Hi Korang,
Korang baca dulu ek, entry aku sebelum ni tau.
Aku dapat invitation ke kemuncak kempen pengktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ kat Taman Tasik Titiwangsa last week. Pepagi aku dah terpacak kat tepi tasik ni dengan bebudak blogger yang lelain lah. Yelah nak tau gak apa dia event yang ada Hot Air Balloon ni kan.
En Tang Siew Wai, Pengarah Pemasaran Rantau bagi Huawei Device Wilayah Pasifik Selatan berkata, kempeng pengguna ‘The Ascend to New Heights’ merupakan dorongan agresif bagi memperluaskan kesedaran mengenai jenama Huawei di Malaysia. Kami menganjurkan banyak aktiviti mengujakan mulai hari ini hinggan 2 hari akan datang.
“Aktiviti terdiri dari menaiki belon udara panas dan fotografi jumpshot hinggan kegiatan interaktif seperti Lompat Trampolin dan Cabaran Perlumbaan. Ketika Huawei Device terus membawakan kepada rakyat Malaysia alternative lebih pintar, pengguna juga daapt meneliti telefon pintar dan peranti terbaru di Zon Pengalaman” tambahnya.
Kempen ‘Ascend to New Heights’ yang dibuka kepada orang ramai, menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk Hadiah Utama berupa pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk 2 orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penerbangan helicopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, lawatan ke tempat bersejarah Dubai dan Pengalaman Padang Pasir). Kempen ini adalah mercutanda penting dalam usaha giat syarikat ingin mendekati pengguna secara langsung.
Dapat jugak aku dengan Mr Big naik belon udara panas tu kat tepi tasik ni. Walaupun tak tinggi naik but viewnya memang cantik. Tapi yang tak syok tu, muka kitorang rasa cam terbakar sket coz bahang api tu boleh rasa tau.
Dalam pada tu gak, Huawei juga mengambil kesempatan melancarkan smartphone keluaran mereka yang terkini ke pasaran Malaysia.
3 smartphone itu ni, meh check it out kat sini ek
Ascend D1 Quad
Ascend G600
Ascend G330
Aku dah pun godek-godek ketiga-tiga smartphone ni dan not bad gak.Sama macam smartphone brand lain gak malah specnya lebih laju dan awesome lagi.
Dalam acara yang sama gak, Huawei Device Malaysia juga mengumumkan perkongsiannya dengan Midland Network sebagai pengedar Huawei yang sah.
Abis je launching, Mr Big terus je pi ke interaktif booth tu apa lagi main game la. Main kat tablet but connected to TV. So aku boleh tengok kat TV tu je apa je yang Mr Big main kan. Lama gak la dia duk kat situ.
Ok bergambar time.
1
2
3
Yeah dapat pun amik gambor jumping beramai-ramai. Itu pun setelah beberapa kali melompat kan.
Thanks Huawei for this special event. Kira merasa gak lah naik hot air balloon tu kan