Showing posts with label kedai mamak. Show all posts
Showing posts with label kedai mamak. Show all posts

Sunday, February 28, 2016

Sarapan Favourite Cik Lily Putih

Hi Korang,

Rasanya dalam seminggu mesti 2-3 kali aku pekena sarapan ni

Ermm of courselah

Roti telur

Sebab simple dan senang dan cepat je siap especially bila pi kedai mamak kan hehehehe. Pilihan kuah pulak haruslah kari ikan dan sambal bilis.

Terangkat oooo

Kalau angin baik, aku boleh makan sampai 2 keping hehehhe buruk melantak sungguh ek.

Itu kalau angin baik, kalau angin tak baik langsung tak nak makan ek.

Korang sarapan apa pagi ni ek




Tuesday, February 10, 2015

Mee Goreng Mamak

Hi Korang,

Ermm baru dapat bukak blog ari ni.

Busy bebenau nampaknya kan, biasalah awal-awal tahun of courselah busy sokmo sampai makan pun tak sempat.

Dek sebab lalu lalang depan kedai mamak kat tepi tasik ni berpuluh kali, aku perasan ramai plak yang makan mee goreng mamak. 

Tengok dari jauh nampak cam sedap tapi rasa ngak tau lagi yea dongg

Apa lagi tadi terus turun bawah untuk kali ke 8 untuk ari ni untuk pi cari makan. Memang excited sangat dah ni nak makan mee goreng mamak kan. Hopefully sedap la ye.

Inilah hasil menunggu 10 minit dalam kedai ni. 


Tada... mee goreng mamak

Mee banyak, ayam banyak, sayur banyak. Dah rasa macam makan mee goreng orang keje kontrak je. Tinggi menggunung sungguh. 

Nasib baik menepati citarasa orang lapar kan. 

Sedappppppp

Ok ok sambung keja balik ek..




Saturday, August 30, 2014

Teh Tarik 5 Sen Secawan Sempena Hari Merdeka 2014

Hi Korang,

Ada berita baik bagi penggemar teh tarik ye


Teh Tarik Place mempelawa semua rakyat Malaysia untuk datang bersama-sama dan meraikan semangat muhibah dengan minum segelas berbuih pada harga khas sebanyak 5 sen ini 31 Ogos 2014. Satu majlis telah diadakan untuk mengumumkan satu hari istimewa ini di cawangan utama mereka semalam di The Curve.


Di antara mereka yang menghadiri majlis itu ialah pemain biola, Dennis Lau, peminat permainan video pro Ashley Khoo, ahli band ini Back2Basixx tempatan, Aster Kyle G., Brendan Aloysius, Christian Theseira dan Daryll Nathaniel. 

“No true blue Malaysian needs an introduction to Teh Tarik and what better way for us to pay tribute to this National Beverage, undoubtedly the unsung hero for uniting Malaysians nationwide, than through this event,” kata Raymond Liew, Marketing Director of Chaswood Resources Sdn Bhd. 

(L-R) Christian Theseira, Emma Mallaburn & Aster Kyle G.

“Thus, in the spirit of celebrating Malaysia’s 57th birthday as well as the muhibah spirit that makes us uniquely Malaysian, Teh Tarik Place is leading the nation by pulling everyone together to raise their glass of Teh Tarik to commemorate this day of important national milestone,” tambah beliau lagi. 

(L-R) Raymond Liew, Dennis Lau & Ashley Khoo

Jika korang penggemar teh tarik yang hardcode baik jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan segelas Teh Tarik pada 5 sen di mana-mana 12 cawangan Teh Tarik Place seluruh Negara pada hari Merdeka ini. Kebanyakan kedai-kedai Teh Tarik Place beroperasi dari pukul 10 pagi dan seterusnya. Waktu operasi mungkin berbeza-beza mengikut lokasi. Untuk senarai cawangan, pergi ke www.tehtarikplace.my atau layari https://www.facebook.com/tehtarikplace. 


Teh Tarik Place terletak di: 

• Tingkat Bawah, The Curve, Mutiara Damansara 

• Tingkat Bawah, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya 

• Bawah lantai yang lebih rendah, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya 

• Bawah lantai yang lebih rendah, Nu Sentral, Kuala Lumpur 

• Tingkat Bawah, Sooka Sentral, Kuala Lumpur 

• Tingkat 3, IOI Mall, Puchong Jaya 

• Aras 2, Paradigm Mall, Kelana Jaya 

• Aras 2, Setia City Mall, Bandar Setia Alam 

• Tingkat Bawah, Hospital Pakar DEMC, Shah Alam 

• Tingkat Bawah, Kompleks Bangi Gateway Shopping, Bandar Baru Bangi 

• Tingkat Bawah, Ayer @ 8, Presint 8, Putrajaya 

• Tingkat Bawah, Kompleks MetroPoint, Kajang


Monday, May 6, 2013

Cheese Nan Untuk Hari CUTI Ni

Hi Korang,

Yeah, orang Selangor bercuti hari ni, eheh aku pun sama gak.

Dapat berehat gak lepas 2 hari yang hectic aku tempuhi.

Ke sana kemari dengan food review, general election 13, family gathering ermm memang letih lah.

So hari ni dapatlah tidur baring, makan dan buat apa yang patut macam buat video untuk project blogbuster, review product, edit blog dan memacam lagi la.

Apa-apa pun aku tinggalkan korang dengan

Cheese Nan Bread

untuk korang yang tak tau nak makan apa ek, malas nak masak hari ni pi je kedai mamak order je. Settle

Anyway,

Happy Holiday Selangorian..

  

Friday, November 16, 2012

Makan Nasi Daun Pisang Sempena Deepavali

Hi Korang,

Aku memang tak pernah makan langsung atas daun pisang ni. So bila budak opis aku ajak pi Ke Kanna Curry House ni aku pun terus setuju. Nak cuba gak camne style makan dalam daun pisang ni.

Sesampai je member aku ni pi pilih main dish dulu. Ada ikan bawal, sotong,ayam, kambing dan a few dish yang aku lupa. Ktorg boleh pilih samaada nak goreng atau pun bakar. Aku pilih puyuh goreng dan member aku tu amik ikan bawal dan ayam untuk di goreng gak. Bila dia masuk dalam kuali panas tu, ceng berdesing bunyi gemersik semua tuh.


Ok duduk dan ada orang datang bawak daun pisang. La ingatkan betul rupanya daun pisang yang dah dimodenkan. Bentuk sama but colour dia lain sket.

Nasi, pappadom, 3 jenis sayur


Lepas tu datang plak orang bawak nasi, lauk sayur dan tin pappadom. Terus hidang kat atas daun pisang tuh. Boleh pilih samada nak ke tak, semua aku amik coz nak cuba kan. Ishkk tamak sungguh.




Last sekali, diorg letak pilihan kuah atas meja. 2 jenis kuah iaitu kari ikan dan kari daging. Aku campur je dua-dua dan macam nasi kandar plak.

Ini dia main dish yang ktorg pilih.

ayam goreng berempah

ikan bawal dan burung puyuh goreng

Hah, panas-panas ko nak cubit pun rasa melecur but bila dah masuk dalam mulut terus hilang rasa panas tuh. Ada gak lauk berkuah yang lain tapi ktorg tak amik pun.


Memang berselera bila makan time panas-panas kan, tengok abis makan terus lipat daun pisang tuh. Semua aku abiskan kecuali 2 lauk sayur tuh, tak kena langsung dengan tekak lah. Tekak orang melayu memang cam ni.

Teh o ais limau sudahla ye, leh potong lemak

Rasanya boleh lagi ke sini kalau nak makan tengahari kan, harga plak ok ok je. Tak de la mahal sangat, within my budget lah.


Korang nak ke sini ke? Alah aku tak tau address apa. Yang aku tau dalam kawasan Puchong. Deretan kedai ni betul-betul tepi lereng bukit. Parking kereta sejuk je coz banyak pokok kat area ni.

Ok kot sekali sekala tukar selera, asyik nak makan pedas je kan.


Sunday, June 26, 2011

Sunday Post : Breakfast With Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak

Hi Korang,

Jangan kata aku nak show off plak kan but inilah hakikatnya. Aku dengan Mr Big dapat invitation lagi untuk meet and greet our PM kan. Dulu dapat hi-tea dengan PM, kali ni dapat breakfast plak kan.

Simple je invitationnya thru email je..


Hah, semalam dah pi amik t-shirt pun. Yelah kalau tak pakai baju yang diorg dah siapkan tak boleh masuk. Invitation nie untuk 200 orang je. Ntah cam ne ktorg berdua ni terpilih lagi.

Korang, nak pesan apa2 tak kat PM, aku boleh sampaikan tau..

Hehehehe jangan jeles tau..

Happy Sunday Everyone...