Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, February 24, 2020

TOSS N Curry, Damansara Uptown

Hi Korang, 

Citer makan-makan lagi ek hehehehehe… 

Kan makan dengan kak lily berpisah tiada, sentiasa ade je citer pasal makan-makan. 

So kali kak lily nak bawak korang ke satu lagi restoran makan fusion di Damansara Uptown iaitu Toss N Curry Restaurant. 

Mesti korang ingat kedai mamak kan kan kan idokk wokeh!! 


Toss N Curry ni cawangan pertama yang mula beroperasi pada 1 Januari 2020, terletak berhadapan dengan LDP highway di Damansara Uptown ini. Keadaan di dalam restoran seolah mengamit korang untuk singgah ke sini. Lihat sahaja dekorasinya tampak anggun dengan sofa dan perabut yang cukup esklusif. 





Menghidangkan pelbagai jenis menu campuran fusion yang terbaik yang bakal menambat hati kita rakyat marhaein ini. Ada makanan tempatan, antarabangsa, makanan India dan macam-macam lagi. 

Yesza, akak nak show off lah menu-menu makanan kat sini pada korang. Ermm sabar tau.. 

Di antara yang menjadi kegemaran para pelanggan yang datang makan di Toss n Curry adalah :- 

Club Sandwich

Padat isinya penuh dengan daging ayam dan sayur-sayuran, sangat mengenyangkan

Macho Nachos (RM18.90) 

Crunchy Tortilla dicampurkan dengan ayam keema pedas, mozzarella keju & dan yoqurt sejuk sebagai sos pencicah.. 

Chicken Rendang (RM12.90) 

Rendang pedas ni di hidangkan sekali dengan nasi putih. Pedas memang pedas tapi sedap 

Mutton Masala Fried Rice (RM19.90) 

Nasi goreng mutton masala ini di campurkan sekali di dalam satu hidangan dengan sayur, telur dan keropok 

Mutton Briyani (RM27.90) 

Di hidangkan sekali dengan sayur-sayuran, papadam dan kuah kari. Daging kambingnya dan senang di carik begitu sahaja. 

Spaghetti Curry Laksa (RM18.90) 

Hidangan tempatan yang enak sekali. Di datangkan dengan udang yang juicy, carikan isi ayam, sayur-sayuran, kerang dan taufu. Kuahnya lazat tak terlalu pekat dan tak terlalu cair just nice orang Afrika kata hehehehhe 

Overnight Fish Curry (RM18.90) 

Penggemar kari ikan memang baru cuba ni kan. Aromanya wangi dan enak baunya. Memang betul lah orang cakap kari ikan kalau di biarkan semalaman lagi enak rasanya. Terbukti ye bila kak lily rasa sendiri kari ini. 

Nasi Lemak Grilled Chicken (RM19.90) 

Kita semua dah tau yang nasi lemak memang sesuai di makan dengan apa sahaja lauk pauk termasuk ayam grill. Sangat-sangat sedap dan ayamnya sangat lembut. 

Sizzling Brownies (22.90) 

Ini sememangnya unik. Pada mula kak lily ingatkan sos yang di tuang tuh sos coklat ermm salah yer. Itu adalah sos kuah kari . Gabungan brownies, ais krim vanilla dan sos kari memang menakjubkan tekak korang tau. By the way, langsung tak rasa pelik at all malah lagi sedap adalah. 

So macam mana lepas tengok gambar-gambar makanan ni?

Haruslah korang teruja kan hahhaha

Bagi kak lily harganya pun oklah berpatutan memandangkan portionnya sangat banyak kan, boleh di kongsi berdua kalau tak kuat makan kan. 

Jom kite ke:

Toss N Curry
80-G, Jalan SS21/62, 
Damansara Utama, 
Petaling Jaya, 47400 Selangor.
Tel: 011-1065-1505

Opening Hours
 Mon, Wed-Sat, 9am-5pm
Tues and Sun, 9am-11pm


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 


Facebook : 

Instagram : 




#tossncurry 
#tossandcurry 
#TasteBeyondImagination



Sunday, February 23, 2020

Promosi YOLO Eats di Philea Mines Beach Resort, Seri Kembangan.

Hi Korang,

Sebenarnya dah lama kak lily nak citer pasal promosi YOLO Eats ni tapi busy bebenau kan. Sekarang nilah baru ada masa sket. 


Tau ke korang Y.O.L.O ni ape?

Eh word ni trending wokeh di social media, tulis je kat Google Y.O.L.O then keluarlah maknanya ‘You Only Live Once’.


YOLO Eats ini berkonsepkan ‘Eat, Swim, Food, Fun  and Music’. Ianya merupakan konsep Hari dan Malam Keluarga (berenang, piknik, makan-makan, menikmati pemandangan terindah, Live Band dan macam-macam lagi) Untuk promosi Y.O.L.O Eats ni, Philea Mines Beach Resort membawakan pelbagai tarikan baru yang bakal menambat hati para pengujung yang berada di sini. 





Terdapat 25 tarikan baru yang terdapat di sini yang kak lily rasakan begitu seronok sekali

Di antaranya ialah :

1. Paradise Bridge / Paradise Arch
2. YOLO Garden
3. Neon Arch
4. I Want To Be Superstar
5. Rainbow Arch
6. Fairy Arch
7. Fairy Waterfall
8. Fantasy Garden
9. Where Your Dreams Come True
10. Avatar Junction
11. ABC BBQ Area
12. Red Light District
13. Peek A Boo Lane!
14. You’re My Sunshine!
15. Love Tunnel
16. Look Up! Jelly Fish
17. Love Lane
18. Wishing Well
19. Vroom & Splash
20. Windmill
21. Sand Pit
22. Tiki Tiki Bar
23. Sand Pool
24. Waterfall
25. Kung Fu Panda BBQ Area

Nampak??

Hebatkan tarikan-tarikan ini. 









Seriously kak lily dan kawan-kawan rasa teruja bila singgah di setiap tarikan ini. Penatlah berjalan mengelilingi kawasan Philea Mines Beach Resort ni kan. 

Sudah semestinya promosi YOLO Eats ni ada makan sekali kan hehehehe









Menu buffet makanannya pun enak-enak belaka. Ktorang ni pun bertambah-tambah makan tau. 

Yang betul tuh, promosi YOLO Eats terbuka kepada orang ramai yang datang ke mari tanpa menginap di sini.. 

PROMOSI PEMBUKAAN YOLO

Dengan hanya pembelian minimum YOLO VOUCHERS iaitu RM35 nett sebuah buku dgn Nilai Makanan RM50 (harga biasa selepas Promosi 29 Feb). Korang sekeluarga (Family) ataupun rakan-rakan (Friends) dapat menikmati:

1. YOLO VOUCHERS utk memesan makanan (konsep pakaiguna Voucher utk makanan)

2. Anak2 pasti suka Water-slide (papan gelunsur air). Berenang percuma sehingga lewat mlm 11. Pastikan korang bawa tuala & pakaian sendiri.

3. Pemandangan terindah (Tasik Mines, Lampu LED Menarik, Taman Bunga, Pantai)

4. Tayangan wayang (cinema), Musik Band (Sabtu & Ahad)

5. Tambah pembelian YOLO VOUCHERS jika perlu lebih makanan (setiap buku berharga RM35 sahaja, pakai guna utk jangkamasa 3 bulan)
(tertakluk kepada terma terma & syarat)

kami dah berYOLO, korang bila lagi..


Sila Hubungi jika ada pertanyaan:

Shaiful 019-6001455

Cheng 017-4778138

Hamdan 019-6001529


Untuk Tempahan Online, korang boleh klik ke : http://bit.ly/2Szkf9e

Jom kita ke :

PHILEA MINES BEACH RESORT
Jalan Dulang, Mines Wellness City,
Seri Kembangan, Selangor
(bersebelahan Mines Shopping Mall)

Waktu Operasi :-
👉🏻Sat - Sun dan PH (1pm - 11pm)
👉🏻Thu - Fri dan Eve of PH (6pm - 11pm)


Meh LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :- 

Laman Web : 

Facebook : 

Instagram : 





Wednesday, December 4, 2019

Makan-makan Tony Roma’s Rib Rib Holiday Di Musim Cuti-Cuti Malaysia Ni Ek!

Hi Korang,

Wei makan-makan memang favourite ahkak ko nil ah, ermm mana tak gemuk ek huahauhaua.

Dah kalau makanan tuh sedap bak hang ermm haruslah jangan di lepaskan peluang. 

Tony Roma’s ni memang cukup-cukup menggoda kak lily betul lah.

ye jangan jeles wokehhh

Kebetulan petang ari tuh tak de ke mana so diorang ni ajak lah akak ke Tony Roma’s ni, wah sekali sekala dapat makan sedap helok lah tuh kan. Dah nama pun cuti so seharusnya dapur pun ikut cuti-cuti Malaysia sekali. 


Kalau korang nak tau yang sekarang ni ada promo Tony Roma’s Rib Rib Holiday di Tony Roma’s erm wah daebak dah ni. Siapa yang tak suka makan western food di Tony Roma’s ni ek. 

Di antara hidangan di dalam Tony Roma’s Rib Rib Holiday adalah seperti:-

Bruschetta Tuna (RM35.00 nett) 

Bruschetta Beef (RM35.00 nett) 

Potato Chips and Dips (RM25.00 nett) 

Riblet Party (RM185.00 nett)

Festive Lamb Shoulder (RM185.00 nett)

Grilled Beef Steak (RM85.00 nett)

BBQ Spring Chicken (RM75.00 nett)

Hah amik ko!!

Kemain banyak lagi menu-menu unik lagi sedap di dalam promosi ni. Sampai kak lily sendiri tak tua nak makan yang mana satu. 

By the way, ada hidangan minuman terbaik dari Tony Roma's seperti-Peach Orange Colada (minuman terbaru dan ianya adalah untuk tempoh terhad), Pina Strawberry Swirl, Pina Mango Swirl dan Pina Colada. Minuman ini sangat sesuai di hidangkan sekali dengan menu makanan yang kak lily bagitau tadi hehehe. Harga untuk minuman ini adalah RM20.79 nett.

ya ampun terkeluar perangai memasing ek lepas makan ribs ni

ya ampun, lagi sekali ek


Promosi untuk Tony Roma’s Rib Rib Holiday bermula dari November 2019 sehingga 1 Januari 2020. 


Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 

Website Rasmi :

Facebook Page :

Instagram Page :