelah beli jajan kudap-kudapan. 

Cuba korang tengok ruangan dalam kedai ni ?? 





Sangat-sangat tersusun kemas dan teratur mengikut jenis produk yang ditawarkan. Paling menarik kita boleh dapatkan lebih daripada 700 produk-produk pengusaha tempatan yang cukup terkenal tau VIRAL lah orang sekarang katakan di sini. Banyak betul tuh ek!! 

Yesza jajan atau kudap-kudapan memang menjadi pilihan bila masuk ke Agrobazaar ni. Kak lily suka keropok ikan, kerepek ubi kayu, kuih gunting dan pelbagai lagi merupakan produk yang dihasilkan dari sumber pertanian dan perikanan juga boleh didapatkan di sini. Yang paling keropok ikan memang awesome dan senantiasa menjadi pilihan kak lily lah kan. 


Cantik je packagingnya dan mudah untuk di bawak kemana saja, even kalau korang nak hadiahkan atau di buat buah tangan pun cun jugak sebab cantik. 

Yang best tuh, Agrobazaar memang akan sentiasa adakan promosi untuk produk-produk yang terpilih. Di mana kita boleh dapatkan pada harga yang cukup murah dan berbaloi. 

Inilah yang kak lily nak show off ni, pes masakan yang macam-macam jenis ada, mestilah pes masakan tradisi popular yang kak lily suka seperti kari, asam pedas, ayam kicap dan banyak lagi. 

Produk dalam tin dan botol juga ada seperti seperti sardin, sambal, kicap dan pelbagai lagi produk yang menarik hati. 

Bagi pencinta kopi macam kak lily jugak mesti jangan ketinggalan untuk minuman segera seperti 3 dalam 1 (3in1). Antara jenama yang cukup popular dalam menghasilkan kopi pra-campur adalah jenama Agromas. 

Bayangkan ada lebih 700 produk tempatan yang korang boeh dapatkan di sini, penat jugak kalau kak lily nak citer satu per satu ek hehehehe. Segala-galanya ada di sini, dari A-Z so senang kita nak dapatkan tak yah pening-pening nak ke tempat lain kan. 

Yang penting Ia semestinya HALAL dan selamat dinikmati seisi famili. 


Kalau korang nak tau jugak, ada café comel di dalam Agrobazaar ni tau iaitu Kedai Kopiesatu Agrobazaar. Di sini terdapat pelbagai jenis makanan pagi dan tengahari yang enak, terbaeklah menu-menu tempatan kita jugak ye 


Ada WiFi percuma untuk para pelanggan yang menikmati hidangan di sini, so sambil makan sambil melayari internet so bolehlah update Instagram gambar makanan diorang dan TAG Agrobazaar hehehhe… Kalau datang sini, sila selfie atau wefie, tunjuk gambar korang pada mana-mana staf Kedai Kopiesatu yang sememangnya sangat peramah, baik dan sempoi. Dan sebagai ganjarannya korang akan diberikan teh tarik secara percuma. FREE the Tarik siapa tak nak kan!!! 



Setiap bulan ada promosi makanan mengikut negeri. Contohnya ada kalanya ditawarkan Nasi Dagang Terengganu, Nasi Ulam, Laksa Johor dan pelbagai lagi makanan yang menarik. Kalau nak merasai kehebatan hidangan tersebut kenalah datang ke Kedai Kopiesatu Agrobazaar KLIA2. 



Bukan sahaja kuih-muih tempatan bahkan pencuci mulut seperti kek ada juga ditawarkan. Pendek kata terdapat banyak pilihan makanan samada untuk dinikmati ketika waktu sarapan mahupun tengahari. 

Ok balik pada citer kak lily yang kat atas tadi pasal semuanya di hujung jari korang je kan, ni kak lily nak bagitau ni 


Kalau korang tidak berkesempatan datang Agrobazaar KLIA 2, jangan risau atau kecewa. Korang boleh juga dapatkan produk Agro melalui aplikasi Google Play atau Apple Store dengan memuat turun terus dari pautan ini 



Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah seperti berikut:-

1) Muat turun aplikasi AgroBazaar Online di Google Play atau Apple Store
3) Log in sosial media – first time user
4) Carian “agrobazaar klia2”
5) Buat pilihan mengikut menuyang disediakan
6) Bayar atas talian atau COD 

Ada banyak diskaun diberikan. Memang berbaloi dan mudah. Betul kan apa yang kak lily cakap semuanya di hujung jari ini. 

Produk-produk tempatan dari IKS ni adalah salah satu kebanggan rakyat Malaysia so kalau bukan kita yang beli nak harapkan siapa lagi, kita kenalah support para pengusaha ni supaya diorang akan menghasilkan produk-produk berinovasi tinggi dan bermutu. 

Wei harga berpatutanlah, sebab tu kita kena sokong!! 

Untuk keterangan lanjut mengenai AGROBAZAAR KLIA2 dan promosi. Boleh layari terus :- 


FACEBOOK : 

WEBSITE : 


Selamat membeli belah...






Thursday, October 3, 2013

HALFEST 2013, Banyak Produk Orang Kita

Hi Korang,

Rasanya Halal Festival ataupun HALFEST ni dah bertahun-tahun di adakan. Betul tak?


Itulah aku je yang tak pernah pergi. So untuk HALFEST2013 ni, dapat gak aku pergi. Mentang-mentanglah diorang buat kat MIECC tu belakang office aku je, so merasa gak ke mari.

Aku pi semalam on first day of HALFEST2013 dengan Nik budak opis aku lah. Ktorang lunch kul 12 so masa tu belum ramai lagi orang. Parking kereta kat Mines Shopping Fair dan lintas je ikut jalan shortcut.



Sebelum nak masuk ke kena register dulu ye kengkawan. Alah untuk database diaorang agaknya. Tengok jawatan aku comel tak? kerani hehehehe. Confirm2 diorang tak kan anto any mailing list punyalah.



Ok kena tampal sticker kat baju then baru boleh masuk.




Sekali masuk, ya ampun. Banyaknya booth. Semuanya best-best. Aku sampai tak tau nak start dari mana dulu. Alah kata Nik, kita jalan row by row la kalau tak sempat esok kita sambung lagi. Ewah ko, ari-ari pi sini ek.


Segala menda aku cuba dari kepok lekor sampai susu kambing. Baju-baju fesyen hijabista ni memang banyak sungguh. Produk-produk orang kampung, koperasi, peniaga kecil semua ada. Boleh terbukaklah mata aku kejap.



Aku lebih banyak merasa dari membeli, yelah dah orang suruh cuba kan. Rasalah sepenuh hati. Lalu 5-6 booth terus kenyang perut dibuatnya. Ada yang sedap dan ada yang so-so je tapi oklah diorang ni berani mencuba kan. Inilah di namakan usahawan.


Rasanya esok nak ke sini lagi kot coz tak abis cover lagi banyak tempat. Booth Ephyra pun aku tak jumpa lagi. Lalu booth Ronasutra, kenal plak staff kat situ coz pernah deal dengan diorang kan. Sembang kejap, rupanya ada harga runtuh. Itu yang bukan main ramai orang kat sini.

So korang nak teringin nak ke sini, baik datang awal.

Kalau pi time weekend, memang berhimpit-himpit la ye. Dengan orang, dengan barang, dengan stroller.

Ermm esok nak shopping ape ek? hehehehhe