Showing posts with label grill fish. Show all posts
Showing posts with label grill fish. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Ikan Bakar Bellamy

Hi Korang,

Sepanjang aku duk kat KL ni dah hampir 8 tahun, baru 2 kali je aku ke Ikan Bakar Bellamy kat Jalan Istana ni. Itu pun ada orang bawak.

Kalau tak, langsung tak tau uolls

Ramai orang cakap kat blog, kalau nak ke sini mesti awal or lepas kul 2pm coz time-time puncak  lunch hour ni memang pack gile. Dah nama pun time makan, haruslah penuh dengan manusia yang kelaparan.


Dah nama pun ikan bakar Bellamy, dah tentu-tentu order ikan bakar. Aku memang akan pilih ikan pari bakar yelah all time favourite. Lagipun sedap, rasa cam manis-manis gitu. Di tambah plak dengan sambal kicap yang tak berapa nak pedas dan tak berapa manis memang terus terbuka selera nak abiskan ikan ni.


Boleh gak pilih nasi campur atau ratah cam tu je. Aku letak lauk lemak putih taugeh, sambal cili sket dan juga cencaluk. Terbaek ooo


Inilah co-pilot aku merangkap tukan bayar harituh. Maklumlah orang baru balik dari site, duit allowance tu banyaklah kan. Berape sangatlah ikan bakar tu makan untuk 3 orang. Tapi sotong bakar mahal tau RM12 seekor, ermm tak delah besar sangat pun.


Inilah kedai yang ktorg makan hari tuh Gerai Seri Melaka. Nampak kedai ni je yang tak ramai orang berbanding dengan kedai sebelah yang nak duduk pun tak de meja, apatah lagi nak mengambil ikan bukan main panjang beratur sampai keluar-keluar kedai.


Ingat tau korang, nak datang ke Ikan bakar Bellamy ni mesti awal coz kalau tak susah nak dapat parking. Nasib ko tak baik kena parking jauh sebelum pintu istana lagi ek. 


Lagipun deretan kedai bukan kat tepi jalan Istana lama tu tau, korang kena masuk ada simpang kecil sebelum naik flyover ke DBP. Kalau dah miss kena buat 1 big round again. Rasanya itu je satu jalan je kot.


Jangan bimbang, tandas awam dekat je kat situ. So kalau ada hal emergency nak terkucil ke nak terber.. ke senang.

Nak senang, nah ni locationnya

Ikan Bakar Medan Jalan Bellamy, 
Bukit Petaling, 50480, Kuala Lumpur

GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686

Apo laie, moh pi makan lapo dah ni

Selamat makan korang !



Monday, June 20, 2011

Fathers Day Celebration @ Muara Ikan Bakar Alai, Melaka

Hi Korang,

Aku jarang celebrate Fathers Day ni sebab ayah aku tak suka potong2 kek ni. Memang sejak dari kecil ktorg 2 beradik tak pernah merasa ni semua. So budaya ini memanglah x diterapkan.


Di sebab family Mr Big berweekend kat Melaka ni, so diorg ajaklah parent aku pi makan kat Muara Ikan Bakar ni. Ayah aku kalau pasal bab makan memang tak tolak, janji jangan citer pasal celebrate Day2 ni. Dia tak suka.

Choices of Seafood


Tukang pilih makanan

Ktorg sampai before 7pm cam tu. Orang pun tak ramai lagi. So proses pilih2 apa nak makan ni aku serahkan kat mereka bertiga ni. Memang macam-macam pilihan yang ada. Dari sebesar2 ikan sampai ke sekecik2 lala.

Cara diorang masak

Sambil nak tunggu makanan siap so sembang2 kosong dirog ni semua. Aku? ermm lapo bedal je otak2 dan jeli kelapa yang ada atas meja tuh.

Ini baru sket je yang sampai

Ermm rasa sekejap tunggu, makanan pun sampai. So apalagi bedal tak ingatlah semua. Majoriti semuanya sedap2 di tambah lagi dengan nasi lemak yang baru je bungkus kan. Cuma pedas sket je. Ktorg makan ikan pari bakar cicah sambal kicap, siakap sweet sour, sotong tepung, kupang sambal, udang

Abis je makan, aku tengok semua meja dah penuh. Ramainya orang. Eventho dah tengah bulan but still kedai2 semuanya penuh. Murah rezeki peniaga kat sini kan dan nampaklah orang2 sekarang ni sentiasa ada duit tak kira tengah bulan ke akhir bulan ke awal bulan kan.

Itu je. Simple but nice. Tak yah nak makan kat hotel bagai.

All of us kecuali mr Big, si tukang amik gambo

Thanks to Gemok dan Siti Radz (panjang umur serta murah rezeki korang ek) yang sudi menaja seafood dinner ni kan dan thanks to mama yang beria-ria sangat ajak parents aku. Katakan sekali sekala belanja besan makan.

Tup-tup bertambah lemak aku kan...huhuhuhu but I like!