Showing posts with label peniaga bazaaar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label peniaga bazaaar ramadhan. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Aku Tertipu Dengan Rupa Yang Cantik, Menyesal!

Hi Korang,

Semalam agaknya dah terlampau penat mengemas segala mak neka kat umah tu tenaga pun rasanya abis lah kan akibat kekurangan gula dalam badan. Itu yang buatkan aku teragak nak makan yang manis. Sampai je bazaar ramadhan kat PKNS Bangi ni terus jadi rambang mata, melilau cari makanan yang manis2 belaka.

So ini di antara yang sempat di sambar.

Kuih Tako

Onde-onde atau Buah Melaka

Lompat Tikam

Pudding Caramel

Ermm nampak cam manis kan. Mr big cakap boleh potong kaki dibuatnya bila makan benda2 cam nie. So bila time buka je, letak semua ni atas meja dan rasa satu per satu. 

Nak tau rasanya :

1. Kuih Tako
Bentuk dah cun. Colour dah ok. Cuma lapisan bawah tuh kurang hijau macam tak nak letak colour je,may be jiamt kot. Sengkung cinanya ermm tak rasa sengkuang pun. Lembik. Macam letak jelly.

2. Buah Melaka
Colour bukan main cantik. Itu yang tergoda tuh. Rasa plak. Setengah ada gula, setengah tak gula. Tepung semata. Kelapa bukan main banyak

3. Lompat Tikam
Aku tak berapa gemar, mr Big yang makan. Rupa ada tapi Rasa? hampeh!!

4. Puding Caramel
Cantik sangat. Rasa ok lah. Gula kurang but still boleh makan lagi. So tak la kick sangat.  Sedap lagi MIL aku buat. 


Dah macam MasterChef plak lah. Rasa sket then bagi komen. Kira cam membazir jugak RM8 hegget kan sebab makan tak abis.

So kalau ada sesiapa yang baca blog aku ni yang sedara mara ke, mak ke, kengkawan ke yang berniaga kat bazaar ramadhan tuh, berniaga dengan ikhlas lah. Jangan nak kejar untung je. Tak kisah kalau jual mahal tapi sedap, terasa. Kualiti makanan langsung tak de. Terpekik2 panggil orang suka beli kan but tasteless.

Aku bab-bab kualiti ni memang pandai, sebab aku keje bidang ni kan.

Rasanya, hari ni back to menu asal lah. Karipap dan popiah je untuk buka.

P/S : Korang penah kena cam aku tak? Mesti rasa sakit hati kan bila duit buang gitu je kan.. Ishkkk

Tuesday, August 17, 2010

Baru Balik Dari Bazaar Gesel Bang..

Hi Korang,

Ewah2 bila entry pasal nuffnang je, terus meletops kan. Semua nak tau apsal aku I Love U sangat kan. Dah2 tak de entry pasal buffered earning lagi nie.

Nie aku nak tanya pandangan korang tak berapa nak terang tu kan, sebab sibuk melayan mata yang kuyu kan akibat banyak makan masa buka tadi tu kan.

Betul ke bazaar ramadhan nie bazaar gesel? Hah korang tengok gambo2 yang aku cilok dari pakcik google nie



Hah, betul tak apa yang aku tulis tu kan. Memang mana2 bazaar ramadhan sekarang nie memang sesak dengan orang. Tak kiralah melayu, cina, india, orang indon, mamat bangla dan nepal pun ada. Maklumlah memasing mencari juadah untuk berbuka puasa kan. Tapi bila dah ramai2 dah bergesel2 tuh, macam2 bau yang lalu kat hidung aku selain daripada bau2 ayam2 golek dan ayam percik yang harum tu kan. Lagi dekat bergesel lagi menusuk terus ke hidung. Kekadang tu aku rasa sampai tak boleh nak bernafas. Betul tak nyah?


Tapi tak boleh nak salahkan pengunjung yang datang jugak kan. Para peniaga pun penyumbang pada bazaar gesel nie. Mana tak nya, kalau pacak meja makin hari makin kedepan so ruang pengunjung nak berjalan tu dah makin sempit. Itu tak kira lagi pengunjung yang stop by nak beli makanan kan. Lagi ramai orang kat gerai tu, makin jem tempat lah so makin menjadi2 lah bergesel2 kan.


So untuk elakkan diri dari terus jadi mangsa geselan, korang pegilah awal sket. Kurang sket orang. Tapi kalau dah tak dapat nak elak, korang terus jelah bergesel tu ek. Tapi jauh2 sket lah janganlah dekat sangat. Mana lah tau jadi benda lain plak kan. La aku tak cakap pun pasal kena raba lah tapi pasal penyeluk saku. Jaga-jaga korang ingat bulan puasa nie diorang tak buat keje ke?

Hah, bazaar ramadhan tempat korang bergesel tak? Kalau tak bergesel tu, bazaar tempat korang tu tak popular la kan. hehehhehehe..