Showing posts with label koleksi kasut Musim Bunga 2019. Show all posts
Showing posts with label koleksi kasut Musim Bunga 2019. Show all posts

Thursday, March 28, 2019

Koleksi Musim Bunga GC100 2019 TEVA “Born in the Canyon”

Hi Korang,

Teva memperkenalkan koleksi kasut Musim Bunga 2019 dengan memberi penghormatan kepada tempat kelahiran jenama, Grand Canyon, sempena ulang tahun Taman Negara Grand Canyon diasaskan 100 tahun lalu. Koleksi yang dikenali sebagai ‘GC100’ ini menampilkan gabungan dan butiran warisan yang penuh fungsi, dan ciri berilhamkan ngarai yang membangkitkan tona estetika dan warna muka bumi Taman. 


Teva memenuhi komitmen untuk memeriahkan lagi aktiviti penerokaan luaran dengan menggalakkan lebih ramai peneroka moden generasi akan datang. Sebahagian daripada sumbangan sebanyak $100k akan disalurkan kepada Grand Canyon Field School yang dimiliki oleh pertubuhan bukan keuntungan Conservancy yang memberikan biasiswa kepada para belia yang kurang bernasib baik. Program ini menyediakan mereka dengan pengalaman pendidikan yang menyeluruh di seluruh Taman Negara Grand Canyon. Baki sumbangan akan digunakan sebagai dana bagi pemulihan salah satu pintu masuk paling popular ke ngarai ini, Bright Angel Trail. Selain mengubahsuai bahagian denai yang terjejas, usaha ini memastikan laluan yang berterusan untuk para pengunjung meneroka ngarai untuk seribu tahun yang seterusnya. 

Amirul Syafiq Azidin, Head of Product & Merchandising explaining the product features of Teva Hurricane Sock.

Sempena menyokong koleksi GC100 dan perkongsian dengan Conservancy, Teva akan meraikan kempen jenama “Born in the Canyon” sepanjang tahun bagi berkongsi inspirasi dan kehebatan tempat yang ajaib ini dengan lebih ramai orang. Pada musim bunga ini, Teva akan melancarkan satu siri video pendek bertajuk “Faces of the Canyon” yang menampilkan para individu yang mempunyai perkaitan rapat dengan Ngarai serta kisah-kisah yang berkaitan. Teva juga akan menganjurkan peraduan global di mana para pengguna di Malaysia boleh turut serta untuk memenangi percutian sungai di Grand Canyon. 

“Kami teruja menyokong pelancaran kempen “Born in the Canyon” sempena meraikan pencapaian penting Grand Canyon National Park, dan mempercepatkan komitmen Teva untuk memelihara khazanah semula jadi,” kata Norita Mohd Noor, Pengurus Besar Prestige Sports Sdn Bhd, pengedar tunggal Teva di Malaysia. “Pegangan teras Teva adalah untuk memberikan sumbangan positif kepada dunia di mana kami bermain. Warna, tekstur dan pemandangan indah Grand Canyon menjadi inspirasi untuk sandal GC100 dan kami teruja membawa koleksi ini kepada para peminat penerokaan lasak dan penggemar fesyen di Malaysia.” 

Friends of Teva “Born in the Canyon” & GC100 Collection media launch with Puan Norita Mohd Noor, General Manager of Prestige Sports.

Koleksi GC100 kaya dengan pembaharuan berilhamkan warisan dan menampilkan lima gaya unik bagi koleksi Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak dengan corak abah-abah yang mendapat inspirasi daripada batu-batu merah yang berlapis-lapis, sungai yang berliku dan spektrum warna matahari jatuh di ngarai ini. Koleksi Musim Bunga 2019 yang mengemaskinikan semula sandal klasik seperti Hurricane XLT2, Original Sandal dan Original Universal, serta pengenalan model baharu seperti Hurricane XLT2 Alp dan Hurricane Sock menggabungkan inovasi dengan rekaan terkini bagi pembaharuan kasut lasak yang moden dan segar. 

“Koleksi terbaru Teva meraikan ulang tahun keseratus dengan menjanjikan “US$100K untuk 100 Tahun” dan sumbangan untuk Grand Canyon Conservancy, rakan bukan keuntungan rasmi Taman Negara Grand Canyon”. 

Koleksi GC100 kini boleh didapati di Teva.com dan outlet Teva – Mid Valley Megamall, One Utama Shopping Centre, Sunway Velocity Mall dan kedai sah yang terpilih di seluruh negara. 

Original Universal 

Bermula dari sebuah rakit di Grand Canyon pada tahun 1984 hingga ke dermaga, beranda dan kaki lima di seluruh dunia, salah satu sandal pertama Teva menjadi bukti keselesaan dan gaya ringkas yang kekal sepanjang zaman. Harga Runcit: RM229 

Original Sandal 

Dilahirkan di pinggir sungai melibatkan dua tali jam tangan “Velcro” dan sepasang selipar, sandal sukan yang pertama di dunia muncul sebagai ikon kebebasan dan keselesaan. Harga Runcit: RM229 

Hurricane XLT2 


Kami memberikan Hurricane XLT yang ikonik dengan keselesaan terkini yang lebih segar menerusi pelapik tali tumit yang lembut dan tapak baharu dan moden untuk kuasa cengkaman yang lebih baik. Harga Runcit: RM299 (Lelaki dan Wanita); RM199 (Anak Kecil/Remaja/Kanak-kanak) 

Hurricane Sock 


Stoking dan sandal telah berubah. Digabungkan menjadi satu, Hurricane Sock menyatukan bahagian atas berkait untuk kemasan seperti stoking dengan abah-abah tumit jacquard dan pengikat tarik dan kancing yang mudah. Dengan bahagian nilon di tengah-tengah yang memberi kestabilan, sandal hibrid ini menampilkan tapak getah Durabrasion™ yang lasak. Harga Runcit: RM679 

Hurricane XLT2 Alp 

Gabungan dua ciri terbaik ini menampilkan tapak Hurricane yang lasak dengan sistem ikatan Alp 90an yang popular untuk menjadikannya pilihan kegemaran dengan sedikit nostalgia. Sandal retro ini menampilkan abah-abah yang boleh meredah air, pelarasan berbilang poin dan lapisan neoprena untuk keselesaan tambahan. Harga Runcit: RM429 (Lelaki/Wanita); RM269 (Remaja/Kanak-kanak) 

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi dan kempen, sila lawati http://www.teva.com/GC100.