Showing posts with label jonker street. Show all posts
Showing posts with label jonker street. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Makanan Nyonya Di Restoran Peranakan, Melaka


Hi Korang,

Terlupa lagi nak publish entry ni, alah korang layan je ek


Masa aku ikut trip ALMERA ke Melaka bulan lepas, pada sebelah malamnya ktrog di bawa makan ke satu restoran masakan nyonya somewhere area Jonker Street sane.







Kedainya betul-betul kedai baba nyonya gituh. Dari depan pintu sambil la ke hiasan dinding termasuk gak kerusi mejanya kan. Sangat antik.


Memang tak tau pun ada yang tuan rumah NISSAN order, so sambil tunggu tu sambil bercamwhore dan beborak dengan bebudak media lain ni. Seronok dengar citer diorg ni, yelah bidang kerja tak sama sekali sekala dengar citer orang best jugak ek.

Ok makanan pun sampai, tengok ni

Ayam kari

otak-otak

popiah roll

sambal sotong

sayur campur

Siakap masam manis

Udang lemak nenas

bendi bercili

cendol nyonya

Terbaik kan, tapi tak dapat nak snap betul-betul dengan angle yang cantik coz diorg ni dah lapo mana boleh tunggu bila makanan dah depan mata kan. So dapat 1-2 keping jadilah kan.

meriah kan

Pinggan aku bukan main penuh lagi

Bagi aku memang sedap lah kalau tak, for sure aku tak akan tulis entry ni kan. Totally typical nyonya food. Nak kata melayu pun tak, nak kata cina pun tak gak.

Ni alamatnya kalau korang nak terjah kan



Restoran Peranakan
107, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
75200 Melaka
Tel : 06 – 2845 001

Mr Big tengok gambar pun dia kata nampak menarik especially otak-otak dan udang lemak nenas tuh. Mesti sedap agaknya dia cakap.


Nampaknya memang kena terjah gak restoran ni bila balik kampung nanti ek, tapi ntah ingat jalan ke tak bila nak ke sini.

Selamat Makan Korang!


Note : pics guna Samsung NX1000. Cantikkan gambo




Tuesday, June 21, 2011

Keseronokan Di Jonker Street, Melaka

Hi Korang,

Ramai orang citer, kalau pergi Melaka mesti kena singgah ke Jonker Street ni. Aku yang tetiap bulan balik Melaka ni belum pernah sekali pun jejak kaki ke Jonker Street so last weekend ktorg pi lah jugak kan ke tempat ni.



Jonker Street ni merupakan satu kawasan ala-ala perkampungan cina sebab majoriti yang duk jadi penjual tu orang cina. Memang jarang jumpa orang melayu kat situ. Mainly for Chinese lah. Kira-kira pasar malam bagi orang Cina tapi barang2 yang dijual di sini memang totally awesome lah sebab agak payah nak cari kat shopping kompleks dalam Melaka ni. Barangnya memang unik sekali.


Tempat ni memang sesak bila weekend yelah tourist suka datang sini. Shopping apa yang pelik. Aku plak sempat sambar accessories yang cantik like anting2,gelang,rantai. Ermm best betul lah.


Sepanjang jalan ni jugak ada satu taman yang di panggil Taman Warisan Dunia Jonker Walk. Dalam ini, terdapat pelbagai perabut jalan untuk kita berehat sambil bergambar menikmati keindahan taman tersebut. Konon2 kat negeri China katanya. Ada sculpture gajah, naga dan memacam lagi lah.


Oh ya, tempat pun dah ala-ala pasar malam, mesti banyak jual makanan kan. But be careful muslim majoriti makanan yang di jual di masak oleh orang cina. So faham2 jelah kan.  Bila aku tengok dimsum yang diorg jual tuh terus je rasa lapar coz baunya yang sangat mengancam lah. Pakkal je tak boleh beli kalau tidak.... ermmm....

Kalau nak bawak senior citizen pi Jonker Street ni bukan tak boleh but kesianlah kat diorg nie. Bila orang dah ramai jalan plak sesak silap2 haribulan boleh hilang kan. Tapi kena hati-hati ada ramai pickpocket tau. Ada sorang peniaga tu citer kat ktorg, diorg je cam buat2 terlanggar the terus seluk beg. Jaga2 tau. 


Ermm memang seronok sangat dapat berjalan ke Jonker Street ni. Memacam benda yang boleh kita tengok dan observe. Cuci mata katakan. Oh ye, kepada yang kaki melaram, baik korang ke sini coz banyak benda yang boleh korang beli dengan lebih murah tau.

Koyak kocek seluar aku lah....