Showing posts with label makanan berkhasiat. Show all posts
Showing posts with label makanan berkhasiat. Show all posts

Monday, January 25, 2016

DAKUBAN Kena Diet Jugak Walaupun Kucing, Pentingnya Pemakanan Bercampur.

Hi Korang,


Dak Uban ni memang pantang nampak makanan, bau makanan dan ktorang sibuk nak makan pun ikut jugak nak makan tapi yang best tu bila time aku tengah masak. Wah dia pun ikut sama sibuk tengok aku masak, mana tau kot-kot aku boleh bagi dia makan on the spot ek. 

Ermm memang taklah kann.

cepatlah nak makan nieee

Dulu aku selalu gak bagi dia makanan yang ktorang makan but lepas dah dapat advise doctor terus ktorang stop bagi dia makan sebab ada certain-certain makanan manusia langsung tidak bersesuaian dengan kucing. Kang mati Dak Uban ni mau meraung dibuatnya.

Tau tak?

Apa yang korang berikan kepada haiwan peliharaan amat penting untuk memastikan kesihatan dirinya. Tidak seperti manusia, kucing memerlukan diet tinggi-lemak, kaya-protein dengan beberapa nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan dan tumbesarannya, memberikan anda seekor kucing yang gembira dan sihat. Kucing secara semula jadinya adalah haiwan yang kompleks kerana ia memerlukan diet seimbang, berasaskan daging sama seperti saudaranya yang bertubuh besar, seperti singa dan harimau di hutan yang cergas dan sihat.

wei ni biskut kering kite tau

Menurut WHISKAS Malaysia, kira-kira 71% pemilik kucing di Malaysia memilih makanan kering sementara 28% sukakan makanan basah untuk kucing mereka. Walaupun ada yang yakin terhadap makanan basah dan yang lain lebih sukakan makanan kering, kajian daripada The Waltham Centre for Pet Nutrition mencadangkan yang kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Kajian menunjukkan yang memberi makanan basah dan kering kepada kucing anda membolehkan ia meraih manfaat daripada kedua-dua amalan. Cara ini dikenali sebagai pemakanan bercampur.

jangan amik wet food kite ni lahhh

Korang boleh memberikan kucing korang makanan basah sebanyak dua kali dan makanan kering sebagai hidangan ketiga setiap hari atau pilih untuk mencampurkannya dalam setiap hidangan. Makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing anda air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat.

apa lagi ni, janganlah amik ek

Program pemakanan-bercampur turut disarankan untuk pengurusan berat badan. Kajian menunjukkan yang memberi diet kelembapan tinggi kepada kucing korang mengurangkan selera makan berbanding kucing yang hanya diberi makanan kering. Sekurang-kurangnya 25% kalori keseluruhan kucing korang daripada pengambilan makanan harian sewajarnya datang daripada makanan basah. Tambahan lagi, pemakanan bercampur adalah bermanfaat tinggi jikalau kucing korang berdepan masalah saluran kencing, di mana 70% kalori keseluruhan diambil hanya daripada makanan basah.


Memberi kucing anda makanan basah meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang. Selain itu, makanan basah telah diketahui menggalakkan metabolisme sihat kerana kucing mampu menelan dan menghadam makanan tanpa perlu mengunyahnya. Protein, lemak dan karbohidrat yang sihat dan seimbang mampu meningkatkan metabolisme kucing anda dan menggalakkan penghadaman yang mudah. Sama seperti makanan basah, makanan kering juga memiliki nutrisi lengkap dan seimbang dengan manfaat tambahan untuk membaiki kebersihan mulut kucing. Tekstur rangup makanan kering membantu membersihkan gigi kucing anda dengan menyingkir plak dan tartar, lantas menggalakkan kesihatan mulut yang baik.

Kucing 10 pound yang sihat memerlukan 220 ke 350 kalori setiap hari, di mana 40% daripada kalori itu perlu datang daripada protein daging atau ikan. Diet yang tidak baik kurang mineral itu yang boleh menambah masalah kesihatan kucing korang. Antara mineral penting yang diperlukan kucing anda adalah sodium, kalsium, fosforus dan magnesium. Kira-kira 20% protein dalam diet yang seimbang akan digunakan untuk pertumbuhan metabolisme dan lagi 12% adalah untuk penyenggaraan tubuh kucing

tak menyempat nak makan kan, Dak Uban ni ek

Bila memberi kucing makan, adalah penting untuk mengambil kira usia dan berat badannya kerana kucing memerlukan jumlah nutrien yang berbeza untuk setiap peringkat dalam hidupnya. Banyak iklan makanan kucing mampu memenuhi keperluan kucing untuk peringkat usia berbeza – daripada anak kucing ke dewasa malah yang tua. Justeru, adalah amat digalakkan untuk membeli produk yang sesuai untuk usia kucing anda. Memantau pengambilan makanan dan menetapkan diet bersama doktor haiwan membolehkan anda mengawal berat badannya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan bercampur, layari www.waltham.com

Nampak tak?

Kita tak boleh bagi makan sewenang-wenangnya, takut nanti cepat plak perginya kan. So memang jadi tabiat aku untuk bagi Dak Uban ni makanan bercampur di antara kering dan basah.

argh majuklah lambat sangat nak makan ni

Setiap aku cuma bagi dia makan makanan basah 2 kali je iaitu waktu bangun pagi tuh dan juga malam, time ktorang makan tu dia pun makan sekalilah so tak de lah kes ayam kena curi dari pinggan tu makan kan hahahahha. Untuk makanan kering tu memang senantiasa aku standby dalam food container dia, jadi bila dia lapar je so dia boleh makan kat situ. Kira makanan dia time ktorang tak de rumah lah, tong tuh mesti penuh selalu dan aku akan pastikan Mr Big check tong tu sebelum dia keluar. Kang kalau kosong mati kering plak Dak Uban tu kan hehehehe.

Korang pun boleh praktikkan jugak tau..



Wednesday, September 30, 2015

DAK UBAN & WHISKAS National Cat Of The Year 2015 Contest

Hi Korang,


Sebenarnyalah #DakUban ni lagi ramai orang kenal daripada aku. Yelah kalau terserempak dengan sesiapa pun mesti semua tanya pasal #DakUban. Sihat ke tak, makin gemuk ke kurus. 

Kira femes gak kucing hitam aku ni ek hauhauahuahuaha


Si dia ni kalau bab makan memang tak kira, apa saja yang dihidangkan depan mata dalam mangkuk special dia tuh, hah abis semua dia ngapp.


Hari tu aku bawak balik makanan basah ‘wetfood’ dan biskut dari Whiskas ni.




Ishk dia boleh cium-cium plak makanan tu kan, nak je aku skeh kepala budak hitam ni ek. Makanan ko boleh hidu-hidu cam tuh, tapi apa ada hal kucing kan memang sifat semulajadi dia cam tuh. Memula cium-cium lepas tu tak sampai 5 minit ermm licin semangkuk. Lepas tu ada hati datang merayu kat aku nak lagi kann eeee…


Rupanya kandungan bahan-bahan dalam makanan Whiskas ni sangat-sangat bagus untuk kucing korang, ada Vital System yang memberi kebaikan seperti menjadikan kucing lebih sihat, mata lebih terang bersinar, bulu lebih cantik dan bertenaga selalu. Lagi pulak, dengan harganya yang berpatutan dan mudah untuk dibeli itu yang menjadikan aku beli je Whiskas ni.

Alah kucing seekor je pun apa ada hal kan, tak yah nak berkira sangat. Kucing ni pembawa rezeki tau.

Ok ada berita baik untuk tuan punye kucing yang comey lote tu kan.


Whiskas ini sedang menganjurkan pertandingan Whiskas National Cat of the Year 2015. Dengan hanya menghantar gambar kucing korang yang bulu bersinar, mata cantic dan aktif kan. Actually ada few kategori yang korang boleh join macam the Bright Eyes category, the Shiny Fur Coat category dan the Lively and Energetic category. Dengan mudahnya kucing korang bakal memenangi hadiah utama bernilai RM10,000 dan supply of barangan Whiskas untuk setahun. 

Yuhuuu… untung tu kan!

5 orang peserta bersama kucing comel mereka di senaraipendek untuk setiap kategori dan Grand Finale akan berlangsung pada 3th Oktober 2015 di AEON Ampang Utara 2(AU2) alah kat Setiawangsa tuh. 

Aku of courselah akan ke sana nanti tapi bukan sebagai peserta lah pun sebab last minit baru tau contest ni. Jadi datang as a media jelah dan rasanya cam nak bawak DakUban jugak sebab ada special activites untuk kucing-kucing ni kan. Tapi tak tau lagilah sebab DakUban ni cam mendiva sket, kalau kuar pi jalan je mulalah mengigil satu badan sebab takut nak jumpa dengan orang kan. Hauhauahua

Korang pun, di jemput hadir ye.


Seronok ooo dapat main-main dengan kucing-kucing comel ni. Keletah dia tu yang aku tak tahan tuh kan.




Friday, November 9, 2012

Tak Gatal Pun Makan Asam Rebus Keladi


Hi Korang,

Mak aku selalu jadi mangsa buli makcik-makcik aku bila diorg ni balik kampung. Mana taknya semua nak makan makanan kampung. Biasalah belakang dapur rumah orang kampung ni ada memacam. Tengok belakang rumah mak aku, ada pokok pisang, daun pandan, pokok limau purut, cili api, kacang botol dan ntah apa-apa lagi pun aku tak tau nama. 

Dah nama pun adik-beradik kan...

So time ni diorang mengada nak itu nak ini, main order je. So menu Asam Rebus Keladi ni favourite makcik aku yang duk Rawang tuh. Nak tak nak, mak aku pi ambik batang keladi kat tepi sungai belakang rumah ni kan.


Aku memang tak nak siang keladi ni coz takut gatal. So tengok jelah makcik aku ni siang. Dia bersihkan dan basuh terus toskan coz tak nak air bertakung kan. Eh, tak gatal plak, maknanya mitos ‘miang keladi‘ tu tipulah ek. Ok rebus keladi tu sekejap biar mendidih.


Bahan untuk kuah asam tu senang je, potong sket bawang merah, lada kering yang di blend, ikan bilis sket. Kuahnya haruslah air asam jawa.


Didihkan semua bahan tu, then baru masukkan segala mak neka keladi dalam kuah mendidih tu kan Jangan lupa garam dan serbuk perisa secukup rasa.

Siap!

Hah ko makan pulak time panas-panas, letak dalam semangkuk besar. Habis licin dengan kuah-kuahnya sekali wokeh. Sorry tak de gambar makan coz makcik aku marah, nak makan pun kena amik gambar ke, tak payah. Makan je.

Itulah dia..

Kalau balik kampung tak makan menu orang kampung memang tak sah lah kan.



Tuesday, December 27, 2011

Untuk Lebih Sihat

Hi Korang,

Demi untuk dapatkan kesihatan yang optimum, rasanya aku akan mula berjinak-jinak dengan barang-barang seperti ini

Organic raisin

organic herbal tea

organic meehoon

organic nasi dagang

Organic herbs

Aku memang rasa best sangat bila tengok barang-barang kat kedai Organik ni. Terus rasa bersemangat untuk jadi lebih sihat. Harga pun bukan mahal sangat, lebih kurang sama harga dengan biasa gak. 

Actually banyak lagi gambo yang sempat aku amik kat kedai Organik ni. Lepas aku masuk kedai ni baru aku tau rupanya majoriti barang yang kita gunakan setiap hari dah ada dalam bentuk organic terutamanya segala jenis rempah-rempah masakan. 

Confirm pas ni aku akan nak tukar segala mak neka rempah kat umah aku tu kepada organik, at least ada jugak inisiatif nak sihat kan.

p/s : still kat melaka lagi, bercuti di melaka dulu lah then baru ke tempat lain kan. cam biasa internet still siput vavi lagi..