Showing posts with label iklan dengan ciklilyputihdotcom. Show all posts
Showing posts with label iklan dengan ciklilyputihdotcom. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Weekend Di Resort Suites Sunway Lagoon Resort

Hi Korang,

Baru balik outstation dah berjalan lagi.

Aik tak reti penat ke kan? Ek bukanlah. Sebenarnya aku ada dapat voucher untuk berhujung minggu di Resort Suites ni. Dekat benau kat Sunway Lagoon tu je.


Kalau nak tau Resort Suites ni terletak bersebelahan dengan Sunway Piramid dan juga Piramid Tower Hotel, ini macam in between of this two lah. So ke kiri boleh dan ke kanan pun boleh.



Disebabkan ktorang ni special sket, so dapatlah check in awal dalam kul 12 tengahari gituh. Oh ye, lobby resort ni di tingkat 12 so kalau korang dari basement ada special lift entrance kat B1. Ikut signboard je senang.


Kira privacy sungguh tempat ni, lobby pun tak semak dengan orang. Quiet dan peaceful sajor, Cuma ada 2 orang reception yang lobby ni. Settle je urusan check ini bagai, terus je ktorang di bawa naik ke tingkat 28, wow ingat paling tinggi rupanya ada lagi satu lagi tingkat iaitu tingkat 29. Sayup je bilik pandang ke bawah ek.

boleh pi mandi kat sunway lagoon nanti ek

Ini dia bilik 28111

Its actually macam studio apartment gituhlah tapi luas yang amat. Hall luas, katil beso, bilik air luas, dapur just nice pendek kata selesa la kan.

Ok snap-snap gambar dulu untuk tatapan korang.

living hall

katil empuk

dalam bilik pun ada tv tapi tv lama jelah alah janji boleh tengok kan

selfie jap 

toiletries 


bathtub untuk mandi buih pun ada

dapur yang almost lengkap, boleh masak sekali ek





Internet sangat laju tapi kena double check dulu suis internet dengan housekeeping ek sebab kalau tak de guest, automatically diorang akan tutup service wifi untuk bilik tuh.


Lepak kat bilik sekejapan abis amik gambar tuh, lepas tu terus keluar sampai malam. Sekali sekala jadi budak Subang Jaya so hangout lah a few places for coffee kan hehehehhe

Malam tu balik terus tidur sebab kekenyangan makan seafood kat Just Seafood Sunway Giza Mall, seriously tak pernah Mr Big makan seafood sampai sengkih2 perut dia kan. Hebat sungguh penangan restoran tu ek. Nanti aku citer lah..

Esoknya bangun boleh lambat plak, dalam kul 9.30 pagi cam tu.

Letih sangat kot lagipun tilam tuh empuk benau rasa macam ditarik-tarik supaya jangan bangun dan teruskan je tidur. Disebabkan voucher untuk promotion ni tak disediakan sarapan so aku dah prepare awal-awal makanan untuk sarapan ek.


Tada.. hebat tak?

beli yang frozen punye, jadilah kan


Ada nasi goreng kampung, spagethi bolognese, beef lasagne, kopi dan siap ada juice sekali ek. Heaven sangat breakfastnya, semuanya panaskan guna microwave sahaja.

Lepak kejap dan siap-siap untuk check out ek.

sempat lagi nak selfie kat lobby ek

Thanks Resort Suites for this special accommodation. Kalau boleh nak datang lagi ke sini nanti, bukan apa sekali sekala lepak-lepak chillax apa salahnya kan.

Korang kalau nak book hotel ni dengan pada RM199 per night, ni klik kat link http://www.bit.ly/ResortSuitesBS nanti korang boleh pilih yang mana sesuai dengan budget or pilihan hati korang ek.

Yeah selamat bercuti korang….

Monday, July 27, 2015

Nak Join TRAVELOKA Lucky Getaway, Boleh Pi Bercuti Kan

Hi Korang,


Lepas raya ni, musim cuti-cuti Malaysia bermula lagi.

Aku rasa ramai yang duk plan ke mana nak pi bercuti hujung tahun ni kan, tak kira dalam Malaysia mahupun oversea janji dapat berjalan kan. Macam ktorang berdua setiap hujung tahun memang berjalan sakan cuma dalam Malaysia je kan sebab aku rasa banyak lagi tempat dalam negara kita ni tak abis dijelajahi, even Gunung Jerai pun aku belum sampai lagi tau. Hauhauahuahauhau

So kenalah bersiap sedia dari sekarang kan!!

Kumpul duit, book tiket flight, book hotel, prepare itinerary nak berjalan kira semua sekali kena plan dengan baik. 

So jawabnye? 

Let’s check it out www.traveloka.com/en-my


Dalam apps ni kita boleh buat booking flight, booking hotel dengan harga yang murah lagi cepat, only 5 minutes je wokeh. Dalam negeri, luar negeri kemana aje pun boleh. Ikut je step by step yang diberikan. Hah settle kan! Bolehlah berjimat-cermat dari sekarang.

Ada berita baik untuk korang yang duk sibuk search kalau ada travel secara percuma kan. Ni aku nak kongsikan kat korang ni, www.traveloka.com/en-my sedang mengadakan online contest kepada semua kaki jalan kan.

Caranya, mudah saje!


Ikut je langkah satu per satu ni ek 

1. Pi ke www.traveloka.com/en-my dan pilihan destinasi impian korang

2. Log in ke widget melalui Facebook atau email. Ni klik widget bawah ni ek

TRAVELOKA GIVEAWAY

3. Ceritakan kenapa korang berminat nak bercuti ke sana

4. Kongsikan atau Share di social media accounts korang dan bagitau kat kengkawan korang yang korang join Traveloka Lucky Getaway contest 

5. Ada 1 pemenang setiap minggu 

6. 5 finalists will be selected from these weekly winners

7. Finally, from these 5 finalists, we will select 1 Grand Prize winner to be announced at the end of the contest 

Yang best tuh, ada hadiah misteri mingguan dan juga Grand Prize of USD 500 voucher. Banyak tu wei, bayangkan kalau aku dapat kan. Wow wow wow panjanglah langkah aku berjalan hujung tahun ni kan.

Dah apa tunggu lagi, mehlah join.

Bukan kena kuar duit pun just kuar tenaga untuk klik-klik taip je cerita menarik korang.