Showing posts with label harga menu kenny rogers. Show all posts
Showing posts with label harga menu kenny rogers. Show all posts

Wednesday, August 23, 2017

Promosi Ayam KRR CHAMPION Meal dan VICTORY Meal

Hi Korang,

Lama tak citer pasal ayam Kenny Rogers Roasters ni ek ermm sedapnya ayam grill, sesuai sangat untuk akak Lily yang acah-acah nak diet ni hehehehehe


Hari tuh kami-kami blogger kaki makan ni dapatlah merasai sendiri promosi ayam panggang yang terbaru dari KRR ni. Yeahh seronoklah dapat get together, borak-borak sambil makan-makan kan 

Kali ni Kenny Rogers ada promosi baik punya tau..

Ada 2 promosi iaitu Victory Meal dan Champion Meal

Ok akak Lily citer satu per satu ek supaya terang bijik mata korang ni hah..


Victory Meal

Of courselah mesti ada ayam dan pilihan 3 side dish bersama muffin sekali tau.

Sekarang ni ada promosi baik punya..

BUY 1 FREE 1 Untuk Victory Meal ni


Bermula dari 21hb Ogos hingga 25hb Ogos 2017 ( 5 hari je tau dari pukul 11 pagi hingga 3 petang), kalau korang memilih untuk makan victory Meal ni boleh dapat PERCUMA 1 set. 

Kemudian kita ada 

Champion Meal 

Ada 2 jenis pilihan perisa ayam panggan yang korang boleh cuba iaitu Honey BBQ dan Spicy BBQ. Akak Lily dah rasa dua-dua tapi Spicy BBQ tuh podeh betul kata orang Negeri Sembilan tapi kalau kaki pedas mungkin korang akan cakap alah mild mild je ni.


Kemudian korang boleh tambah lagi side menu hanya pada harga RM5 each. 

Ada pilihan Power Up
 
A)Garlic Toasties + Country-style Chicken Soup

atau

B)Kenny's Home-made Muffin + Single Happiness 

Eh jangan bimbang, korang boleh dapati kedua-dua promosi ini di seluruh restoran KRR di Malaysia ni. So janganlah ragu-ragu ek.


Layari laman web www.krr.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari www.facebook.com/krrmalaysia






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Monday, October 10, 2016

Makan Absolutely Sambalicious Dari Kenny Roger Roasters

Hi Korang,

Yeahhh makan ayam sedap lagi.. I liked it!

Lama benau tak ke Kenny Rogers di Berjaya Times Square, yelah time ada review KRR time tu lah boss garang tak bagi balik awal ermm sudahnya miss lah beberapa few food review session ek

cuba cari di mana saya?

So hari tuh bila Anis ajak pi makan ayam haruslah aku tak lepaskan peluang. Lepas keje je terus naik train ke BTS. Sekali sesampai je ada plak Ruby dengan Aten, ni kira cam reunion sekali lah sebab lama benau tak jumpa diorang berdua ni. 


Kali ni Kenny Rogers Roasters memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Absolutely Sambalicious yang ada pilihan Sambalicious Soup Meal, Sambalicious Favourite Meal dan Sambalicious Chicken Meal.

La sambalnye, mestilah menjadi favourite rakyat marhaen Malaysia seperti aku aku ni kan. Memang hari-hari kita makan sambal kan. 

Sambalicious Soup Meal RM 22.50 

Best sebab siap dengan chicken soup sekali so tak yah nak order asing-asing. Sambalnya terangkat wei

Sambalicious Favourite Meal RM 19.90

Untuk menyedapkan lagi hidangan Sambalicious ni, Kenny Rogers mengembalikan hidangan sampingan mereka yang menjadi kegemaran kita iaitu Spicy Golden Rice dan Potato Salad. 

Spicy Golden Rice 

Potato Salad

Yang best tuh, korang boleh order kedua-dua hidangan ini secara ala-carte pada harga pengenalan hanya RM5.90 each (Normal price RM8.90)


Ada lagi ni yang aku nak bagitau, bagi korang yang kuat makan tuh, semasa promosi Sambalicious ni korang boleh tukarkan quarter chicken meal kepada half chicken meal pada harga RM5 sahaja tau…

jemput makan semuanya

Ermm dah jangan tunggu lelama baik korang pi cuba hidangan Sambalicious yang sedap lagi terangkat ni ek 

Untuk info lanjut :

Hubungi :

+603 – 2119 9888

Web :


Facebook :



ok selamat menjamu selera ek.... hehehhee