Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Jangan Salahkan Jam Kalau Terlambat Sahur!

Morning Korang,

Dah lama x menulis time pepagi nie kan. Terperanjat gak rasanya nie. Nak tau sebab apa?


Hah lambat bangun sahur lah. Aku rasa inilah first time terbangun sahur dah hujung2 nyawa dah nie. Sebelum nie memang tak pernah pun.

Walaupun aku bukan penggemar bangun sahur yang tegar, aku tetap bangun untuk temankan mrBig makan. Normally dia akan makan cornflakes dengan susu je. Jarang makan nasi kecuali aku masak untuk buka jika ada lebih. Tapi makan benda cam nie lagi bagus kan. Nah korang leh baca kat sini.


"Utamakan makanan yang lambat hadam untuk sahur anda kerana ia boleh bertahan selama 8 jam berbanding makanan cepat hadam yang bertahan cuma 3 ke 4 jam sahaja. Antara makanan lambat hadam ialah beras perang, barli, gandum penuh, oat, semolina, kekacang (seperti dal, kacang hijau), roti gandum penuh, capati, roti nan. Makanan ini juga dipanggil karbohidrat kompleks.
Manakala makanan yang cepat hadam antaranya makanan yang mengandungi gula atau tepung gandum biasa (warna putih)"

So malam tadi, selalunya dia akan tidur dulu dari aku sebab aku nie heboh nar melayan bertweet2 dengan geng talibarut K Ina KL. Agaknya aku selalu conquer PC nie so dia plak duk melepak depan PC sampai tengahmalam kot ( aku tidur dulu) di samping itu hujan turun renyai2 plak kan. So agak nyenyak lah tidur memasing.


Tup tup, dia kejut aku dengan keadaan mengelabah. La rupanya lagi 10 minit dah nak waktu imsak. So kelam kabutlah dia kat dapur tadi. Capai apa yang dapat then trus makan. Aku teguk air suam je. By the time dia habis makan je, terus azan dah. Lepas abis makan tuh, terus dia membebel jam loceng tak bunyilah, dah kunci tapi sebenarnya terlupa nak kunci. Aku cakap, jangan salahkan jam okeh salahkan diri sendiri. Terus dia buat bodoh je.


Moral of the entry : Jangan salahkan jam loceng bila lambat bangun dan jangan jeles bila wife korang melepak dekat PC sampai larut malam (ala bukan buat apa pun kan!). hehehehhe

p/s: Korang jangan bagitau mrBig plak tau. Habis aku kene baham malam nanti! hehehehehe

Pics : Thank you Google