Showing posts with label jalan petri. Show all posts
Showing posts with label jalan petri. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Sunday Post : Lontong Kering

Hi Korang,

Lama betul tak makan menu yang tak kurang hebatnya di JB ni iaitu Lontong Kering. Hah jangan memain lontong pun ada basah kering ek. Sempat jugak aku pi bedal kat Warung Saga hari tuh.


Kalau orang-orang Johor panggil menu ni Lontong Darat coz ianya kering dan tak berkuah. Kira kurang lah sket lemak kan coz kuah lodeh tak de. Of course lah mesti ada nasi impit dan juga serunding. Lauk or side dish untuk Lontong Kering ni boleh kita pelbagaikan. Ada yang letak rendang ayam, sambal tempe, sambal kacang, paru goreng, sambal tumis sotong kering dan memacam lagi lah. 

Nak buat bukan susah pun. Rebus nasi impit dan siapkan side dish je. Tapi untuk aku yang tinggal berdua kat umah nie rasanya pi beli kan kedai jelah. Tapi masalahnya kat Bangi ni mana nak cari Lontong Kering kan?

CLP notes : Itulah payah gak nak layan tekak orang Johor ni kan. Ada je menda yang di idamkan. Jawabnya selalulah Mr Big bawah aku pi JB ek.