Showing posts with label jewellery. Show all posts
Showing posts with label jewellery. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Beli Jugak Bracelet SOUFEEL Jewellery Ni

Hi Korang,


Ingat entry aku pasal SOUFEEL Jewellery harituh?

Hah la yang tuh.

Tengok ni jeng jeng jeng… akhirnya


Beli jugak kan

Walaupun beli secara online tapi packagingnya fantastic kan. Macam beli kat kedai pulak, siap paper bag sekali.


Masa sampai tuh, kesemua item di letakkan dalam beg plastic secara berasingan. So bracelet lain dan charms pun plastic satu-satu tau.



Siap ada kain lagi untuk nak lap bagi bersinar lagi. 

Aku letak gambar jelah, korang layan ek

Kat bracelet pun ada labeling ek

Nampak tak betapa originalnya Soufeel Jewellery ni

Charms yang dah dibukak plastik

Hah cantik kan, itulah betapa gembiranya hati bila tengok set bracelet ni. 

Boleh pakai 2 charms

Nak pakai satu charms pun cantik gak

Alah pakai whole set la, cantik ooo

Simple tapi menarik.


Cantik je terletak kan

Posing dulu

Ni yang close up punya ek..

Eleh korang tuh, minat la tuh. Yelah harga pun tak de mahal sangat kan.


Ok untuk info lanjut korang boleh check it out di 

Telefon kami di 1-800-816-559




Alah beli jelah, so nampak sket duit hasil usaha kerja kita kan.

Sunday, June 14, 2015

Gelang Cantik Dari SOUFEEL Jewellery

Hi Korang,

Aku selalu perasan iklan bracelet yang warna-warni di facebook kan.

Rasa macam terdetik hati untuk klik dan tengok apa yang ada dalam iklan SOUFEEL Jewellery ni. Terus klik ke http://www.soufeel.com.my/ hah terbuntang mata. 


Rupanya Soufeel Jewellery ni merupakan barangan perhiasan diri 925 sterling silver seperti gelang, cincin, anting-anting dan pelbagai lagi. Kesemua barangan ini di import khas dari luar negara dan di daftarkan di London.

Jomlah kite tengok beberapa koleksi barangan perhiasan diri yang cantik ni kan.

Bracelet

Charms

Earings

Necklace

Rings

Bukan tu jugak, ada juga barangan yang boleh dijadikan hadiah or dalam bentuk gift set.

Dalam website ni jugak, kita boleh pilih sendiri atau pun orang call panggil mix & match segala bracelet dan charms yang ada. Kalau malas dan tak reti nak pilih, korang boleh je beli yang dah siap dalam satu set ni kan


Not bad jugak harga yang ditawarkan. Aku rasa agak berpatutanlah daripada korang pi beli bracelet yang ada kat pasaran luar tuh. 

Semua transaction secara online even payment pun, dah lagi satu FREE delivery bagi pesanan berharga RM342 tau. Tambahan lagi ada 365 days return and change.

Ok untuk lanjut korang boleh check it out di 

Telefon kami di 1-800-816-559




Ermm rasa teringin pulak nak beli bracelet dan charms kann bila tengok semua ni tadi. Yang mana satu ek? Hehehhehe so tunggu tau



Wednesday, April 22, 2015

Dapat Jugak CHARM Pandora yang Di Cari

Hi Korang,


Kira lama jugak aku mencari charm-hobbies ni ek.

Dari satu outlet ke outlet yang lain sampai ke Habib Ampang Point pun still tak jumpa jugak. Ermm sudahnya jumpa di Mines outlet. Masuk-masuk kedai terus tanya, eh eh ada plak. 


Apa lagi terus belilah coz susah nak dapat ni kan. 

Dah bertambah lagi koleksi charm Pandora aku ek hehehehhe

Suker suker suker

Cik Lily Terfikir : ermm pas ni nak beli yang mana pulak ek

Monday, March 31, 2014

PANDORA Spring Collection 2014 Yang Menambat Hati


Hi Korang,

Rasanya ramai lagi yang tak berapa kenal dengan Pandora ni kan?

Ye ko mak aku pun tak tau. Yang dia tau emas intan berlian je. Apo plak Pandora ni, dia tanya aku.


Kita-kita wanita masa kini of courselah tau apa itu Pandora kan. Pilihan perhiasan diri yang lebih moden dan sofiskated.



Baru-baru ni Pandora telah pun melancarkan ‘Spring Collection’ 2014 yang terbaru. Majlis di adakan di Mahsuri Courtyard, Royal Chulan Hotel. Ermm sesuai benar dengan 2 tema yang berbeza iaitu delicate butterflies dan soft spring flora. First time aku ke sini memang cantik tempatnya.




Majlis di rasmikan oleh Managing Director of Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin bersama-sama Chairman, Datuk Meer Sadik Habib dan juga Marketing Manager of Pandora Jewelry Asia Pasific Limited, Phuong Tran.







Jom kita tengok gambar-gambar koleksi terbaru ni yang di peragakan oleh Miss Malaysia/World 2011, Deborah Henry bersama-sama model-model yang comey lote, cantik dan tinggi ni ek.


Yang best tu dengan tak semena-mena, aku dapat seutas bracelet dengan 1 charms coz berjaya menjawab soalan.hehhe memang tak sangka betul. Kira rezeki terpijak hari tuh kan.



Ada juga kiosk jualan charms pada event tu, aku pun tak lepaskan peluang terus menambah koleksi charms bracelet aku ni. Kali ni beli clicker, ni bahagian hujung untuk tak jadi charms tu berjalan kiri kanan, kira nampak cantik terletak je kat tangan kan.






Untuk koleksi Pandora Spring 2014 ini harga bermula dari RM126 - RM295 sebiji.

tinggi betul Deborah ni ek, nampak tak jurang perbezaannya..


Memang lepas ni aku jadi Pandorian tegar lah. Yelah dah ade 2 bracelet kan. So now kene kumpul duit untuk tambah charms je lah. Untuk bracelet kedua ni, rasanya nak letak charms colourful sket lah. So nampaklah keceriaan di situ.








Thursday, May 30, 2013

Ulangtahun CHARRIOL Ke 30 Tahun Yang Berprestij

Hi Korang,


Kita sambung balik citer trip ke Singapore hari tuh ek


Aku dapat jemputan dari CHARRIOL Singapore untuk majlis ulangtahunnya yang ke 30. Lama tu dah ada dalam pasaran kan. Charriol ni merupakan jenama antarabangsa yang khususnya dalam fine Swiss timepieces, jewellery dan accessories.


Majlis di adakan di Goodwood Park Hotel, Singapore. Cantik hotelnya ala-ala colonial. 


Founder dan tuan punya Mr Philippe Charriol ni berkata mengenai perjalanan Charriol sepanjang 3 abad ‘Everything we do at CHARRIOL is conceived in the same spirit, that of the art of living differently. This means having the courage to listen to your dreams and the audacity to see them through. This passionate mindset is expresses in all CHARRIOL creans, from timepieces to jewellery and is how our customers live too’.


Bagi menandakan 30 tahun yang bersejarah, Charriol menegaskan keaslian dan tenaga yang tiada tandingan dengan pelbagai tambahan yang menarik dalam setiap koleksi iaitu gabungan dua tahun produk dan pembangunan jenama. Di bawakan segar dari BaselWorld International Show yang di pamerkan di Switzerland Mac / April 2013, Charriol menambahkan lagi koleksi terbaru bagi Asia iaitu St-Tropez, Celtic, CELTICA dan koleksi CoLvmbvs dan juga memperkenalkan koleksi  AEL moden sebagai produk terbaru mereka.



Charriol terkenal dengan signature design mereka  'twisted cable' yang ikonik, dipatenkan oleh Charriol dan kini diiktiraf dan didambakan di seluruh dunia. Jenama ini juga berbangga dengan warisan keluarga yang memperlihatkan Encik Philippe Charriol bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga lain dan itu membezakan Charriol dan jenama global yang lain.


May 16, 2013 | Model cantik by CikLilyPutih on Keek.com

Ada catwalk untuk tunjuk jam yang cantik-cantik ni. Korang layan je Keek aku tu ek.

kalau aku cakap harga jam kat tangan aku ni, boleh terkujat dibuatnya

Masa majlis ni, ktorg di pertontonkan dengan koleksi jam tangan terbaru keluaran Charriol. Bukan main cantik lagi, kalau tak fikirkan harga terus angkat satu tau.


Hari ini, Charriol dipasarkan melalui rangkaian global 185 butik dan kedai-kedai jualan 3,800. Di Malaysia, butik perdana Charriol terletak di Adorn Floor Starhill Gallery Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang.

Untuk tengok koleksi yang lelain rekaan Charriol, sila layari http://www.charriol.com  

dapat parfume dan pendrive ni as goodies

Terima kasih Charriol atas jemputan ni, dapat jugak aku berkenalan dengan media oversea yang lain sambil menikmati koleksi jam yang cantik-cantik ni