Showing posts with label maybeline product. Show all posts
Showing posts with label maybeline product. Show all posts

Monday, February 20, 2012

Mata Cantik Dengan Maybeline NY Volum’ Express The Falsies Mascara


Hi Korang,

Pernah pakai bulu mata palsu? Aku pernah itu 2 kali dalam hidup aku ni. Masa tu time kawin dengan family photoshoot tahun lepas. Itu pun orang yang pakai bukannya aku sendiri. Rasanya kalau pakai sendiri boleh berlubang kelopak mata aku dek sebab manjang tercucuk je lah kan.


Bagi tak nak pening kepala cam no nak pakai fake lashes ni kan, aku dah cuba Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies mascara. Hah ko panjang betul nama dia kan. Satu-satunya mascara yang boleh buatkan bulu mata korang lentik selentiknya macam pakai bulu mata palsu but actually real punya.

Betul ke boleh lentik ni?

La betul lah, ingat aku tipu ke. Actually Volum’ Express The Falsies Mascara ni mengabungkan 2 elemen yang iaitu pembentukkan dan penstabilan bulu mata korang tu. Ada gel matrix, multimax blend, setting polymer, pro keratin fibers, panthenol dan ceramides. Hah memacam kan, korang leh search kat google apa menda alah semua tu. 


Aku pun search dan semua tuh fungsinya ke arah kebaikan pada bulu mata kita. Lepas tu bukan setakat bahan dalam kandungan mascara tu je malah berus or spoon curler yang unik tu pun memain peranan yang penting untuk nak dapatkan more volume dan lift it up kan.

30 saat je ke untuk pakai mascara? Ermm jangan nak tipu. Actually bukan untuk pakai but untuk jadikan bulu mata korang tebal dan curlier dah macam bulu mata betul lah.


3 cara untuk guna Volum’ Express The Falsies Mascara ni

  1. Gunakan bahagian bulu berus yang pendek tuh dan sapu melawan arah bulu mata dekat bahagian akar2 yang dekat mata tu kan
  2. Pusingkan berus ke bahagian yang panjang dan sapukan ke arah bulu mata ikut flow cam biasa, ke atas dan ke depan.
  3. Last sekali gunakan berus tu bahagian yang rata dan tekan sket untuk nampakkan curve bulu mata tu kan.

Itu je, senang kan. Tengok gambo yang Mr Big amik tuh. Baru mudah nak faham. Memandangkan mascara ni waterproof, cara nak bersihkan senang je gunakan makeup remover or air. Tok sah nak bimbang bulu coz tak sakit pun macam nak cabut bulu mata palsu tau.

Kalau nak cantik lagi, gunakan dengan MasterLiner eyeliner dan juga Hyper Sharp Liner. Lagi outstanding makeup korang uolls.


Hah, dah mula mengedik nak beli lah kan. Maybeline New York Volum‘ Express The Falsies Mascara ni dah mula di jual Januari 2012 ke semua department store seluruh Malaysia dengan harga RM42.90 je sebatang. Jangan pi cari kat pasar sudah lah.

Beli jangan tak beli!

CLP notes : Takut aku bulu mata melentik-lentik ni kalah Rozita Che Wan plak kan, kang terovershadow terus terglam sekejap ek.


Tuesday, November 8, 2011

Kulit Macam Porcelain Dengan Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse

Hi Korang,

Aku memang ada pakai BB cream but tak selalu lah sebab dia nampak cam creamy bila kat muka kan. So bila ada function ke outing ke then baru aku pakai. Nampak memang licin muka dan cam berminyak gak lah. Mana tak nya, kulit dah berminyak di tambah lagi cream yang berminyak kan, jawabnya leh goreng telur ek.


So sekali lagi Maybeline New York mengeluarkan lagi produk terbaru untuk BB cream ini iaitu Maybeline New York Pure minerals BB Mousse


Memang betul, BB cream dalam bentuk mousse. Selalunya kita jumpa dalam bentuk liquid je kan. Liquid ni nampak berat sket dan cam susah sket nak balancekan kat muka kan. BB Mousse ni plak ianya ringan dan mudah di sapu kat muka especially bagi korang yang baru first time pakai make-up kan.


Bila dah mula pakai BB Mousse ni, rasanya cam ada perubahan sket. Di antaranya ialah :-
  1. Instant poreless-looking skin
  2. Shine-free and fresh
  3. Reduced dullness
  4. Hydration
  5. Natural radiance
  6. soft and supple skin
  7. Lasts all day
  8. SPF30/PA+++ UV protection
Maybeline NY Pure Minerals BB Mousse ni memang sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. 


Korang boleh dapatkan BB Mousse ni di memana supermarket dan juga farmasi di seluruh negara dengan harga RM54.90. Bunyi cam mahalkan but tahan lama tau.

Saturday, October 29, 2011

Maybeline BB Mousse Hi-Tea Party

Hi Korang,

Hari Deepavali rabu hari tuh, pihak Maybeline mintak aku host satu simple Hi-Tea untuk ladies blogger. So selasa tu aku tweet kat twitter but maybe ramai yang tak perasan kot, so tak ramailah yang datang. 


Cuma kengkawan blogger pompuan yang selalu aku hang out je yang ada. Sempat jugak aku ajak opismate aku dan si sumijelly nie.

Triffle yang Mama buat, semua bedal sampai licin

Di sebabkan Hi-Tea ni plan secara adhocnya, so menunya pun simple2 je lah. Aku sempat masak mee hoon je, aku mintak tolong mama buatkan caramel dan triffle dan the rest aku pi beli je kat Laksa Teluk Kecai depan umah nie. 


Sampai2 je diorg ni, terus aku suruh makan dulu sementara tunggu yang lelain. Hah, apa lagi sambil makan sambil sempat gossip2 blogger plak tuh. Memacam kan diorg nie.


Once semua dah kenyang, ktorg di present dengan produk terbaru Maybeline BB Mousse yang akan keluar tidak lama lagi. Not bad jugak, BB Mousse ni lebih ringan dari liquid foundation yang ada kat pasaran kan.

Tekun semua mendengar kan

Cindy sedang mendemo cara guna BB Mousse ni

Hah, ringan kan

Ann Jie siap tunjukkan demo betapa ringannya BB Mousse ni. Terus aku kagumlah dengan BB Mousse ni lah. 

Kelam kabut time nie, coz nak cepat

Tengok model 'Ustazah Pilihan' ni kan. Bukan main lagi 


Lepas tu Maybeline team dah sediakan beberapa game untuk ktorg bermesra dengan BB Mousse ni kan. Di antaranya teka function BB, cara guna BB Mousse dan main make-up muka. Ktorg di bahagikan into 3 group dan ktorg pun tak lepas peluang lah main dengan semua make-up2 yang di sediakan kan.

Hasil lepas main make-up2



Macam-macam rupa ada, yang paling aku kelakar sekali muka Ain dan macam mickey mouse lagaknya. Boleh di katakan semua orang dapat menang hadiah dari Maybeline.

Team ktorglah yang menang

Party abis dalam pukul 5 lebih cam tu, but sebelum balik aku suruh diorg makan kenyang-kenyang dulu takut lapo masa dalam jem nanti kan hehehehe


Anyway thank you Maybeline sebab sudi datang umah aku yang kecik dan comel ni kan. Kepada kengkawan blogger yang sudi hadir pun aku ucapkan thank you jugak. Siap-siap ada yang sesat lagi.

Korang memang awesome lah!

P/S : Bukan aku tak nak jemput reramai but umah aku nie kecik je. Takut reramai datang kan kene duk kat luar plak kan. Tak per2 nanti akan ada lagi Hi Tea Party sebegini dalam masa terdekat ni. Aku akan war2kan kat korang tau.



Thursday, October 27, 2011

Make Up Artist Datang Rumah

Hi Korang,

Semalam rumah aku di banjiri oleh dengan anak2 dan mak dara. Nak tau sebab apa? Ermm sebab ada Profesional Meke-Up Artist datang umah aku tau.

Betul lah, dari Maybeline lagi

Nak buat smooky eyes

Aku pun tadah je muka kan. Dah orang nak tolong cantikkan muka kan, jangan lepaskan peluang lah kan.


Ermm tengoklah semua orang teruja nak di make-up jugak tau. Masing-masing tak sabar nak tunggu giliran untuk di conteng muka kan.

Untuk cerita hangat, jap lagi aku citer ek...


Friday, September 30, 2011

Tiru Cara Make-Up Gaya Liyana Jasmay

Hi Korang,

Nak cantik macam Liyana Jasmay? Of course lah kan. Dia tu dah lah cantik comey plak tu kan. 

Baru-baru ni, aku kan dapat join Maybeline Beauty Workshop tu kan, so diaorg yang cerdik pandai pasal make-up ni turunkan ilmu kepada ktorg yang tak berape reti nak make-up kan. 


So aku pilih cara make-up G.I. Jane Style. Nampak macam boyish but cantik menawan okeh.


Inilah antara barang-barang yang diperlukan untuk G.I. Jane Style. Ada lipstick, eyeshadow, eyeliner, compact dan mascara.

So mula-mula:-


1. Sapukan 'ANGELFIT' Flawless natural liquid foundation kat muka. So kulit muka nampak lagi licin dan berseri lah. So tak nampak lah kesan-kesan jerawat kan.


2. Sapukan Clear Smooth all in one Compact Powder. Nampak kulit muka lebih rata. Tak yah tebal-tebal sangat tau.


3. Letak kan Eye Studio Diamond glow quad in Fresh Green Eyeshadow. Gunakan colour cerah as base kat seluruh mata. Kemudian yang gelap sapu kat kelopak mata yang sket tuh. Jadi nampaklah tone warna kan. 


4. Lukiskan garisan di atas dan bawah kelopak mata dengan HyperSharp Eye Liner. Ini untuk nampakkan mata kita lebih besar dan cantik lagi.


5. Untuk nak cantikkan mata lagi, sapu lah 'Magnum SuperFilm' Mascara ni. Supaya bulu mata nampak lebih panjang dan melentik lagi.


6. Last but not least, sapulah 'Pink Blossom' Lipstick ni. Cantik je colour dia kan. Tak terang or gelap sangat kan. Sesuai dengan kulit muka aku.

Dah lepas berhempas pulas, menconteng muka so inilah hasilnya


Apa macam, ok tak? Aku bukan pandai sangat bab make-up ni. Ikut instruction dan teknik yang diorg ajar boleh lah kan.

Segala bahan make-up yang di gunakan adalah produk dari Maybeline.

Cantik tak? Mestilah cantik kan.

Anyway, terima kasih kepada Maybeline dan Nuffnang coz bagi aku peluang make-up2 ni kan.


Thursday, September 22, 2011

Maybeline New York Fashion Week Beauty Workshop


Hi Korang,
Last week aku dapat jemputan ke Maybeline Fashion Week Make-Up Workshop kat Bangsar.  Eventho hari tu merupakan Hari Malaysia and public holiday but aku still bersemangat untuk pergi tau. Majlis ilmu free sapa tak nak kan? Rugi tau.

Muka tak make-up dan penat lepas panjat tangga kan

Kali ni aku lambat sket sampai coz sempat pi open house officemate Mr Big kat Sg Buloh. Dalam ½ jam je aku pecut ke Bangsar. Gila laju kan. Nasib baik tak de kereta banyak time tuh.

Meriah sungguh kan

Sesampai je kat tempat tu, kena mendaki tangga plak. Adui dah lah penat merempit di tambahkan lagi dengan penat memanjat plak. Jejak je kaki kat 3rd floor, aku di sambut oleh Maybeline PR Ms Connie yang cantik tu lah. Belom sempat letak bag dah kena posing. Apa lagi mari bercamwhore kejap dengan geng2 blogger yang lelain nie.

Teman semeja

A few minute after that, acara di mulakan. Sebab aku datang lambat, so dapatlah duduk meja hujung sekali dengan K Ina KL, Zurie dan Nik. Tak perlah janji ada tempat duduk kan. The rest duk meja sebelah ktorg je.

Kyushuk dengar presentation

Cara pakai make-up yang betul

Ktorg di beri penerangan apa itu Maybeline Fashion Week and history of it lah. Lepas tu plak, barulah ktorg di ajar cara asas bermekap yang betul dan mudah. Macam-macam style ada. Dari personaliti yang lembut ke yang ganas. Hebat tu kan.  Tup-tup tengah syok tengok orang make-up nie, si cantik gorgeous Ms Amber Chia sampai then terus duduk kat belakang ktorg. Wah apa lagi sempatlah bercamwhore dengan dia kejap kan.

Amber Chia memang sporting

Rupanya dia datang as one of teacher lah dalam workshop nie. Pelbagai teknik yang dia ajar. Cam ne nak pose sebaik mungkin depan camera.  Memang best betul, tup tup berangan nak jadi model plak lepas dengar talk dari Amber Chia nie.

Buat sendiri tau

Ktorg diberikan break 10 minit cam tu, untuk minum ke, pi toilet ke, bercamwhore ke kan. After that, acara yang paling best sekali. Ktorg di kehendaki untuk memake-upkan diri sendiri selama 30 minit mengikut style2 yang di ajarkan sebentar tadi. Dengan product Maybeline yang melambak kat atas meja kan, terus jelah aku conteng muka aku ikut suka. Nasib baik one of the staff tunjuk ajar aku cam ne kan. Kiranya ada guidelines lah cam ne nak make-up tuh.  


Sempatlah ktorg abis make-up dalam masa ½ jam tuh. Tetiba ada orang jerit cakap ‘No Chap Lips, Yes Baby Lips’ hah cam tu lah ayatnya.  Rupanya Maybeline akan kuarkan lagi product terbaru diorg iaitu Lipbalm pelbagai perisa untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Hah merasa jugak ktorg ambik gambar guna polaroid untuk kempen lipbalm ni kan.

Comey kan gambo poloroid nie kan


Banyak kan

Comel kan so colourful

Yang paling best tuh, segala alat make-up yang diorg bekalkan masa time make-up tadi, ktorg boleh bawak balik semuanya. Hah, berebutlah memasing kan. Aku siap boleh tukar2 lagi, untuk pilih yang mana sesuai dengan aku kan.  Penuh tangan memasing membimbit bag Maybeline kan. Dalam hati time tu, berbunga2 lah coz dapat barang make-up banyak kan.

Anyway, terima kasih kat Maybeline dan Amber Chia Academy  coz event yang awesome nie. Memang tak pernah lagi aku pi memana event dapat bawak balik sebegini banyak barang make-up kan.


Kepada Nuffies Farah dan Thara, you’re great ladies. Sentiasa ceria saje time keje eventho hari tu hari offday korang kan.


Hopefully ada lagi event macam nie lagi ek.

Credit : Terima kasih tau Madammondoq coz aku cilok gambo kat blog dia nie

Monday, September 19, 2011

Rezeki Melimpah Ruah Lagi

Hi Korang,

Walaupun jumaat lepas hari tuh cuti Hari Malaysia tapi aku sebagai blogger tegar sempat hadirkan diri ke Maybeline Make-Up Workshop.

Memacam teknik nak cantik di pelajari. Itu nantilah aku citer ek.


Cuma nak bagi korang jeles, tengok nie dari pada satu beg beso nie


Aku dapat nie. Wah bestkan. Setahun tak yah nak beli alat2 solek. Habiskan je semua nie. Foundation ada, concealer ada, eyeshadow 2 pallet, lipstick berbatang2, compact powder lagi dan memacam lagi lah. Actually ada lagi but aku dah bagi kat sista in law aku dan MIL aku. Rezeki diorg lah time raya nie.

Thank you Maybeline dan Nuffnang for this rezeki.

I heart u lah, Chi Wa Wa...

Friday, July 22, 2011

Rasa Enak Macam Nak Makan Dengan Maybeline Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Hi Korang, 

Oit bunyi tajuk je bukan main melampau kan. Fikir pasal makan jelah aku ni. Bukanlah. Brand Make up No.1 Maybeline New York sekali lagi telah menghasilkan lip gloss yang sensasi lagi bersinar dan rasanya macam nak makan je lah.

Memperkenalkan

Fruity Jelly Delicious Lip Gloss

Ianya merupakan lip gloss yang sangat cute dan ianya bersinar bagai tidak mengenakan apa-apa di bibir korang dan juga 50% kurang melekit dan membuatkan kita rasa selesa kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari.


Dengan 7 pilihan warna yang memikat hati ia dinamakan seperti Cherry Kiss, Treat Me Sweet, Freshly Sliced, Berry Bella, Sparkling Grape, Crazy for Caramel dan Mad about Melon, Maybeline New York yakin lip gloss ini akan memberikan rasa sensasi dan lazat di bibir korang.

Cara nak pakai? 
La senang dan mudah di gunakan. Picit sahaja tubenya dan terus dicalitkan di bibir korang. Senang kan.


Lip gloss ini telah di uji dan di analisis, Maybeline New York Fruity Jelly Delicious Lip Gloss ini boleh di dapati dengan harga RM9.90 satu di semua kaunter Maybeline seluruh negara.

Menarik kan, senang nak bawak kemana-mana. Sumbat je dalam handbag korang kan. Dengan harga cam tu punya murah confirm bebudak sekolah, remaja student IPT pun mampu beli kan.