Showing posts with label ikan siakap bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan siakap bakar. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Anjung Selera Ikan Bakar, Seksyen 7 Bangi Boleh Tahan Sedapnya

Hi Korang,

Dah 4-5 kali lalu lalang depan kedai Anjung Selera Ikan Bakar ni tapi hati rasa cam malas plak nak cuba sebab orang sentiasa penuh lebih-lebih lagi awal bulan.


Jadi last week, dek sebab tak tau nak makan apa so ktorg pi try lah makan kat sini. Tengah bulan so tak ramai orang, aku assume mesti kedai ni mahal. Alah makan je lah kata Mr Big itu pun nak kira.



Sesampai je ktorg di suruh pilih ikan untuk di bakar. Ada few choices pari, cencaru, kembung, siakap, talapia, sotong, ketam dan udang. Malas nak fikir banyak pilih je ikan siakap. Kemudian baru order side dish yang lelain.



Yang memula sampai mesti lah air. Aku order fresh orange dan Mr Big soursop (durian belanda).Biasalah rasa buah, manis dan segar.



Ini plak sotong goreng tepung. Tepungnya crunchy. Tak delah tebal sangat. Nampak je berminyak tapi tak pun.


Ok sup ekor mari. Order semangkuk sebab tak de kuah nak hirup sesejuk buta ni. Terbaek kata Mr Big, sesuai dengan tekak dia, tak pedas dan tak banyak sampah. Telupa plak nak tunjuk gambo tulang la plak.


Telur dadar biasa je, rasa telur lah kan. Letak sket bawang goreng dan cili sos. Cam berminyak sket kan.



Ini dia ikan siakap bakar. Ikan dibelah tengah tapi tak putus. Disiram dengan sambal homemade ni. Tak delah pedas sangat sedap. 


Air asam pun di sediakan, tak cukup sila mintak lagi ye.

Overall bagi aku ok je. Tak delah hebat sangat but sedap dan boleh tahan rasanya gak. Isi ikan siakapnya manis bila dah letak home-made sos tu kan. Harga tak lah mahal pun, semua sekali yang ktorg makan tu cuma RM43.00 je. Ikan siakap tu lebih kurang RM22 je. Ok kan.

Nak datang kedai ni.


Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

https://www.facebook.com/AnjungSelera

(Sebaris Petronas dan belakang Mydin je) Itu je landmark yang senang. Oh ye atas kedai makan ni ada gym. Maknanya lepas bersenam bukan main nak rak, bolehlah pi bedal kat bawah.

Korang yang duk dekat-dekat sini bolehlah try makan kat sini ek. Selain daripada ikan bakar ada jugak menu makanan yang lain yang belum sempat ktorg cuba lagi. Mr Big suka ikan bakar so ktorg bantai jelah makan ikan bakar.

Selamat makan

Ngapppp..