Hi Korang,
Jumaat lepas sempat aku ke Guardian Suria KLCC sempena majlis perasmian Gedung Guardian yang berwajah baru.
Guardian Malaysia, peneraju dalam perniagaan kesihatan dan kecantikan, telah membawa pengalaman pelanggan ke tahap yang baru dengan pembukaan stor konsepnya, yang pertama di Asia.
Merasmikan stor konsep tersebut hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Malaysia, Mr Peter J. Dove, berkata: "lndustri runcit seperti yang kita sedia maklum adalah industri yang sangat kompetitif dan tidak menentu, dan kami mengalami pelbagai cabaran. Tetapi satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan adalah pe!uang untuk mencipta dan m mbangunkan pengalaman membeli-belah baru yang selari dengan kehendak pelang an, dim melihat .met.:lumbalas daripada - para pengguna. Pembeli sentiasa berubah dan pembaharuan adalah kunci; sama ada dari segi wawasan, konsep, perkhidmatan yang ditawarkan, atau gabungan menarik semua elemen ini."
Tambah beliau: "Hari ini, selepas kajian penting terhadap keperluan pelanggan dan trend; perancangan dan pelaburan, saya amat berbesar hati mengumumkan bahawa stor konsep kami kini beroperasi sepenuhnya. Dalam jangka masa yang singkat, pasukan Guardian Malaysia telah berjaya membangunkan stor konsep ini ke tahap yang lebih mantap, dan harapan kami agar anda, rakan kongsi kami, dan para pelanggan, akan berpuas hati dengan hasil usaha kami dan penaiktarafan ini."
Mr Dove berkata; "Saya dengan bangganya ingin menekankan bahawa pencapaian ini telah berjaya dicapai, dicipta dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan Guardian Malaysia; ini merupakan sebuah pembangunan yang unik, yang dibina oleh pasukan Guardian Malaysia."
Konsep baru tersebut memuatkan ciri-ciri mesra pelanggan yang tidak terdapat di mana-mana kedai di rantau ini, satu perbezaan yang bertujuan mengukuhkan kelebihan daya saing.
Terletak di lokasi farmasi Guardian yang sama di KLCC, outlet ini sejajar dengan program penaiktarafan berterusan farmasi Guardian Malaysia.
Ciri-ciri baru dan menarik termasuk beberapa konsep kedai-dalam-kedai untuk bahagian kosmetik, kesihatan dan farmasi, dan pengenalan kepada pemeriksaan kesihatan asas dan khidmat penjagaan kesihatan seperti pemantauan tekanan darah, pengurusan berat dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok.
Antara konsep kedai-dalam-kedai adalah:
1. Ruang Make Me Up , merupakan sebuah kedai-dalam-kedai untuk kosmetik. lni berikutan penyelidikan meluas yang dijalankan bersama L'Oreal Malaysia untuk memahami keperluan solekan oleh pelanggan sasaran syarikat dan faktor yang mendorong pembelian mereka. Konsep ini memberi tumpuan kepada memenuhi keperluan pembeli, antara lain, menonjolkan produk dan trend kosmetik terkini dan menawarkan kawasan separa peribadi untuk pelanggan mencuba produk.
Dua orang jurusolek Guardian akan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan yang ingin tahu lebih lanjut mengenai tip solekan dan trend terkini.
Guardian Malaysia turut meluaskan rangkaian jenama tempatan dan antarabangsanya yang hanya boleh didapati di Guardian, pada harga yang berpatutan.
2. Guardian Malaysia juga menerajui inisiatif farmasi perdagangan moden dengan penyenaraian produk kesihatan herba Cina tradisional yang dihasilkan oleh Eu Yang Sang, jenama yang terkenal dengan kualiti, dalam rangkaian produknya.
3. Guardian KLCC turut menawarkan rangkaian produk G&G Century seperti sarang burung sehingga ke Tongkat Ali yang sangat popular di kalangan pelanggan tempatan dan para pelancong.
Guardian Malaysia, adalah sebahagian daripada Dairy Farm Group, perintis, dan peneraju perniagaan runcit kesihatan dan kecantikan di Asia. Perubahan identiti visual Guardian Malaysia telah dilancarkan pada hujung 2014.
Di bawah perubahan identiti visual itu, logo Guardian berwarna biru dan oren yang dikenali ramai, telah ditukar menjadi "guardian" dalam tulisan berwarna oren dan berlatarbelakangkan warna putih.
Warna oren yang dipilih bertujuan menyuntik semangat baru ke dalam persepsi jenama keseluruhan. Pelaburan yang dibuat dalam stor konsep dan identiti visual adalah selari dengan misi Dairy Farm Group untuk membawa Manfaat Peruncitan Moden kepada Pengguna di Asia.
Jenama Guardian telah dibina berdasarkan nilai kepercayaan pelanggan, dedikasi pengasas-pengasas dan mereka di dalam organisasi dan produk-produk inovatif yang memberi inspirasi kepada para pelanggannya.
Nilai-nilai ini - kepercayaan, dedikasi dan inspirasi - akan menjadi teras panduan untuk Guardian Malaysia, dalam fokusnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.