Showing posts with label pengulas sukan astro arena. Show all posts
Showing posts with label pengulas sukan astro arena. Show all posts

Sunday, June 8, 2014

Pengulas Sukan Terbaik ASTRO ARENA Untuk PIALA DUNIA FIFA 2014

Hi Korang,

Walaupun aku kureng sket bab-bab bola ni tapi kena amik tau jugak kan.


So jumaat lepas, sebab office aku cuti sempat jugak lah ke HQ Astro Arena ni kat PJ. Ermm kalau tak de WAZE mau sesat barat dibuatnya lah.


Mehlah ikuti temubual secara santai dengan Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad ek. Alah santai-santai je bukan formal pun. Tengok sambil borak sambil makan-makan sekali.

Bersempena dengan acara sukan terbesar dunia yang sentiasa dinanti iaitu Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil, Astro Arena bakal membariskan pengulas sukan terbaik yang terdiri daripada Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar, dan Hakim Amir bagi mengulas perlawanan-perlawanan terpilih yang akan disiarkan di Astro Arena di samping Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad sebagai perantara setiap perlawanan.

Zainal Abidin Rawop

Datuk Hasbullah Awang

Akhbar Sahari

Hafizal Hamad

Bermula dari tahun 2010 di mana Astro Arena selaku saluran penuh sukan tempatan pertama di Malaysia mencipta sejarah sebagai saluran televisyen pertama tanah air yang membawakan perlawanan Piala Dunia dengan ulasan dalam Bahasa Malaysia. Ternyata gandingan mantap para pengulas Astro Arena ketika itu iaitu Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Akhbar Sahari berjaya memberikan satu pilihan baru bagi penonton dan peminat bola sepak di Malaysia.

Dengan misi untuk terus melestarikan Bahasa Malaysia dan juga memberikan satu pengalaman yang berbeza, Astro Arena sekali lagi akan membawakan liputan sebanyak 30 perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 khas buat para peminat bola sepak tanah air dengan ulasan perlawanan daripada para pengulas sukan yang berpengalaman luas dalam industri penyiaran sukan tempatan. Sepanjang Piala Dunia ini berlangsung, kesemua perlawanan secara langsung dan tertunda ini boleh ditonton di saluran Astro Arena melalui Astro NJOI tanpa sebarang cas tambahan. Manakala, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro juga boleh mengikuti rangkaian perlawanan yang disiarkan di Astro Arena melalui platform Astro On The Go dengan hanya memuat turun di www.astroonthego.com .


Sepanjang kejohanan yang bakal berlangsung bermula dari 13 Jun hingga 14 Julai 2014, para pengulas sukan lagenda iaitu Datuk Hasbullah Awang, Zainal Abidin Rawop, Shaukei Kahar dan Hakim Amir akan menemani para penonton dengan ulasan setiap aksi perlawanan dalam Bahasa Malaysia bagi memenuhi kehendak penonton yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Manakala, Akhbar Sahari dan Hafizal Hamad akan bertindak selaku perantara bagi membuka gelanggang sebelum perlawanan bermula dan menganalisa setiap aksi selepas perlawanan tamat bersama tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada barisan bekas pemain bola sepak kebangsaan antaranya Asmawi Bakiri, Hasnizam Uzir, Nazzab Hidzan, Richard Scully, Stanley Bernard, Azlan Johar dan Jalil Ramli.

Selain itu, Astro Arena akan turut membawakan beberapa program khusus istimewa untuk Piala Dunia FIFA 2014 ini di bawah kendalian bakat-bakat Astro Arena antaranya Hafizal Hamad, Akbar Sahari dan Ahmad Shahrazad Sani yang juga sentiasa teguh siaga dalam menyampaikan laporan dan liputan terkini mengenai kejohanan berprestij ini. Di samping itu, Pietro Felix akan berada di Brazil bagi membawakan perkembangan terkini pasukan-pasukan yang akan beradu dalam merebut kejohanan jaguh bola sepak dunia.

Antara rangkaian program khusus di Astro Arena sempena Piala Dunia FIFA 2014 ialah program ‘Formasi Ekstra’ yang disiarkan selepas setiap pusingan perlawanan akan membawakan sorotan liputan Piala Dunia FIFA 2014; ‘Masa Tambahan Edisi Piala Dunia’ yang akan disiarkan pada setiap hari; dan pastinya ‘Nadi Arena’ sebagai medium buletin terkini laporan secara langsung dari Brazil oleh Pietro Felix.


Astro Arena juga akan mengorak langkah setapak lagi dengan menerbitkan saluran radio atas taliannya sendiri di mana ianya berkonsepkan gabungan laporan sukan yang santai dan rangkaian lagu-lagu tempatan serta antarabangsa. Saluran radio Arena ini akan ke udara bermula dari 7 Jun (Sabtu) ini dan akan terus menemani anda sepanjang Piala Dunia FIFA 2014 bersama penyampai seperti Burn, Dayang dan Jannah. Layari laman web Astro Arena di arena.my untuk mendengar saluran radio Arena.

Oleh itu, ikuti liputan Piala Dunia FIFA 2014 hanya di Astro Arena Saluran 801, Nadi Sukan Malaysia. 

Memang seronok dapat jumpa diorang ni. Memacam ilmu yang aku dapat macam cara bercakap depan camera, tips bila idea blank dan memacam lagi lah.

Thanks Astro Arena...