Showing posts with label nur kasih the movie. Show all posts
Showing posts with label nur kasih the movie. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Review : Nur Kasih The Movie

Hi Korang,

Ramai betul bloggers pun review pasal filem Nur Kasih ni kan, aku pun tak nak ketinggalan jugak lah.


Memula meh baca dulu sinopsis Nur Kasih The Movie nie:

Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua.

Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia.


Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur? Jangan Lupa saksikan tayangan Nur Kasih The Movie pada 19 Mei 2011. Saksikan juga lakonan comel Mia Sara sebagai anak Aidil dan Alia.

Nie pulak pandangan aku :

Menarik sesangat. Lokasi penggambaraan tu yang buat aku teringin sangat nak tengok citer nie. Sawah padi kat Tanjung Karang tu memang cantik dengan angin sepoi2 bertiup kan dan kat di Jordan plak totally cantik sangat macam dalam lukisan lah kata Nur Amina. Tapi time keretapi meletup tu terperanjat lah aku kejap kan.

Bab-bab romantik antara Adam dengan Nur Amina tu memang kaw-kaw lah. Memang best giler lah. Ada jugak bab sedih2 but aku still ok lagi tak de lah nak nangis2 sangat kan. Susah nak dapat cinta yang cam nie lah. Berjaya jugak aku tengok pengabisan kisah Nur Kasih nie kan. Mintak2 jangan ada lah Nur Kasih The Movie 2. Letih lah nak ingat balik kan.

Majoriti yang penuhkan panggung untuk citer ni semuanya pompuan lah kan. Kalau ada lelaki tu mesti datang dengan awek diorg lah kan yang datang dengan family pun ada.


Rating aku nak bagi : 4/5 lah.. Not bad.

Cuma aku nak komen sket, Adam masa tua tuh biarlah yang macho sket macam Jalaluddin Hassan ke Ahmad Tarmimi ke kan.. baru lah best sket..

Sunday, May 22, 2011

Bloggers Day Out : Layan Nur Kasih The Movie @ GSC Mid Valley

Hi Korang,

Aku baru balilk dari tengok wayang Nur Kasih The Movie tadi. Its free tiket okeh. Itu yang aku suka tu kan.

Cam nie citernya. Ada tak korang perasan last week kat blog Hazman ada buat ala-ala cam tengok wayang dengan dia. So cepat-cepat aku email kat dia hari tuh. Tup tup dapat plak kan. Cepat je dia reply email aku. Dapat aku 2 tiket.

Di sebabkan Mr Big tak berape minat nak tengok citer sedih-sedih cam nie jadi dia tak nak temankan aku. Nak tak nak aku paksa daydeck untuk teman aku pi tengok citer nie.

Aku sampai Mid Valley cam kul 12 lebih gitu. Cari parking punyalah payah coz hari cuti agaknya ramai sangat orang pi shopping kot. Lepas 20 minit cam tu baru dapat parking.

Tiket wayang paling panjang sekali aku tengok

Jalan ke Jusco ingat nak shopping sket ermm hampeh bila tengok kaunter nak bayar tu bukan main panjang nak bayar terus cancel. Cuci2 mata kejap kat Metrojaya then terus naik atas. Bukan main ramai gila orang kat lobby GSC ni. Kaunter beli tiket wayang tu sampai ke Mc Donald lah kan.


Jejai, Bean dan Ain


Hazman dan HamzahIan

Jumpa jugak diorg ni semua betul-betul depan pintu masuk GSC. Time tu Hazman, Jejai, Hamzah, Shara dan pun ada. Cuma tunggu Bean dan Daydeck je. Sementara menunggu tu bercamwhore bagai lah kan memasing.

Bila masuk panggung pun still memekak2 jugak kan macam dah Nuffnang premiere screening plak rasanya.

Filem ni aku rasa tak sampai 2 jam pun. Memacam rasa ada masa tengok citer nie. Seronok, sedih, kelakar pun ada. Ishk nantilah aku buat review pasal filem nie ek..

Its fun outing dengan diorang sekali sekala, memacam gossip / citer leh dapat tau kan.

Tokeh Wayang

To Hazman, terima kasih bebanyak coz sudi belanja ktorang tengok wayang Nur Kasih The Movie ni kan, at least tak de lah aku pi tengok citer ni sengsorang kan.

Kalau buat lagi ajak aku tau