Showing posts with label kepentingan GST. Show all posts
Showing posts with label kepentingan GST. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Betul Ke Citer Pasal GST Ni Ek?


Hi Korang,

Bacaan di pagi isnin ni..

Alah korang baca lah dulu, aku copy dari group whats app ni..

#Bersedialah...pastikan Gaji sebulan anda cukup untuk GST..hihihihi

BETAPA BERTUAHNYA KITA KERANA GST..

Beberapa hari lepas, Saya telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mendaftar kerana saya merupakan seorang ahli perniagaan. Di sini saya akan ceritakan bagaimana GST dilaksanakan, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi TIDAK kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga!


Contoh:-

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran pemasangan sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST 
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 April 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. 

Rakyatlah akan tanggung semuanya!

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan saya, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka. 

Tetapi, mungkin ada yg berkata, "kami tak guna air cond". Tetapi cuba bayangkan sahaja bila harga alat ganti kenderaan dikenakan 6%?? Secara tidak langsung, kita dpt bayangkan apa sahaja yg dibawa oleh kenderaan itu akan turut naik waima serbuk kari sekalipun

# Penulis adalah salah seorang peniaga yg akan terlibat dgn GST tetapi beliau amat terkejut dgn realiti yg akan berlaku apabila GST dilaksanakan....KERANA saudara-mara dan rakan2nya bukan peniaga sepertinya.... 

Kalau korang ada info atau cerita mengenai GST ni, mehlah citer-citer sket. Boleh jugak di jadikan panduan dan pedoman kan..

Kebetulan plak, aku pun berhajat nak beli air-cond ni, yelah sekarang ni kan musim panas. Tidur malam pun, kipas sampai bukak atas bawah. Kipas ceiling lain, stand fan lain..




Monday, October 28, 2013

Adakah GST Akan Menaikkan Harga Barangan?

Hi Korang,

Untuk renungan...

Artikel 3



Adakah GST Akan Menaikkan Harga Barangan?

“Tetap Tolak GST!” “Akan Tentang Cadangan GST!” “Rakyat Diperas

Dengan GST!”

Begitu hebat sekali isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini dimainkan oleh sesetengah pihak, sehinggakan kebanyakan rakyat yang mungkin sebelum ini tidak pernah mengambil kisah tentang cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sememangnya sudah dilaksanakan sejak berdekad lalu kini turut tergerak menyumbang suara untuk menolak pengenalan cukai kepenggunaan baru ini.

Namun berapa ramaikah yang betul-betul faham mengenai GST dan impaknya kepada pengguna?

Sebab utama GST dibantah adalah kerana ia dikatakan akan menyusahkan rakyat, atas sebab harga barangan digembar-gemburkan akan meningkat sebaik sahaja pelaksanaannya.

Namun, benarkah dakwaan sedemikian?

Konsep cukai kepenggunaan seperti GST bukanlah satu konsep cukai yang baru. Malah, konsep cukai kepenggunaan ini telah digunapakai oleh lebih daripada 170 buah negara di seluruh dunia, termasuk kebanyakan negara jiran di dalam ASEAN.

Jika diperkenalkan di Malaysia, GST akan menggantikan cukai kepenggunaan sedia ada iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Sebenarnya, jika GST diperkenalkan pada kadar yang lebih rendah berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang dikenakan sekarang, dijangka pengguna akan mendapat manfaat oleh kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan, bukan kenaikan harga.

Selain itu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian juga dilaporkan tidak akan dikenakan GST. Pengecualian ini bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.



Berita baik bagi pengeksport pula, barang dan perkhidmatan yang dieksport dilaporkan akan dikenakan GST pada kadar sifar untuk meningkatkan daya saing produk tempatan di pasaran antarabangsa.

Perniagaan yang telah mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun dilaporkan akan diwajibkan untuk mendaftar di bawah GST, manakala syarikat dengan perolehan tidak melebihi RM500,000 setahun dilaporkan akan dikecualikan daripada mengenakan GST.

Pengecualian ini adalah bertujuan tidak membebankan perniagaan kecil supaya mereka tidak perlu menanggung semua kos yang berkaitan GST. Selain itu, pengguna yang bijak juga boleh membuat pilihan untuk membeli barang keperluan mereka daripada peniaga kecil yang tidak mengenakan GST. Secara tidak langsung, pengguna khususnya rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar tidak akan dibebankan dengan GST.



Sebagai penutup,

GST dilihat sebagai satu sistem percukaian yang lebih komprehensif, efektif, telus, efisien dan mesra perniagaan berbanding system percukaian yang digunapakai sekarang. Diperhatikan, jika diperkenalkan, GST boleh mengatasi berbagai kelemahan yang terdapat dalam sistem cukai kepenggunaan sedia ada, seperti kesan cukai bertindih, cukai berganda dan cukai bertingkat, isu kebocoran dan ketirisan hasil akibat daripada aktiviti pemindahan harga dan sebagainya. Di samping itu, GST juga dijangka dapat meningkatkan pematuhan cukai dan lebih mudah untuk ditadbir-urus berikutan sistem pengurusannya adalah berasaskan kepada kaedah self-policing. Dan jika kerajaan mampu melaksanakan GST dengan telus dan berkesan, kesan daripada GST ini akan mampu untuk terus menyenyapkan suara-suara yang menentang pengenalan GST ini pada mulanya.

Disclaimer :
Artikel ini ditulis oleh  Tuan Haji Abdul Aziz Abu Bakar, the President of Malaysian Association of Tax Accountants dan artikel ini di sokong oleh Kementerian Kewangan.

Pics are from Google.com