Showing posts with label kakiseni. Show all posts
Showing posts with label kakiseni. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Closing Ceremony of 100 Women Campaign.

Hi Korang,

Atas jemputan Nuffnang, semalam aku sempat ke Pavillion untuk menyaksikan acara penutup bagi sambutan 100 Women. Nasib baik Michelle dan Jackie (Nuffies) serta Kenny ada. Kalau tak segan jugak. Yelah event yang ada menteri2 kan. Aku plak datang sempoi je kan.


100 Women merupakan kempen kesedaran bagi melindungi hak2 wanita di mata masyarakat. Kempen ini berlangsung selama 52 hari dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telag pun di jalan kan seperti sessi teater, flash mobs, workshops dan banyak lagi lah.


Aku sempat tengok one of the teater yang diorang perform untuk kempen ni Life Abuse. Sangat menarik, x caya korang leh baca link yang aku dah highlight tuh.


Before acara penutup tuh, ktorg dipersembahkan bacaan puisi oleh beberapa orang pembaca puisi yang berkisah mengenai kisah kehidupan wanita hari ni. Ada juga pameran fotografi oleh beberapa photographer wanita semasa kempen ini berlangsung.

People behind 100 Women Campaign - Imran Ajmain & Dr Fazley pun ada tau.

Selesai acara penutup sesi bergambar untuk semua para penganjur,penaja, ahli2 performing arts, ktorg sempat menjamu selera tajaan TGIF. Memang sedap eventho menu yang sangat simple je.


Thank you to Nuffnang dan Kakiseni kerana sudi ajak aku untuk event ni. Semoga jumpa lagi untuk event2 yang seterusnya...

p/s : Tak sempat nak amik gambo dengan Dr Fazley & Imran Ajmain lah.. Ishkk rugi betul..


Saturday, February 26, 2011

Tolong Hentikan Penderaan, Aku Takut!!

Hi Korang,


Baru-baru ini aku dapat invitation untuk ke  100th International Women's Day + sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse di The Actor Studio Lot 10 KL.


Jemputan ini merupakan 90 minutes yang pertama dalam meraikan 100th International Women's Day. Kagum jugak aku kerana di jemput ke event2 yang menarik seperti ini.


Penderaan bukan sekadar secara fizikal tetapi penderaan juga boleh datang dalam bentuk mental dan emosi dan yang paling teruk penderaan juga boleh berlaku di persekitaran kita tanpa kita sedari.  Di dalam sessi teater Life Sdn Bhd : Abuse ini, para-para pendukung watak ini berjaya menceritakan semula segala jenis penderaan yang sering berlaku setiap hari tanpa kita ketahui.

Bermula dari anak-anak kecil yang tidak kenal erti kehidupan sehingga ke para isteri, para ibu serta haiwan yang tidak berdosa ini didera mengikut sesuka hati. Ini lah lumrah alam yang kita harus tempuhi. Walaupun mereka ini boleh bersuara tapi mereka ini tidak berdaya untuk melakukannya cuma segelintir sangat yang mampu bebas dari penderitaan ini.


Totally menarik sessi teater ini, aku rasa sangat terhibur dan hiba bila mendengar rintihan2 mereka ini sehingga tak sangka aku hampir menitiskan air mata.


Mesti korang teruja kan, dengan apa yang aku cerita ini tadi. Sessi teater ini akan berlangsung sehingga 27hb Febuari 2011, dan ianya percuma tetapi kenalah buat tempahan tiket di www.kakiseni.com. Pengarah ialah Dato' Faridah Merican.

Sekiranya korang tak berkesempatan korang boleh sama-sama menyumbang kepada Matlamat para pelakon ini iaitu dengan menyokong  dan menyebar link dibawah untuk kesedaran kita semua.





Actually pelbagai cara jugak kita boleh banteras gejala penderaan. Ayuh! lakukan lah sekarang!


As usual, bloggers memang tak boleh tinggal untuk bergambar kan. Walaupun tak ramai yang di undang tapi kemeriahan tetap dirasakan.  So terima kasih Nuffnang di atas jemputan ini.

MANifesto is also a partner to Churp Churp and Nuffnang.