Showing posts with label macfood media tour. Show all posts
Showing posts with label macfood media tour. Show all posts

Wednesday, November 6, 2013

Lawatan Ke Kilang Mc Donalds Subang Jaya

Hi Korang,

Korang bab-bab makan burger kat Mc Donalds tuh memang no. 1 kan.

Aku pun


Especially mc chicken burger dan nuggets kan. Sangat awesome oooo. Sampai boleh makan berkotak-kotak dibuatnya.

Makan je pandai, tengok dorang buat pernah tak? ermm aku haruslah pernah. Bila orang ajak tu pi la kan.

Hari tuh, aku dapat invitation melawat kilang yang mengeluarkan produk Mc Donalds yang McFood Services Sdn Bhd di Subang Jaya. Sebab Mr Big malas nak cuti, aku heret foodblogger melayu ni hazmanfadzil.com sekali. Haruslah dia suka kan, citer pasal makan-makan tuh.




Ktorang punya meeting point kat McDonalds HQ di Damansara Uptown.

Cantik wei, officenya. Dahlah tinggi






Sebelum buat lawatan tapak tu, kenalah ada briefing sedikit mengenai produk McDonalds dan cara pemprosesannya. 


Blogger tak ramai ktorang berdua dan Evelyn je. Seronoklah sambil makan breakfast sambil dengan briefing.


Mr Stephen Chew, Managing Director of McDonald's Malaysia

Ok its time to go now



Sekejap je dari HQ ke kilang MacFood ni dalam 1/2 jam gituh.




Lepas je amik pass masuk, ktorang di beri penerangan ringkas mengenai MacFood ni.Sejarahnya, businessnya kan. Rupany MacFood ni pengedar tunggal produk McDonalds Malaysia dan juga Arab Saudi. Patutlah susah nak dapat nugget cam McDonalds ni, rupanya memang tak de jual kat luar.

Abis je briefing mengenai peraturan masuk ke kilang, teruslah ktorang bergerak.

diorang check suhu Mc Nuggets tu, setiap jam. Memang best duk sini, asyik makan je

Memang tak de gambar dalam kilang MacFood ni sebab segala jenis barang yang membahayakan makanan memang tak boleh bawah masuk kilang. Termasuklah handphone, camera, segala accessories kat badan kan. Kosong poket dibuatnya. 

En Wan tengok tunjukkan hasil gorengan nuggets yang cantik

Banyak prosedur ye, kena pakai uniform angkasawan, kena pakai boots, tangan senantiasa kena sanitizer, kalau ko demam sket je terus tak leh masuk ke kilang tau. 

ni kat Lab, ktorang tengok cara diorang check produk. Nampak tak aku yang kecik tuh, terlopong kat tepi tingkap.

Mc Donalds begitu menekankan bahawa mereka menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, keselamatan makanan dan ianya 100% halal dalam penyediaan produk makanan mereka. 


Penat gak berjalan, ini baru separuh kilang. Ada lagi tempat yang ktorang tak explore coz kesuntukan masa. Masuk balik kat meeting room tuh, terus ktorang di jamu dengan hidangan Mc Nuggets yang panas-panas coz baru je digoreng kat kitchen yang bersebelahan dengan bilik ni. 


Apa lagi, makan tak ingat lah. Bertambah-tambah bersilih ganti pinggan. Hehehehe rasa segan pun ada gak tau.


yeah, Mc Donalds best!!

Anyway terima kasih kepada team Mc Donalds yang sudi melayan kerenah ktorang ni. Lain kali jemputlah lagi ek. Rasa tak puas plak berjalan ke sini.


Bagi sesiapa yang duk canang Mc Donalds tak halal tu dusta semata-mata. Bila dah tengok cara penyediaan dan baha-bahan yang diorang gunakan terbukti ianya HALAL. Probably yang korang baca tu luar negeri punya kot.