Showing posts with label pasta halal. Show all posts
Showing posts with label pasta halal. Show all posts

Wednesday, April 3, 2019

Master Pasto Spaghetti Ready-To-Eat Tak Sampai 3 Minit Dah Boleh Makan

Hi Korang, 

Bila kat opis ni kak lily memang malas nak kuar lunch. 

Kekadang tuh tapau siap-siap dari pagi then time lunch panaskan je dan kalau malam sebelumnya kak lily masak so kita bawak bekal jelah. Bukan apa, opis kak lily ni tempat makannya jauh kena jalan kaki ke bangunan sebelah kalau tak pun kena kuar plak. 

Memang sangat buang masa dan buang minyak dan buang duit toll sungguhlah kan. 

Kebetulan pulak nampak kat Facebook ada orang duk jual instant food ni so apa lagi kita pun try lah kan. 


Inilah dia Master Pasto Ready To Eat 

Beli secara online je hah senang, so far kak lily tak nampak lagi di pasaran hypermarket ni kann ermm bila dah ramai orang kenal lah ada lah tuh. 

Ianya adalah produk makanan buatan Malaysia dari Lioco Food Industries Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang. Yang best tuh, walaupun makan seberapa banyak pun, ianya di kategori sebagai produk sihat tanpa bahan pengawet dan tanpa MSG. dan yang penting Halal wokeh. That's why I like it!! 

Walaupun tiada bahan pengawet dan MSG tapi masih dapat rasa kesedapan spaghetti dan kuahnya tau 


Ada 3 pilihan hidangan spaghetti iaitu Spaghetti Bolognese with Chicken, Spaghetti Aglio Olio with Chicken dan juga Spaghetti Mushroom Cream Sauce. Wah terus mendatangkan rasa lapar ni kan hehehhehe 

Kak lily beli then letak di opis je senang kan sebab dia hanya di panaskan menggunakan microwave dan air mendidih je kalau di rumah. Of courselah kak lily guna microwave dah itu jer yang ada di opis kan hehehhe 

Cara menyediakan Master Pasto menggunakan microwave:- 




1) Buka kedua-dua pek spagethi dan kuahnya dan letakkan di dalam mangkuk tahan microwave. 



2) Panaskan di dalam microwave selama 1 minit saja 


3) Keluarkan dan terus ngapp jelah kan hehhe 

Kalau dapat tambah cheese ke bakon ke lagi awesome kann heheh tapi ni kat opis so makanlah apa aje yang hado 

Senang dan jimat masa dan yang penting tak perlu nak pening-pening cari makan kat luar. 


Antara tiga pilihan ni of courselah kak lily suka Spaghetti Mushroom Cream Sauce sebab ianya lemak berkrim, cukup segala bahan-bahannya dan rasanya enak betul. Cukup sekotak ni untuk hidangan tengahari kak lily, mana boleh makan banyak-banyak sekarang ni kan. 

Harga untuk satu kotak lebih kurang RM7.90 sahaja tapi kalau nak lagi murah korang beli bundle banyak boleh simpan tahan lama produk ni. Boleh dapatkan produk Master Pasto ni secara online atau pun di social media ye, nanti kak lily sharekan lah tau. 


Untuk si kaki travel, bagus korang dapatkan produk ni ek. Senang nak dibawa kemana saja takdelah ikat perut sebab tak boleh nak makan masa travel kan 


Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman web: 

Instagram: 

Facebook: