Showing posts with label murah rezeki. Show all posts
Showing posts with label murah rezeki. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Dapat Jugak CPUV Iklan Nuffnang Ni Ek

Hi Korang,

Aku bukan kisah pun dengan dengan menda-menda iklan ni.

Yelah berapa sen sangat pun kan, maklumlah unique visitor blog ciklilyputih.com ni bukanlah sekencang otai blogger yang lain kan. So duduk diam-diam dan update jelah apa yang patutkan.

Tup-tup pagi tadi masa nak upload sponsored post kat website Nuffnang ni, tergatal plak aku nak klik bahagian earnings ni plak kan.

Hah tengok ni.


Ada iklan CPUV plak.

Bukan satu, bukan 2 tapi empat sekali gus. 

Alhamdulilah bertambah rezeki aku untuk bulan ni. Tak kisahlah sket ke banyak, janji ada kan. Bolehlah buat tambah-tambah sementara belum cash out kan.




Friday, November 22, 2013

Camera CANON POWERSHOT SX280 HS Dah Tiba

Hi Korang,

Lama dah aku duk menunggu hadiah camera yang di janjikan masa peraduan Nestle 2 bulan lepas. Ye korang dah lama.

Sampai aku sendiri pun terlupa-lupa di buatnya.

Until last 2 week, agensi yang settle hadiah tuh call. Before this, diorang pun ada call gak untuk confirmkan personal details kan. Rupanya hadiah camera Canon tu baru sampai, ni stock yang baru tak sama dalam borang penyertaan hari tuh.

Pergilah amik kat Kelana Jaya.


Kejap je amik, sign-sign surat dah dapat. yeahh

Inilah cameranya



Canon POWERSHOT SX280 HS

So far baru 2-3 kali guna. Not bad. Gambar memang cantik. Even korang amik gambar orang bergerak pun still lagi maintain nampak cam cantik.

dapat memory card lagi

cover camera pun dapat

Senang ada camera ni. Yelah kan kecil, compact. Masuk dalam handbag celak mana pun still muat. Lagipun tak delah berat sangat macam DSLR yang Mr Big punya.

Best best..

Lepas ni kalau ada kontest yang best-best lagi, aku nak join lah. Mana tau rezeki kan.

Monday, March 25, 2013

Melepas Sudah Nak Kurus PERCUMA!


Hi Korang,
Semalam is the best time untuk mengemas segenap sudut yang ada dalam rumah aku ni.
Sekali kumpul sampah dapat seplastik hitam penuh. Yelah banyak sangat PR release, CD, goodies yang tak pakai dan dah expire kan.
Jawabnya semua ke tong sampah lah.
Tengah duk belek-belek voucher ni, terpandang plak surat ni.

Wah rupanya aku dapat FREE treatment voucher dari Marie France KLCC hari tu yang aku attend tuh.
Baca punya baca, rupanya expire pun last week.
Ishk melepas sudah!
So tak chance lah aku nak merasa kurus 2-3 inchi kan
Sabo jelah…

Takper banyak lagi rezeki yang aku boleh dapat, konon nak sedapkan hati.


Friday, March 22, 2013

REZEKI Dari Grand Blue Wave Hotel, Shah Alam

Hi Korang,

Baru je aku citer pasal DOA MURAH REZEKI tadi kan.

Tup tup datang plak rezeki tiba-tiba dari Grand Blue Wave Hotel Shah Alam.

Jauh betul!

Meh tengok apa yang diorang kasi


Voucher makan rupanya. 

Ini sudah bagus kan!.

Dapatlah belanja korang yang suka bertenggek kat blog aku ni, especially to my readers dan followers. Ewah, macam aku ni blogger SEO terbaik plak kan. Perasan sungguh!

Ini ada beberapa entry yang aku pernah buat review di Grand Blue Wave Hotel ni




Tak sangka plak, menulis suka-suka je tup-tup dapat habuan plak. Inilah di namakan REZEKI

Harap-harap diorang jemput lagi lah aku ke sini lagi ek.










Saturday, November 3, 2012

Pasang Jamban Elektrik

Hi Korang,

Ni betul ni aku memang pasang jamban elektrik. Tak tipu lah, korang tengok gambo ni



Hah betul kan. Ni technician COWAY tengah duk explain kat ktorg cara nak guna digital bidet ni.

Murah rezeki lagi, nanti aku citer best ke tak guna bidet COWAY ni.

Ok ok now nak pi test... ehehheehehe









Friday, November 2, 2012

Ada Orang Nak Kasi Peluang Baik


Hi Korang,

Dalam sibuk-sibuk merayap ke sana kemari, ada jugak orang nak bagi better offer.

Eh, ni bukan blogging ek but kerja tetap.


Aku pun tak sure siapa yang introduce aku to this person. Alih-alih je dia suruh PA dia call aku set upkan interview weekend ni.


Oit weekend tuh, kenala aku bangun awal ek. Alah kata Mr Big, pi event boleh plak bangun subuh sepie kan. Pemalas punye bini, bangun pagi tu murah rezeki lah wei.

Hopefully offernya cantik lah ye. Mudah-mudahan

Korang doakan aku ek..


Tuesday, September 25, 2012

Rezeki Harus Di Kongsi Bersama

Hi Korang,

Kita dalam dunia ni, kalau sket-sket nak berkira memang tak kemana lah kan. Apa salahnya berkongsi rezeki pada mereka yan memerlukan. 

Aku pun cam tu gak. Kalau ada rezeki lebih aku kongsilah dengan korang yang kaki lepak kat blog aku kan. Walaupun tak banyak but still aku nak beri gak. Nanti ada giveaway yang aku nak buat, korang join ye..


Cam dia ni gak la, aku rasa dia ni lebih memerlukan. So aku bagi apa yang dia perlukan iaitu makanan.


Hopefully aku dan dia sesama murah rezeki hendaknya. Dahlah kucing comel ni tengah bunting. Cian plak aku tengok kan.

Itu je..





Friday, June 15, 2012

Hasil Berusaha Tanpa Merungut

Hi Korang,

Ini lah dia Hasil berusaha tanpa merungut.


Yelah setengah bloGGer selalu bising asyik tak dapat BE la, advertorial la, sponsored post la kan walaupun diorG tu baru je tulis bloG 2-3 bulan yang lepas.

Tapi bukan aku ye sebab aku tau kemampuan blog aku cam ner so tak kisahla ada ke tak de ke aku still berbloGGing gak.

Yang penting kena ikHlas dan sentiasa bersabar eventho ramai blogger lain  yanG baru je join NuffnanG da dapat menda yang best2 kan.

Aku tetap cam tu Gak, rileks sempoi je

Tapi yang daH ada kat atas tu janGanlaH dok sombong plak kan mentang2 korang dah jadi yanG terbaik kan sebab satu Hari nanti koranG boleH jugak dok terlinGkup kat bawaH kerana doa orang-orang yang teraniaya tu selalu akan di makbulkan satu Hari nanti.

Sebab aku daH nampak ramai bloGGer yanG baru naik ni dah mula tunjuk bongkak denGan baru satu dapat sponsored post kan.

So janGan riak dan sombong ye

CLP Notes : Actually ini pun perinGatan untuk diri aku Gak kan supaya janGan sombonG, itu je









Saturday, May 19, 2012

Pergi Survey Dapat Duit

Hi Korang,

Last 2 week, ada satu company ni ajak pi survey. Ermm survey rasanya dah lama tak buat keje-keje cam ni. Dekat setahun kot.

TolonG janGan GooGle ek

Kali ni kena kat area BanGsar. So berHempas pulas aku meredaH jam petanG jumaat tu kan. Nasib baik jumpa setelaH 2-3 tawaf banGunan tu cari parkinG kan. Sesampai terus je naik tinGkat 38. HaH ko, bukan main tingGi laGi.

View BanGsar dari tinGkat 38

Sampai tempat tu, kene reGister dulu. Sementara tungGu oranG lain, bantailah makan kan. Makanan simple je but laju je aku bedal coz lapo duk terHentak dalam kereta lama kan.

Bila dah cukup korum, then barulah discussion start. Ada seoranG  tukanG conduct tHe survey. So ktorg ni kena baGi opinion tentanG topik/product/service yang di perkatakan. Memacam info aku dapat tau dari Group discussion ni. Seronok Gak.

 Group discussion ni berakHir selama 2 jam. Selain dari dapat makan, dapat juga kenGkawan mak baru kan dan yanG syiok of courselaH dapat token kan. Beratus jugak dapat. Hasil setelaH 2 jam memeraH otak dan berkonGsi ilmu.

Kesimpulannya, kene rajin usaHa baru dapat imbuHan kan.

CLP notes : Tak leh letak Gambo masa survey, itu pantanG diorg...



Friday, May 4, 2012

Outing Lagi Ke Puncak

Hi Korang,

Amik cuti lagi semalam sebab ada outing.


Sama sape? haruslah dengan Nuffnang bloggers kan.

Ini dikatakan murah rezeki lagi tapi kena berkorban gak kan untuk achieve semua nie.

Thanks Nuffnang dan Genting




Wednesday, May 2, 2012

Dinner at Pizza Hut, Thanks Nuffnang


Hi Korang,

Alah kalau setakat makan kat Pizza Hut, nak buat review gak ke?


Tak payahlah coz ramai dah tau signature dish kat Pizza Hut ni apa kan. Haruslah pizza itself. Memacam jenis pizza ada. Ala Italian sampai ke Royal Massala. Nak tak pedas, nak pedas, nak yang berlemak cakap je lah mesti waiter tu cakap hadoh punya.


Ktorg order yang biasa je. Meal set No. 2. Ada pizza yang ktorg pilih super supreme regular size, 2 mushroom soup, breadstix 2 ketul dan air 2 cawan. 


Boleh lah but Mr Big tambah lagi dengan Lasagna, 4 ketul Deli Wings dan 4 ketul Oriental BBQ drumstix. Nampak macam banyak but sket je coz portion dia kecik2 je.

Pizza Super Supreme – Regular Size

Deli Wings

Mushroom Soup

So makan dengan senang hati nampaknya


So thanks Nuffnang for this special gift voucher. Hari tu ada komen kat blog Iza Pink Stiletto, tu yang menang kan. Actually yang value meal tu je yang FREE yang Mr Big tambah tu kena bayar sendiri. 


Murah rezeki lagi walaupun kene kuar duit sket je kan.

Itulah rajin nau pi komen kat blog diorg ni.


Aku pun nak buat style cam ne lah. Siapa komen baikkk punya, aku bagi hadiah. Korang nak tak ?

CLP notes : Alah hadiah biasa2 je, janji hadoh kan..

Gambar di ambil guna Samsung Smart Camera DV300F


Thursday, April 19, 2012

Dapat Tiket Standard Chartered Masters Football Malaysia Cup 2012

Hi Korang,

TengaH sibuk-sibuk kat opis tadi sempat jugakla aku cHeck email.TerpandanG plak satu email dari Asia Media TV ni. Baca2 rupanya aku menanG tiket pi tenGok bola EPL Masters Football 2012 kat SHaH Alam. 



Heeeheh masuk contest suke2 je, ingatkan x leH menanG. IsHk tak sangka betul laH.  Tapi bukan setakat tiket ye malah ada laGi yang aku dapat.


Best plak rasanya join contest kecik2 nie. Walaupun HadiaH kecik2 je tapi feeling tu memang best lah. Dapat baranG free kan.


Nie ada a few lagi contest yang aku join, memintaklah menang ye.

CLP notes : Sket2 lelama jadi kaya kan. ehehheheehehehheheh




Friday, March 16, 2012

Hadiah Comel Dari Asia Media TV

Hi Korang,

Ada plak rezeki hari ni untuk aku. Pagi tadi orang dari Asia Media TV call suruh pi amik hadiah. Aku pun tak ingat bila masa aku join. Apalagi orang nak bagi haruslah aku menerima dengan tapak tangan yang luas lagi lebar ni kan.


Ye, dapat cupcakes yang so cute dengan small token yang cute gak. Sampai sesat2 mencari mana opis Asia Media TV ni kan. Tapi worth it lah coz hadiahnya best.



Apa macam? Cantik kan, rasa cam sayang plak nak makan lah.

So Thank You Asia Media TV.

CLP Notes : Kene rajin usaha baru leh dapat semua2 nie.


Thursday, March 1, 2012

Bestnya 29th Februari 2012

Hi Korang,

Apa yang syok sangat pada 29th Februari 2012 ni ek? Ermm itu tarikh ni merupakan tahun lompat. Tarikh ni wujudnya hanya 4 tahun sekali je. Maknanya sesiapa yang lahir pada hari ni umur diorg akan kurang 4 tahun kan coz celebrate 4 tahun sekali je kan. Hehehehe tak la aku tipu je.

So apa yang best pada hari ni?

Sebenarnya aku rasa cam best giler sebab aku dapat jeng.. jeng.. jeng..

Ice cream voucher Baskin Robbins

Tiket wayang free dari AXN Channel

 Khalifah Ganti Superman dari bro denaihati.

Ermm best kan. Itulah aku tak sangka leh dapat semua ni. Syukur sesangat lah. Dapat rezeki sebegini kan.

Kalau kira-kira dekat nak RM300 jugak lah harga gift ni kan. Walaupun nampak cam biasa-biasa je but boleh tahan gak harga semua nie.

CLP notes : Yang penting kene rajin dan tak berkira wokeh!





Friday, February 17, 2012

Hadiah Comel Dari Nippon Paint

Hi Korang,

Rasanya tahun lepas kot aku join contest Nippon Paints kat Nuffnang punya website nie lah. Walaupun tak menang Top 3 tapi menang lah jugak Top 50. Wah kagum gak tau.


Acara penyampaian hadiah di adakan dekat Cathay Cineleisure, E-Curve ok, jangan nak jeles. Tak lah sebenarnya aku mintak tolong intern Nuffies ni Si Joel amikkan untuk aku coz tak de masa nak ke Office Nuffnang, bukan aku je Si Benjamin pun suruh amikkan gak.  Dah berjalan-jalan dengan toys ni  kehulu hilir, semua orang pandang kan. 


Comel kan, lembut plak tuh. Geram dibuatnya.


So aku dah sediakan tempat untuk si Green Blobby ni, nak tau kat mane? hah sini lah kat kerusi malas ktorg ni. Functionnya untuk di jadikan pengalas belakang time ktorg duduk-duduk tengok tv. Jadi bila sandar tu rasa smooth je, tak de lah tulang berlaga dengan kerusi kan.

Hahahahah zalim tak? 

Anyway thanks to Nuffnang and Nippon Paints for these cute gift.

CLP notes : Banyak dah toys kat umah aku ni, tapi tak de sapo nak main...huhuhuhuh


Tuesday, February 14, 2012

Cantik! Name Card Percuma Dari UK

Hi Korang,

Ni lah hasil berblogwalking ke website HafizRahman hari tuh. Kat blog dia ada mentioned sesapa nak name card free dari Facebook punya design just klik kat situ. Aku pun cuba nasib je lah kan. 


So isi lah segala details yang diorg nak kan. Design plak ikut Facebook Timeline je. Senang tak yah nak perah-perah otak nak letak gambo apa, font apa kan.

Ingatkan tak sampai, maklumlah FREE kan. So confident level tu cam kureng sket lah.


Tup-tup 2 ari lepas, aku check mailbox kat umah ada plak parcel dari UK ni. Memula ingatkan Ulu Klang tapi dari United Kingdom ok.


Tengok-tengok, cantik tak? Simple je kan. Ingatkan sekeping 2 je dapat, rupanya 50 pcs tuh. Banyak gak.


Sayang plak nak kasi kat orang lah. Tapi nak simpan pun buat apa gak kan, dah functionnya untuk diberikan kat orang. So bagi lah. Sesapa yang dapat name card special edition ni dari aku ni korang memang bertuah lah.

Korang nak? rasanya boleh lagi ko diorg tu terima design cuma tak tau lah kena bayar ke tak kan. Cubalah nasib kat sini www.moo.com then search Facebook timeline name card. Semalam Mr Big cuba still boleh lagi kan, buat make sure korang punya facebook dah tukar ke timeline lah kan

CLP notes : Rasa cam VIP plak kan, nak bagi2 name card kat orang. Pirahhh


Saturday, January 28, 2012

Hadiah Dari Perdana Menteri

Hi Korang,

Bila dapat parcel dari Perdana Menteri punya office ni hati aku dah berdetik lain je. Fikir-fikir balik ada apa hal plak PM anto barang kat aku ni. Risau plak rasanya.


Tup tup bila bukak, cuba tengok.


La t-shirt rupanya.  Ingat tak ktorg pernah dapat invitation pi hi-tea dan breakfast dengan beliau kan.  Rupanya ada ole-ole lagi dari Dato Seri Najib Razak. Dapat sorang sehelai. Jadilah kan. 


Tengok aku dah melaram pun hari tuh masa pi Stockholm. Stockholm ok! Bandar terbentuk dari air. Korang hado ke..

CLP notes : Comey kan logo kat t-shirt tu ek dah macam foursquare punya sign je.

Anyway happy weekend korang...



Saturday, December 24, 2011

Inilah Hasilnya

Hi Korang,

Aku memang jarang cash out kan duit Nuffnang aku ni. Yelah tak de apa nak buat kan so buat apa nak kuarkan baik biar je beranak-pinak dalam account tu kan. Tup-tup hari tuh tengah aku duk godek2 dalam payment section nie entah can aku boleh tertekan cash out button ni plak. 


Hah nak buat cam ne, terpaksa lah kan. So dah receive pun chequenya dan baru je pi bank-in semalam. Kiranya dapat lah hasil berblogging ni menampung expenses aku masa pi bercuti minggu depan ni kan. 

Betul lah kata orang sket sket lelama jadi bukit kan. 

Eleh korang dapat berapa plak kan, ermm mesti kencang punya dari aku kan maklumlah siapalah aku ni kan blogger kecil-kecilan jelah.




Monday, September 5, 2011

Sepanjang Ogos 2011 - Bulan Penuh Rahmat


Hi Korang,

Bulan Ogos tahun nie merupakan bulan Ramadhan. Best kan. Sebab dapatlah kurus sket, ermm nan ado de kurus. Makin kembang adalah kan. Kerja-kerja blogging pun makin hebat jugak lah. Ada je event yang di panggil untuk join walaupun time puasa. Ermm meh lah baca nie



Event
Dapat pi L'Oreal eye cream launching kat Mid Valley. Jumpa dengan artis lagi. Best sungguh. Lepas tu sempat jugak pi Prudential Assurance Launch kat The Curve dan dapat jugak join seminar 'Milk a Deal' Affiliate.

Premiere Screening
Bulan ni kurang sket tengok wayang coz penat nak kuar bila dah malam2 kan. Tapi sempat jugak aku pi tengok Cowboys & Aliens dan The Smurf kat KLCC, Cars 2 kat Mid Valley. Ada jugak blogger belanja aku tengok wayang citer Zookeeper tau.

Buka Puasa
Erm tahun ni, jemputan buka puasa kureng sket. Banyak aku tolak coz aku dah plan buka puasa dengan orang lain. 3 tempat aku miss. Aku sempat buka puasa dengan DiGi kat The Bees, buka puasa dengan FooD FB kat Paya Serai, PJ Hilton. Dapat jugak buka puasa dengan Samsung kat Enak KL dan jugak sempat buka puasa dengan artis2 Universal Music. 

Skills
Sibuk mereview2 product yang diorg nie hantar, majoritinya bebarang make-up lah. Dapat jugak aku tau apa bahan yang ada dalam make-up ni kan. Sekarang ni tengah sibuk belajar amik2 gambo pakai DSLR secara close-up coz mr Big dah tak larat ikut aku pi event lagi. Letih katanya. So kenalah buat sendiri pas ni.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..

Comey kan budak 2orang nie

Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.

Hopefully bulan September lagi best lah hendaknya ek sebab burfday aku kan hehehehhe. Ingat tau, burfday aku... hehehhehe

Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

Wednesday, July 6, 2011

WW - Rezeki Turun Dari Langit

Hi Korang,

Wordless wednesday untuk this week.


Moga-moga di limpahkan rezeki yang berlipat ganda kepada ke semua bloggers yang selalu lepak kat blog aku ni kan.

Amin..