Showing posts with label makanan sedap dan murah. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap dan murah. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Makan Di THE GRATO (Italian & Western Food) Seksyen 3, Bangi

Hi Korang,

yeah makan-makan lagi.

Aku suke bila citer pasal makan coz for me makan tu sangat menyenangkan fikiran, mengurangkan stress bila tension kan.

Untuk hilangkan stress penat aku buat tender last week, aku cam biasa akan mengheret kesayanganku Mr Big ke tempat makan yang tak pernah di cuba.


Now malam tu ktorang ke THE GRATO kat Seksyen 3 Bangi.

Aku memang tak tau pun kewujudan kedai ni until Mr Big pi anto motor service kat situ, masa accident hari tuh. Rupanya kedai motor kecik tuh sebaris je kedai makan ni.

Lepas maghrib, terus je ktorang ke sini.

Orang tak ramai lagi, so malas nak duk kat dalam ktorang duk kat luar. Best gak duk luar ni, angin sepoi-sepoi bahasa gituh.

Menunya simple je tak banyak mana pun, itu yang aku suka coz tak delah pening kepala nak memikio apa nak makan.

Sudahnya ktorang pilih ni

Classic Lamb Chop (RM12.90)

Aku tak rasa coz aku bukannya makan kambing, so Mr Big sental abis-abisan lah. French friesnya ranggup sampai ktorang tambah order lagi untuk french fries tau.

Linguine Meatballs (RM8.90)

Daging meatballnya tak delah besar penumbuk pun but just nice dengan tekak aku. Sos tomatonya tak delah masam mane kan.

Homemade Lasagna (RM11.90)

Sangat suka yang amat, coz garing kulit atasnya tapi bukan hangus ye. Isinya padat dan sosnya pekat. Bukan macam yang aku buat hari tuh.


Drinks amik fruit punch. Hah fruit punch sangat, sebenarnya air carrot uolls. hahah pada muka aku ingatkan orange + pineapple. tertipu mak noks.


Keseluruhan, ermm amat sesuai dengan tekak ktorang. Aku rasa makanan kat sini lebih sedap daripada kat kedai western kat Seksyen 9 tuh. Ops tak leh sebut nama kedai bahaya. Yelah korang ni kan percaya cakap aku, kang aku cakap kedai tu tak sedap dah korang tak nak pi.


In terms of harga, sangat murah oooo. Aku suka oooo dahlah sedap dan murah plak tuh. Kalau setakat western food sepinggan RM13.00 kebawah bagi aku murahlah. Unless kalau korang pi makan kat western restaurant macam TGIF, Chills tu kan, haruslah harganya sepadan dengan makanan nya.


untuk info pasal restoran ni meh check it out FB The Grato yek


The Grato
No.12 Jalan 3/7 
Seksyen 3, Bangi Perdana 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor 
*Shoplots berhadapan Surau Bangi Perdana.

ISNIN hingga SABTU (5:30 petang hingga 11:00 malam) 
TUTUP PADA HARI AHAD

Apa lagi moh terjah la ye...

By the way, ini bukan jemputan food review ye. Ni aku yang nak pi makan, so segala info dalam ni ikhlas dari aku + Mr Big. Sekarang ni ramai nau cakap aku tulis dah tak genuine dah. Mak sedey wokeh...