Showing posts with label gsc pavillion. Show all posts
Showing posts with label gsc pavillion. Show all posts

Monday, December 3, 2012

JOJO STRUYS Yang Sentiasa HOT

Hi Korang,

Last week memang teramat penat sangat event tak henti-henti siang malam pagi petang.

Banyak letih ooo


Tapi letih tu hilang bila dapat berborak + bergambar denga Jojo Struys. Seorang celebrity yang senantiasa HOT sepanjang waktu.

Banyak kali aku jumpa, dia memang nampak cantik je.

Bila tanya apa rahsia kecantikkannya, dia cakap apa 'Bila hati tenang dan sentiasa gembira, automatiknya kita akan nampak cantik, macam U pun cantik dan comel jugak'

Heehehehheeheh terkekeh aku dengar. 

Ada-ada je dia ni lah kan.

Sudahla malu dah mak ni nokss..



Thursday, November 29, 2012

Jom Ke Samsung GALAXY Y Hello Kitty Launch Weekend Ni

Hi Korang,

Aku tau ramai giler yang minat Hello Kitty ni kan. Bukan kata korang, aku pun sama. Kan dulu Mc Donald ada promotion Hello Kitty figure kan, hah aku still ada lagi collection Hello Kitty ni lagi tau sampai sekarang.


Tup-tup dengar plak, Samsung Mobile akan keluarkan handphone Hello Kitty (limited edition) lagilah syiok kan.

Dalam hati berfikir mesti comel sangat, siap aku google kat internet tengok cam ne rupa bentuk handphone Samsung GALAXY Y ni.


Ini lah rupanya Samsung GALAXY Y Hello Kitty ni.

Cantik wokeh, comel yang penting. Pinky gitu auchh girly sangat.

Ada plak launching untuk peminat tegar Hello Kitty ni kan, haruslah tak lepaskan peluang mestilah pergi punya.


Date : 1st December 2012

Time : 2.30pm – 7.00pm

Venue : GSC Pavillion, KL

Wei korang pun mesti terexcited sama cam aku kan, dah macam budak kecik plak aku rasa.

Nak dapatkan exclusive launch passes?

Boleh je dong. PERCUMA sahaja.

Just daftar kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps)

Isi apa yang patut, details korang lah. Then tekan butang SUBMIT.

Itu je, senang kan.


Bukan setakat dapat pi launching je malah ada activities untuk girly-girly macam kita ni. Ada fashion show, manicure, theme party, movie screening dan memacam lagi yang sesuai di lakukan bersama BFF korang tersayang lah.

Apa lagi moh cepat kita register kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps).

Hopefully dapat pas masuk ke Samsung launching nie ek.

Jomla korang ikut aku ek..



Sunday, October 9, 2011

Baru Lepas Tengok 'Real Steel' Movie

Hi Korang,

Aku baru je balik dah GSC Pavillion. Apa lagi tengok wayang free lagi lah kan.


Citer apa? Citer yang tengah hangat dan akan kuar next week tau, iaitu 'REAL STEEL'. Lakonan Hugh Jackman. Ermm memang awesome lah.


Thank you to Tune Talk dan Churp2 for this 'REAL STEEL' premiere screening nie.

Ok ok, nanti aku citer lagi. Nak rilek jap then nak upload gambo MasterChef Event semalam ek.


Monday, September 19, 2011

Premiere Screening Of 'The Kennedys' @ GSC Pavillion

Hi Korang,

Last week sempatlah aku pi tengok the premiere screening of The Kennedys ni kat GSC Pavillion. Di sebabkan premiere mini-series ni exclusive so tak ramai yang dapat invitation lah kan, hehehhe

special tiket, tengok siap ada logo History Channel lagi tau

'The Kennedys ini merupakan satu mini series epik sejarah presiden Amerika Syarikat iaitu Presiden Kennedy. Ditayangkan dalam 8 episod selama 1 jam dari 19th Sept hingga ke 22nd Sept, 9pm di  Astro History Channel 555.

Special guest okeh

Mari makan-makan

Dapat popcorn dan drinks lagi tau bila dalam panggung

Sebelum masuk panggung tu, ktorg di hidangkan dengan simple party cocktail. Apa lagi, makan lah kan. So sambil makan sambil borak2 kosong dengan Nuffies yang lelain tuh. Sempat jugak berkenalan dengan orang-orang beso Astro lah jugak kan.

Meh layan sinopsis citer nie dulu ek :



THE KENNEDYS, a major new four part series, uses public events as a background to tell the intimate story of this iconic family. It is about epic achievements and private failures, about loyalty and love, resentment and betrayal, about people imbued with great gifts and burdened by great flaws, about success of Biblical proportions and tragedy worthy of the Greeks.

Di antara dress yang dipakai Katie Holmes dalam The Kennedys ini

It is a story of family loyalty, of lives built on the deaths of siblings, and of sons bending to the will of their dominant father.


Disebabkan aku ni boleh lah dikatakan minat sejarah so sewajarnya aku tengok mini series ni kan. Lagi pulak bila lepas tengok premiere 2 episod yang pertama ni, terus aku teruja nak tau kesudahan 'The Kennedys' ni.

Special gift from History Channel

So korang yang kaki sejarah boleh lah menonton mini series drama 'The Kennedys' ni kan.


The Kennedys

19th September - 22nd September 2011

9pm

Astro History Channel 555

Jangan lupa tau...

Thursday, August 25, 2011

Rezeki Bulan Puasa, Blogger Belanja Tengok Wayang

Hi Korang,

Hari isnin hari tuh, ada blogger kaki makan kat hotel belanja aku tengok wayang. Memandangkan nak tunggu buka kat Enak KL tu awal lagi, so ktorg plan tengok wayang before that. So ktorg tengok citer yang di janjikan

Zookeeper

Sorry, aku malas nak translate ke Malay, korang bacalah nie ek

Griffin Kayes ( Kevin James ) may not appeal to young women but for the animals the zoo inhabitants Franklin Park Zoo, Griffin is a very considerate man. Therefore, when Griffin plans to resign, the animal was felt it was time they pay all the goodness of Griffin and help this man get what he expected.

Griffin felt that his job as caretaker zoo is the main cause why he never had a boyfriend. If Griffin wanted to get the woman he craved, the first step he should do is find a new job that much more 'good'. Unfortunately, this decision makes animal zoo residents feel uneasy.


The animal is not going to lose Griffin. They already regard Griffin as part of them. Because Griffin did the attention of these animals even though they did not feel constrained to live in a cage. Finally, the only way is to unload their secrets over the years. The animal could actually talk like human beings and it's time to teach them how to attract the opposite sex Griffin animal way.

Kalau tak paham, citer Zookeeper ni lebih kurang cam Night at Museum dan citer Zoo keluaran MIG yang Mazlan Pet Pet jadi hero tuh. 

Jalan citernya pasal haiwan-haiwan yang saling bantu membantu supaya keepernya tidak berhenti untuk bekerja kat situ coz keeper diorg ni sangat baik dan take care semua haiwan yang ada dalam zoo tuh. Yang best tu semua binatang dalam zoo nie boleh becakap dengan manusia. Totally hilarious sungguh, ada ke keeper boleh bawak gorilla pi makan kat TGI Friday. Best betul lah

Di sebabkan aku pi tengok bukan dengan Mr Big, so nampaknya aku lah yang kena bagi rating filem nie. Ermm oklah 3.5/5 sebab kelakar sangat. Rasanya dalam panggung tu aku yang gelak paling kuat kot di antara orang lain.

Anyway, TQ to food blogger tuh. Semoga rezekinya bertambah-tambah lagi hendaknya. 

Monday, April 18, 2011

Seronok Menonton Di Gold Class Pavilion KL

Hi Korang,
Ingat tak lagi entry pasal aku pi tengok wayang kat GSC Gold Class kan? ala dah lama kot tapi aku terlupa nak citer kat korang lah.



Actually aku dapat tiket gold class ni masa kat event Vaseline tahun lepas, so sebelum expired baiklah gunakan. Di sebabkan citer2 yang wayang gold class yang boleh ktorg tengok kan terhad so ktorg tengok lah citer Battle Invasion : Los Angeles tu kan. Walaupun citer tu aku dah tengok but kasi chance plak mr Big layan citer tu lah.




Lepas je book ticket eventho ticket free but seating kena pilih jugak kan. Ktorg terus di instruct ke Gold Class arena. Bila masuk je ada small lounge untuk ktorg lepak2 sebelum citer bermula. Tengah duk beborak tuh, ada waiter datang untuk amik order apa yang ktorg nak makan/minum kan. Bila tengok menu memacam ada even air mabuk2 pun ada tau. Ktorg order cam biasalah popcorn dan hot chocolate. Waiter tu cakap nanti diorg akan hantar dalam panggung. Wah hebat ni layanan istimewa.

 

Biasalah sebelum masuk panggung mesti nak pi shi-shi dulu kan, ishk tak tau plak shi-shi tu apa? Toilet lah buang segala yang patut. Maklumlah sejuk kan.Rupanya dalam panggung Gold Class ni, toilet pun exclusive. Tak caya korang tengok gambo yang aku attached ni. Very-very hygiene. Cover toilet seat tu diorg letak plastic, so once guna je tekan red button then plastic tu akan terus bertukar. Even toilet RM2 kat KLCC pun tak de cam tu tau.

 

Bila masuk dalam panggung Gold Class ni, aku cam jakun sekejap. Panggungnya kecil je but kerusi even tak banyak but besau2 tau. Ala cam kerusi urut yang Osim jual tuh. Tengok seat number then terus duduk. Wah comfortable abis lah. Empuk betul kerusi tu siap ada selimut lagi tau tak. Sementara nak tunggu wayang start, leka betul aku main kerusi tuh. Kejap turun kejap naik. Yelah kat umah tak de kan, so masa ni lah nak rasa. Betul tak?


So wayang pun start, lepas adjust kerusi then terus selimut. Layan citer ni sambil minum hot chocolate dengan popcorn. Memang kombinasi yang tak sesuai langsung tapi aku suka sebab hot chocolate tu dah bertukar jadi cold chocolate. Sound effect as usual memang terbaik dari ladang lah. Macam kat sebelah telinga aku je kan citer perang ni. Langsung tak de rasa nak tidurlah walaupun dah ada kerusi yang empuk dan selimut yang tebal tu kan.


Anyway pengalaman menonton wayang di panggung Gold Class ni memang sesangat menarik dan seronok lah. Pendek kata kita di layan macam raja lah. Yelah kalau nak keluar duit sendiri memang payah kan so bila dapat tiket free ni kita enjoy lah kan.

Hah itulah hasilnya berblogging. Walaupun aku ni jarang dapat B.E tapi bila dapat benda2 cam ni best jugak kan.

Monday, April 4, 2011

Suddenly I in Love with Justin Bieber

Hi Korang,

Sabtu malam lepas aku dapat invitation untuk menonton docu-film Justin Bieber 'Never Say Never' di GSC Pavillion KL.


Sampai2 je, penih dekat lobby wayang ni. Mana tak nya 5-6 hall untuk docu-film ni je. Majoriti young girls ni kan. Diorang ni yang suka Justin Bieber. Aku nie sebab dapat tiket free so pi lah tengok kan. Tak ramai nuffnanger yang dapat cuma aku, Zaid, Ruby, Tian Chad dan Dusty Hawk je yang datang. Lelain tu aku tak sure lah kan.


Actually 'Never Say Never' ini mengisahkan perjalanan dunia music Justin Bieber dari kecil hingga ke hari ini. Ala yang macam tribute to Michael Jackson tulah. Rupa-rupanya Justin Bieber ni memang dah talented dari kecik.

Korang bayangkan lah, umur dia 6-7 tahun camtu dah pandai main drum. Main guitar plak left handed. Tapi dia ni tetap tak lupa orang-orang yang sentiasa menyokong dia dari awal sampailah sekarang.


Di samping tu jugak, aku seronok tengok dia perform kat Madison Square Garden, New York dengan artis2 ternama seperti Usher, Boyz II Men, Miley Cyrus dan ramai lagi lah. Itu konsert dia yang terbesar sekali lah dalam hidup dia. Cuma orang2 yang ternama yang dapat perform kat situ.

Memang patutlah ramai bebudak sekolah minat gile dengan si Justin Bieber ni. Dahlah comel, cute dan baik plak tuh.

Korang pun patut tengok jugak tau citer ni. Banyak pengajaran yang boleh dapat dari citer ni.


Thursday, March 31, 2011

Jom Tengok Orang Buat Candy Kat Sticky, Pavillion

Hi Korang,

Pernah tengok tak cara pembuatan gula-gula or candy? Eleh mesti tak pernah kan. Kalau pernah pun, pernah makan je kan. Nak tipu aku konon. Pi rahh..


So hari tuh, masa pi tengok wayang tiket mahal tuh sempat jugak aku terpacak kat depan kedai ni. Tengok cam ne diorg ni buat gula2 warna-warni ni kan. Ermm nampak cam senang tapi berpeluh ketiak di buatnya lah.




Memula, masukkan benda basic iaitu gula yang dah di cairkan kedalam acuan yang dan di sediakan. Lepas dah ratakan, masukkan pewarna yang nak digunakan lah. Kemudia ratakan lagi. Biarkan sejuk sekejap kemudian asingkan ikut warna.



Gula-gula tu tadi diorg nie buat bentuk apa yang diorang suka. Sekarang ni diorg nak buat gula-gula perisa anggur. So kenalah buat bentuk anggur kan. Macam tak caya bila diorang buat tuh. Uli punya uli terus dan jadi bentuk anggur dalam gula-gula tuh.


Tengoklah peminat setia tuh. Bukan main kan. Mr Big siap nak meleleh air liur dia tengok gula-gula ni. Actually pelbagai rupa dan warna diorang ni boleh buat. Kalau korang pi kedai dia ni ishk boleh jatuh cintalah gamaknya.


So inilah hasilnya. Terus masuk ke mulut aku. Memang sedap rasanya manis sangat. Memang terbaik dari ladang lah. Ni diorg bagi rasa dulu sebelum packaging dibuat.

Kalau korang nak tengok lebih details cam ne diorg buat gula-gula ni, korang boleh pi tengok kat Sticky level bawah sekali yang ada food court tuh. Tak silap aku kedai dia sebaris dengan  J.CO Donut tu tau.

Kalau bawak bebudak mesti diaorg seronok lah.

Saturday, March 26, 2011

Lagi Mahal Tiket Wayang Kat Sini

Morning Korang,

Dah weekend kan. Best giler dapat cuti nie. Walhal aku kena keje hari ni tapi penatlah dan nasib baik ada orang tukang cover.

Malam tadi sempat jugak aku berjimba dengan mr Big ke Pavillion. Buat apa lagi, tengok wayanglah. Tak kisahlah citer apa-apa pun sebab majoriti aku dah tengok wayang2 tu semua.

So ktorg pun pilih citer nie World Invasion : Battle Los Angeles. Walaupun aku dah tengok citer tuh but dia belom tengok so bawak jugak lah.

Nak tau harga tiket berape? Meh tengok gambo nie.


Apa macam, mahal giler tak? Uisk aku pun tak sangka. Apasal mahal plak tiket wayang kat Pavilion ni ek.  

Hehehehheeh jangan terperanjat korang, sebenarnya ktorg tengok kat

GOLD CLASS

Semestinya mahal lah kan. Tengok harga tiket pun dah tau kan. Berbaloi tau tengok kat Gold Class nie, pendek kata sangat selesa dari kesemua segi. Yang best tu, toilet dia boleh berpusing.. Kagum2..

Nantilah aku citer kat korang lagi..


Selamat Berhujung Minggu Korang