Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

Tuesday, July 2, 2019

Makan Tengahari Murah The Chicken Rice Shop RM Untuk 2 Set Sempena Pembukaan Outlet Ke 100

Hi Korang, 

Ya ampun, bila lepas raya ni nak fikir mana nak lunch payah ek ? 

Siap kene google bagai hahahaha 


Kebetulan tengahari kak lily dengan officemate Sarah ni ke iOi City Mall, ingat nak makan McD je tapi bila lalu kat depan The Chicken Rice Shop nampak kemain ramai orang beratur ek. 

beratur ek, nasib tak panjang sangat tau

As usual ahkak ko sorang ni kan agak-agak kepoh sket so tengoklah apa yang kemain panjang sangat beratur kan 

Oh rupanya ada promosi bayar RM10 dapat 2 set nasi ayam hauhauahuaha haruslah teruja dan terus akak beratur jugak tau heheheh 

tetap jugak ko nak bergambarkan kan kan

Sempena pembukaan outlet The Chicken Rice Shop (TCRS) yang ke 100, diorang buat promosi RM10 untuk 2 set kombo single meal. Bukan sekadar nasi ayam, dengan air sekali dia bagi. 

Best kan!! 

Kalau korang nak pi join pun boleh ye.. 

Apa yang perlu korang buat ialah datang bersama kawan (minimum 2 orang) dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Make sure datang awal la sebab sesak gila ramai beratur sejak jam 12 tengah hari tau! 


Promosi ini sah sehingga 5 Julai 2019. 

Hanya 10 outlet terpilih sahaja yang ada promosi RM10 ni: IOI City Mall Putrajaya, Mid Valley Megamall, Sunway Pyramid, Central i-City, AEON Mall Shah Alam, KL Gateway, One Utama, Melawati Mall, Subang Parade dan Sunway Putra Mall. 

Set Kombo Single ini termasuk dengan soft drink dan pilihan ayam; ayam stim, roasted atau soy sauce. 

sempat jugak akak mengacau kengkawan kak lily, pandai plak diroang cari tempat makan murah ek ishk ishk

Sangat-sangat puas hati lah dapat makan tadi hauhauhaua itu yang sampai terlupa nak ambil gambar tuh hehehhee 

Dah tak yah tunggu lagi ek, esok pi terjah ke The Chicken Rice Shop ye!!!





#TheChickenRiceShop
#JomSamaSamaMakan
#100TCRSOutlets

Tuesday, January 17, 2017

Makan Kari Kepala Ikan di Pearl International Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,


Kari kepala ikan siapa suka, angkat tangan lekasss!!!

Ye saya saya saya…

Nak masak sendiri? Ermm memang tak lah kan. Korang ingat senang ke nak masak kari kepala ikan yang kaw kaw sedap tuh, unless korang memang kaki masak lah kan. Tapi yang betul-betul authentic ? reti ke masak ek hehehehhe.

Kalau ikut aku senang je, pi Pearl International Hotel kat Jalan Klang Lama tuh dan korang boleh rasai sendiri kesedapannya sebab ianya di masak oleh Chef Narahari yang di terbangkan dari Delhi India tau.


Ermm tengok ni, tempting kan..


Nampaknya kepala ikannya, lapar laparrrrr

Set menu kari kepala ikan ni di datangkan dengan sepinggan nasi putih bersama acar timun dan papadom. Alah nak order nasi extra pun boleh ye


Harga set menu Kari Kepala Ikan ni adalah RM38.00nett untuk seorang makan dan minimum order untuk 2 orang makan ye. So kalau ada orang ketiga tuh just order nasi extra je sebab banyak giler kot portion kari ni tau. Aku hari tuh pun cam tak habis makan dibuatnya


So apa lagi meh singgah ke:

Cafe 5,
Pearl International Hotel, 
Batu 5, Jalan Klang Lama 
58000 Kuala Lumpur Malaysia

PHONE: 603-7983 1111 
FAX : 603-7621 9777








Dah apa lagi tunggu jom menjamu selera ek !!




Wednesday, March 30, 2016

Afternoon Hi Tea Di Sunway Putra Hotel Sempena Easter Day

Hi Korang,


Ahad harituh, lepas korang abis ride ke Lemang Toki terus je berdesup ke Sunway Putra Hotel coz ada Afternoon Hi Tea tengahari tuh.


Ermm makan lagi, memang tak abis citer makan kat blog aku ni kan

Sementara nak tunggu tetamu VIP lain sampai, ktorang dihidangkan dengan hidangan hitea yang marbelessss sebab apa banyak sungguh makanan sampai tak tau nak pilih yang mana untuk makan ni ek. Sedap – sedap belaka wei.

Di antaranya








Hah betul kan apa aku cakap! Memang rambang mata

Sambil makan sambil borak-borak sambil memacam lagi lah. Sampai tak larat nak bangun kan, dek makan banyak benau.

Tengok dessert ni plak











Sangat mengundang perasaan untuk makan-makan dan terus makan sebanyak mungkin hahahaha.

Nampak ni,




Memang tak berhenti makan at all, sedap bebenau ek hehehehe


Kebetulan pulak hari Ahad tu merupakan Easter Day so pihak Sunway Putra Hotel turut mengadakan aktiviti untuk kanak-kanak iaitu Easter Egg Hunt. Aku pun first time tau pasal aktiviti ni. Rupanya aktiviti mencari telur easter. Telur tu di warnakan dan di sembunyikan so anak-anak ni nanti pi carilah.




Pihak Sunway Putra Hotel pun turut menjemput anak-anak dari Yayasan ChowKit ni untuk menyertai Easter Egg Hunt ni, yelah bagilah mereka bergembira jugak kan.



Ok ok anak-anak di bahagikan kepada 2 kategori iaitu anak-anak berumur 6 tahun kebawah dan 7 tahun ke atas.


Dalam masa 7 minit, anak-anak comey ni mesti kumpulkan telur-telur yang di sembunyikan di tempat yang disediakan. Kemainlah memasing kan, lari sana lari sini sampai aku sendiri pun duk sibuk tolong diaorang carikan sekali hehehhee.

Ok majlis penyampaian hadiah

tempat ke lima

tempat keempat

tempat ketiga

tempat kedua

tempat pertama

Seronok anak-anak ni ek, yelah hasil usaha penat lelah mereka kan mencari telur tuh.



Selesai jer acara pemberian hadiah kepada pemenang yang bertuah dalam acara Easter Eggs Hunt tadi, tibalah masa untuk pemberian hadiah dan saguhati kepada anak anak Yayasan Chowkit tadi..Ada yang dapat chocolates dan ada juga yang dapat Cookies..Memang terpancar kegembiraan anak anak ni masa Puan Seri Serena Cheah sampaikan hadiah buat mereka..Puan Seri ni sangat lovely dan friendly..


Aku yang tak main kutip telur ni pun dapat chocolates jugak as door gift. 

Balik rumah sambung makan coklat lagi ek

Ok ok yang sibuk nak tau kat mana Sunway Putra Hotel ni, ni hah alamatnya:

Sunway Putra Hotel
100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur 
[Berdepan PWTC]

No. Telefon: 03-4040 9888





Harga Hi-Tea: RM80 nett per pax


Memang setiap weekend ada hi tea, so dont worry ek. Just buat booking then boleh terus datang makan. Itu ajeee..


Wednesday, March 2, 2016

Menu Makan Tengahari Cik Lily Putih

Hi Korang,

Minggu lepas memang tak keluar kemana pun time lunch.

Normally kalau aku ada event/ kerja luar memang jarang makan kat area opis ni. Yelah if busy semedang aku memang bedal apa je yang ada kat pantry ni. Sebab tu aku selalu beli biskut sedap-sedap dan mahal kan, sebab itu jugak yang aku makan hahahhahaa

Haruslah makan kat bawah office ni, jangan harap nak drive out pi makan luar ek. Panas sungguh, sampai stereng pun tak boleh nak pegang.

nasi campur kedai mamak, ayam tandori dia sedap wei

Ginger Chicken Cutlet Rice - makan tepi tasik oo

nasi campur kedai kakak - lauk kampung awesome

Nasi goreng cina - bolehlah

Ayam masak merah dengan sayur kacang, nasi tak yah. diet..

Inilah di antara yang jadi pilihan menu lunch aku selain daripada makan biskut kering cicah milo hehehhe

Korang plak, makan tengahari apa selalu ek?

Orang melayu mesti nak makan nasi kan...