Showing posts with label kg baru. Show all posts
Showing posts with label kg baru. Show all posts

Tuesday, July 22, 2014

Buka Puasa Di Shazana Pau & Cafe, Kg Baru

Hi Korang,


Minggu ni minggu terakhir kita berpuasa kan.

Rasa cam kejap je plak, tahun ni puasa.

So bila dah minggu last ni, semuanya jadi malas. Mr Big plak lately ni asyik nak makan luar je, aku ikut jelah. No hal punye.


So semalam ktorang buka puasa di Shazana Pau & Cafe di Kg Baru ni. Jemput mama sekali, ya ampun masuk KL pukul 4.30ptg amat tidak digalakkan, sakit dibuatnya. Jem merata.. Sampai umah mama dalam kul 6.00ptg cam tu, then trus pi jemput Mr Big plak.

Masuk je balik jalan Tun Razak, tak jem langsung. Eee sakitnya hati..


Ktorang sampai Shazana Pau dalam kul 7.00pm cam tu. Tempat memang tuan punya kedai dah reserved kann, maklumlah tokeh kedai kawan seoffice Mr Big so senang sket.

Orang tak ramai pun, so senang nak ambil makanan. Lagipun duduk plak depan buffetline so lagilah senang.

Mehlah tengok apa yang sempat di jamah

kuih-muih

bubur lambuk

puding caramel

mango pudding

simple dessert

soto ayam pedas berapi tapi sedap

lauk pauk tanpa nasi

laksa johor favourite ditambah bergedel ikan

Ermm berpinggan-pinggan makan sebab sedap kan. Paling aku suka soto dengan laksa johor sebab favourite kan hehehe..

Lepas makan terus jejalan pusing 1 KL plak…


Saturday, August 20, 2011

Majlis Buka Puasa 'Universal Music @Shazana Pau Cafe KL

Hi Korang,


Semalam sempat jugak aku sampai on time untuk majlis meraikan anak-anak yatim Rumah Maahad Tahfiz Baitul Ummah anjuran 'Universal Music' di Shazana Pau Cafe, Kg Baru. Di sebabkan ktorg selalu makan kat kedai ni so tak jadi masalah untuk sampai dan jadi tour guide untuk bebudak blogger yang tak pernah ke sini.

Bloggers havoc yang sempat hadir (cilok dr Blog Zaid)

Dengan Tuan Punya Shazana Pau Cafe (cilok dari Eyriqazz)

Banyak pilihan okeh

Bukan setakat bloggers sahaja di jemput malahan residen artis bagi 'Universal Music' juga turut memeriahkan majlis nie. Di antara rakan artis yang hadir seperti Ana Rafali, Man Kidal, Sixth Sense, Ahmad Ahmad dan Saujana.

Juan Danza MC malam tuh

Tuan punya Shazana Pau turut menyumbang kepada anak-anak yatim

Selain daripada acara berbuka puasa, persembahan daripada artis-artis dan juga pihak Universal Music dan Shazana Pau Cafe juga turut menyumbangkan duit raya dan goddies untuk anak-anak yatim ini.

Kugiran Tepi Pantai

Yazer menghiburkan anak-anak yatim

Kemudian ada acara execlusive untuk bloggers plak. Ktorg di hiburkan dengan persembahan dapipada kumpulan Ahmad & Ahmad dan kumpulan Saujana. Best jugak tengok perform kan. Yelah live gitu.

Kumpulan Ahmad dan Ahmad. Diorg ni sempoi betul lah

Comey Ana Rafali nie

Persembahan Saujana.

Man Kidal

Kumpulan Saujana

Semoga acara seperti ini akan menjadi acara tahunan dan  menjadi ikutan badan-badan korporat yang lain. Syabas 'Universal Music'. Kami bloggers sentiasa menyokong usaha-usaha murni ini.