Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts
Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Review Filem & 'Meet and Greet' Dengan Para Pelakon PAPADOM 2

Hi Korang,

Dating tengok wayang beramai-ramai lagi


Aku dapat invitation dari Kenny Rogers yang merupakan one of the sponsor bagi filem arahan Adflin Shauki ni last week kat Berjaya Times Square KL.




Sebelum tengok wayang tuh dapatlah ktorang media dan pemenang kuiz KRR ni beramah mesra dalam sessi 'meet & greet' bersama pelakon utama filem Papadom 2 ni iaitu Liyana Jasmay dan Adflin Shauki sendiri.

gambor cilok dari blogger Jamar ye

Main jawab-jawab soalan lagi, menang aku mug daripada Vision Works ye.

So sebelum wayang start tu, ktorang dinner beramai-ramai kat Kenny Rogers. Alah mudah dan senang kan, malas nak fikir panjang. Pilih menu yang biasa makan. Sambil makan, sambil borak-borak ye.


Meh layan sket sinopsos filem Papadom 2 ni ek,

"Papadom 2" mengisahkan tentang Saadom dan anak perempuannya, Mia yang kini sudah dewasa dan bekerja di Kuala Lumpur. Saadom yang ingin melawat anaknya mendapat tahu bahawa Mia kini sedang dilamun cinta dan bersedia untuk berkahwin dengan lelaki idamannya. Untuk menyelidik latar belakang bakal menantunya, Saadom menyamar di tempat kerja Mia di sebuah rumah produksi untuk menyiasat adakah kekasih Mia itu sesuai untuk dijadikan menantu.


3 orang suspek dikenalpasti Saadom sebagai berpotensi menjadi teman lelaki Mia dan dia memulakan operasi mengintip mereka. Hasilnya? Mengecewakan Saadom yang merasakan tiada di antara mereka layak mengahwini Mia.

Saksikan kisah kasih sayang melampau seorang ayah kepada anaknya dan rintangan dua beranak ini menyelesaikan masalah mereka dalam Papadom 2.


Bagi aku:

Pada mulanya aku dapat dapat agak jalan ceritanya look a like cam straight forward but not really actually ye. A twist di penghujungnya. Memang sangat kelakar, lawak-lawak yang terkini secara bersahaja je diorang keluarkan. Memang ada mesej yang di sampaikan, tentang diri sendiri, keluarga dan persahabatan. Pelakon pembantu macam Uncle Allen dan Yvonne menambahkan lagi keceriaan dalam filem ni.

Anyway, kasih sayang seorang bapa memang tak boleh di tukar ganti ye.


Aku suka:

Actually semua part aku suka macam Saadom berlagak cam kaki gangster, Saadom dan Allen jadi alien, part Shasha dengan budak runner, prof Balqis yang cantik dan ada lagi a few la. Mana boleh citer semua ek

Ok aku bagi 8.5/10 star ye

At end of the filem ni, tak dapek aku nak citer lah. Kang korang kata aku spoiler plak..



Baik cepat pi tengok ek, aku rekomen. Bawak sekeluarga pun tak per.


Anyway terima kasih Kenny Rogers for this special invite ye

credit pics to www.google.com

Friday, January 27, 2012

Sedapnya Mengata

Hi Korang,

Sepanjang 5 tahun aku kawin dengan Mr Big ni dah memacam menda ktorg lalui. Suka duka memang banyak lah. Tak kurang jugak orang mengata belakang. Lebih-lebih lagi bila bercerita pasal anak. 

Semua orang tahu yang anak tu adalah kurniaan tuhan. So tak boleh lah aku duk paksa2 mintak kan. Kang jadi lain plak. So cuma boleh berdoa doa doa doa dan doa setiap kali solat.

Cuma aku terkilan sket dengan orang-orang yang ada di sekeliling aku ni. Diorg ni non-stop duk mengata ktorg berdua pasal hal anak ni. Yang best orang2 yang paling rapat dengan ktorg tu which is family member ktorg sendiri. Memang dah lama orang tu duk perli2 ktorg berdua ni, sampai ada satu ketika tu Mr Big dah macam give up untuk jumpa semua sedara-mara sebab takut bertumbuk plak kan.

Ye, bukan pompuan yang mengata tuh but LELAKI. Aku sendiri pun macam tak caya gak but bila dah duk diperli2 setiap kali jumpa, rasanya kalau tak di sebabkan hormat kan maklah tuh aku sendiri yang tumbuk mulut dia tuh kan.

Orang tak tau apa yang ktorg lalui, sangat pedih.

Hopefully orang tu ada rasa tanggungjawab dengan apa yang dia buat. Tak yah nak mintak maaf dengan ktorg berdua but mintak ampun dengan yang kat atas tu ek.

Bila tengok orang lain main dengan anak-anak, suddenly rasa hiba tu datang.. Kecian kan..

CLP notes : rasa  malu gak bukak pekung sendiri but hati ni dah tak tertahan rasanya




Monday, October 10, 2011

Premiere Screening Of 'Real Steel', Thanks Tune Talk

Hi Korang,

Sabtu malam lepas, sempat jugalah aku dengan Mr Big dapat invitation dari Tune Talk dan Churp2 ke pratonton filem 'Real Steel' ni kat GSC Pavilion. 


Rupanya premiere screening untuk media dan Tune Talk user sekali. So ramai giler lah orang kat sini. Tak ramai blogger aku jumpa pun cuma Ella je sempat aku said hi to her.

So meh layan sinopsis filem 'Real Steel' nie ek:-



A gritty, white-knuckle, action ride set in the near-future where the sport of boxing has gone high-tech, “Real Steel” stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring. Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next. When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Dakota Goyo) to build and train a championship contender. As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.



Bagi aku:

Real Steel ni merupakan filem futuristik yang aku cukup kagum. Ia berkisarkan dalam tahun 2040. Wow, cuba kalau aku dapat ke 2040 tu kan best. Lori je buruk but equipment dalam lori Charlie Kenton ni memang canggih. Filem kisah kekeluargaan, hubungan ayah (Charlie Kenton) dan anaknya (Max Kenton). Bagaimana minat mereka iaitu bertinju dengan robot boleh bersatu, walaupun berlainan pendapat dan selalu bertegang urat. Dapatkan robot comel 'ATOM' mereka ini menewaskan robot yang paling terkemuka dan paling canggih iaitu 'Zeus'. 

Aku kagum dengan aksi robot2 gergasi ini bertinju malah aku lagi kagum orang2 yang menghandle robot2 besi ini kan. Bukan setakat bertinju, berjoget pun boleh tau.


So macam biasa, Mr Big kasi 4.5/5 sebab dia kagum dengan aksi robot gergasi tuh.




So thank you to Tune Talk dan Churp2 for this special invitation nie. Yang best tuh, siap dapat pop corn dan coke lagi tau buat makan2 masa tengok 'Real Steel' nie.


Yang pasti sangat best!