Showing posts with label makanan segera. Show all posts
Showing posts with label makanan segera. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Majlis Pelancaran MyChef ‘Simply Delicious’ Ready To Serve Gourmet Meals

Hi Korang,

Baru-baru ni aku dapat jemputan ke Majlis Pelancaran Mychef yang merupakan pengeluar produk makanan halal dan mudah di sediakan di Tapis Rouge, The Strand Kota Damansara. Ala biasalah Geng Tali Barut K Ina dan Jejai, mesti ada kan.


Dengan menggunakan tagline ‘ The New Gourmet Experience’ My Chef  menawarkan 14 jenis pelbagai produk terbarunya yang bertujuan mambantu sesiapa sahaja terutamanya wanita berkerjaya memasak dengan mudah dan cepat. 




Ianya di inspirasikan daripada masakan tradisional melayu, nyonya, barat dan juga asian yang dicipta khas oleh chef selebriti yang terkemuka di Malaysia iaitu Chef Liza, Chef Florence Tan, Dato’ Hj Chef Ismail dan Chef Zam.


Mohd Fairuz Abdullah, CEO bagi Flavor Innovation berkata ‘mychef adalah jenama baru dan inovatif yang merancang untuk menembusi pasaran runcit malaysia dengan memperkenalkan satu kategori makanan yang baru, berdasarkan gaya hidup pengguna. Sekarang semua orang akan mempunyai peluang untuk menikmati resepi oleh chef selebriti Malaysia dalam keselesaan rumah sendiri’.


Resepi yang dicipta dengan bahan-bahan yang dipilih khas untuk memberi para pengguna merasai pengalaman masakan yang benar-benar baru, memastikan persembahan menggiurkan dan lazat dan menyediakan makanan yang sihat rendah kalori, lemak, tepu, gula dan garam.



Ini dibuktikan lagi dengan Mychef memperkenalkan  'lampu isyarat warna berkod' iaitu panduan  pemakanan untuk membantu pengguna memilih diet yang lebih sihat. Hijau menandakan kandungan yang rendah, yang merupakan pilihan yang lebih sihat, amber untuk kandungan yang sederhana, yang diterima dan merah mewakili kandungan yang tinggi, yang kurang sihat sebagaimana yang ditakrifkan oleh Agensi Piawaian Makanan UK.



Rangkaian makanan gourmet baru mychef akan boleh didapati di Jaya Groccer dalam minggu November 21 dan DISEMBER 4 di tesco dan Giant dalam lembah klang.



Dengan Datin Tiara Jaquelina

Dengan chef Liza

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk ini, sila layari laman facebook mychef di https://www.facebook.com/mychef.healthy.n.delicious


Bagi aku  ok what, ada produk cam nie, boleh tolong aku bila ketandusan idea nak masak kan. Ermm once aku dah cuba nanti, aku citer kat korang ek. Sedap  memang sedap pun.




Friday, October 21, 2011

Masak Dengan Kadar Segera

Hi Korang,

Hari-hari korang masak tak bila balik dari keje? Ermm mestilah masak kan. Yelah isteri / ibu mithali katanya. Tak gitu yeop? 

Kalau nak di bandingkan dengan aku memang jauh panggang dari api lah kan. Aku ni ikut mood. Datang mood rajin bukan main banyak aku leh masak sampai Mr Big bising sapa yang abiskan lauk-pauk yang banyak tu kan. Tapi bila penyakit 'M' besar tu menular, ermm dapur pun aku malas nak masuk. Teruk kan, memang teruk pun. I thought so!.


Nasib baik ada blogger tegar ni bagi aku special ramuan untuk aku rajin memasak. Jadi apa aku buat untuk menambat selera Mr Big yang senantiasa lapo bila sampai umah kan. Aku cuma beli bahan utama je coz dalam special ramuan ni semua dah ada. Ermm best kan, tak yah aku nak beli daun kesum lah, halia lah, kunyitlah kan. Semua dah siap dalam paket tuh.

Best kan, sungguh menakjubkan bagi bini2 yang agak malas cam aku kakakakkaka. Bukan apa, aku cuma guna special ramuan ni on weekday je. Weekend mana sempat nak masak, asyik duk berevent je bagai kan. Makan free manjang lah kan.


Rasanya malam ni nak masak kari lah guna special ramuan ni. Korang plak nak masak apa ek? Janganlah jadi malas cam aku ek. 

Selamat memasak yea..