Showing posts with label harga makanan Indonesia. Show all posts
Showing posts with label harga makanan Indonesia. Show all posts

Tuesday, December 29, 2015

Makan Di Bumbu Desa KLCC, Nak Rasa Masakan Original Indonesia.

Hi Korang,

Aku kan dah biasa makan makanan Sunda di Kajang yang dekat dengan umah aku tuh. So kali ni aku nak cuba plak makan ala Masakan Indonesia Padang, Sunda Dan Melayu.


So restoran yang aku nak cuba ni di KLCC iaitu Bumbu Desa. 


Nasib baik ada geng #bloggerkakimakan so lagilah bertambah seronok ek. 

Restoran ini terletak di tingkat 4 Suria KLCC. Memang level tu adalah tempat terdapatnya pelbagai restoran2 yang mewah2 dan dari serata negara. Termasuk restoran ini yang menghidangkan 3 jenis masakan utama di Indonesia iaitu masakan Padang, masakan Sunda dan juga masakan Melayu. Aku biasa makan nasi padang je so haruslah kena makan kaw-kaw nanti.






Nampak tak environment dalam restoran Indonesia ni?

Cozy je, seronok untuk lepak makan sambil borak-borak menanti makanan sampai kan. Mostly yang datang aku tengok family, friends da nada yang datang makan untuk meeting jugaklah sebab aku perasan siap ada kertas dengan laptop sekali kan hehehehhe. Tengok di mana-mana pun boleh meeting ek hehehehe






Betapa banyaknya lambakan makanan di buffet area ni kan. Tunjuk saje apa nak makan then nanti waiter akan hantar ke meja korang. 

Ok dah meh tengok apa yang menjadi santapan ktorang pada malam tu ek.

Order minum dulu

Soda Gembira, Es Cendol dan Es Jeruk Kelapa

Ini merupakan di antara minuman yang menjadi favourite pelanggan yang datang kemari. Yelah nama pelik-pelik mesti kita nak cuba kan. Aku order Soda Gembira, campuran sirap bandung dengan air soda, lepas minum terus gembira di awang-awangan hahahaha

Appetizer

Perkedel Jagung, Tempe Goreng dan Tauhu Goreng

Simple tapi marbeles, walaupun goring biasa je tapi bila dah cicah sambal hitam yang tak berapa pedas tu terangkat jadinya

Gado-Gado

Kira macam salad sayuran tapi gravynya kuah kacang. Once dah gaul semuanya sedap di makan gitu je

Main Dish

Talapia Goreng

Ikan tilapia yang digoreng garing dan di hidangkan bersama sambal kicap jugak, garing dan sedap. Even kita boleh makan tulangnya sekali langsung tak de rasa tercekik kan

Kari Kepala Ikan

Namanya kari tapi nampak warnanya macam masak lemak cilia pi kita kan, gabungan 2 rasa kari dan pedas-pedas cilia pi sket. Abis kepala ikan tu aku robek-robek sampai hilang pipinya

Ayam Cabai Ijo

Ok ini pedas sket bagi aku, cili hijaunya. Nampak cam biasa je tapi pedas ooo. Sudahnya aku tolak lada tu semua makan ayam sajo.

Sup Kaki Kambing

Aku rasa kuah je sebab aku mana makan kambing. Pekat oo baunya harum, kalau ada roti confirm aku cicah je dalam kuah tu.

Kambing Masak Hitam

Kira macam masak hitam style kita gaklah tapi ada strong smell yang harum semerbak tapi aku tak leh nak teka. Makan kuah lagi..

Tumis Kailan

Ok ini sekejapan licin, dihidangkan panas-panas so kerap kerup masuk dalam mulut.

Ingat ratah lauk begitu saje, ada nasi sekalilah. Ianya di panggil Nasi Liwet, tapi aku terlupa amik gambo sebab dah lapo sangat time tuh. Siap bertambah lagi semangkuk nasi sebab sedap sangat lauk-lauk yang dihidangkan

Dessert

Kuih Bakar Pandan

Pisang Saus Karamel bersama Aiskrim

Tak boleh nak describe kesedapannya, dah makan pedas-pedas kemudian pekena pulak yang manis-manis of courselah enak di makan. Sejuk sket tekak kan.

Ermm teringin dah tu kan.

Ni hah alamatnya aku share dengan korang ek

BUMBU DESA @ LEVEL 4 SURIA KLCC
Level 4, Suria Klcc, Jalan Ampang, 
50088 Kuala Lumpur
Phone:+60 3-2161 3532


Selain Suria KLCC ada outlet lain iaitu di Midvalley, The Curve, KL Festival City dan juga di Alamanda, Putrajaya.