Showing posts with label gift voucher. Show all posts
Showing posts with label gift voucher. Show all posts

Monday, May 30, 2011

Best Join Flash Mob, Dapat Hadiah Pulak Lagi

Hi Korang,

Sabtu lepas aku dengan Mr Big sempat pi Sunway Piramid untuk join Flash Mob bagi Magical Musical yang akan di adakan bulan Jun nanti. Sebenarnya aku sesaje je register online untuk join flash mob ni tup tup dapat plak kan.

Masa ktorg sampai Sunway hari macam nak hujan so rasanya tak jadi kot flash mob nie. Keluar je parking je hujan bukan main lebat lagi turun. Berlari-lari ktorg pi kat tempat registration ni. Rupanya flash mob ni diorg buat kat dalam Sunway Piramid so dapatlah join kan.


Lepas makan terus je ktorg pi kat concourse LG1. Rupanya dah ramai yang tunggu. Alamak tempat kecik plak tuh. So ktorg pun cari2 ruang untuk joget lah nanti kan.


Then dengar ada marching band plak, ermm dah nak start lah kan. Tengah duk leka melayan marching band tu, flash mob tu pun start. Ermm totally best, sempoi je diorg dance. Dalam masa 3 minit memacam movement dance yang diorg buat ikut lagu seperti Hairspray, Glee dan memacam lagi lah.


Sebab duk leka tengok diorg joget2 nie, aku boleh terlupa nak join sekali. Bila dah abis baru aku teringat dah Mr Big duk gelak2kan aku kan. Ala x perlah nak buat cam ne kan. Mesti next time ada lagi punya lah.

Kemudian ktorg pi redeem gift yang diorg cakap masa registration. Bukak-bukan envelope rupanya ada :


Tiket untuk tengok Magical Musical pada 24th June

dan juga


Tiket masuk Sunway Lagoon all parks tau yang valid untuk 31st Dec dan juga sepasang jam dari Sunway Lagoon. Wah boleh lah pi bermandi-manda dengan Mr Big kan
Ermm macam tak percaya boleh dapat ni semua. Pegi suka-suka je but memacam dapat.
Apa-apa pun thank you to AMBP dan Sunway Lagoon for all these gift lah.

Tuesday, May 10, 2011

Di Sebalik Tabir 'Our Family Photoshoot'

Hi Korang,

Sekarang ni musim orang amik2 gambo, betul tak? Tka kiralah dalam studio ke kat luar umah ke semua cam suka kan. Yelah dapat menayang kamera DSLR yang canggih tu kan.


Eh ktorg pun sama gak lah kan, tak nak ketinggalan lah katakan. So baru2 ni my S.I.L beli voucher kat MilkADeal tu which is outdoor photoshoot. Not bad jugak harganya hampir 70% kurang lah dari harga asal. Lepas discuss2, ktorg suggest kat Putrajaya senang sket coz dekat je dengan umah.


So shooting untuk outdoor photography ktorg plan Sabtu lepas. Petang cam tu lah. Before that, ktorg berpesta make-up kat umah dulu. Yang sorang nak pakai bulu mata Rozita Che Wan, yang sorang lagi nak pipi flawless yang sorang lagi nak itu lah ini lah. Macam2 perangai kan janji cantik. Nasib baik my B.I.L tu ada experience dalam solek2 ni kan.

Sampai2 Taman Botani kat Putrajaya ni, ermm memang aku kagum. Maklumlah ni first time sampai kat sini. Ramai jugak orang petang2 berouting kat sini. Ada yang berjogging, berbasikal, jalan2, yang bercamwhore pun ada.


Photoshoot di jalankan dekat satu jambatan besi dalam Taman Botani ni, memang cantik tempat ni sejuk je mata memandang kan coz semuanya hijau. Our photographer is from DFC Channel which is Fitri & Diha. Baik mereka ni sentiasa sabar melayan kerenah ktorg sekeluarga.


So banyak jugak tempat yang ktorg amik dan memacam gaya posing yang timbul lah. Yelah jadi model gitu kan. Aku? mana reti beb, nasib baik bebudak2 ni ajar cam ne nak posing. hehehehehe kelakar betul lah.


Photoshoot selama 1 jam ni berakhir around 7pm cam tu. Bukan tak leh lelama cuma takut pak guard tu halau plak kan.

Anyway totally seronok berouting cam ni. Exercise dapat, gambo pun dapat malah can bring us closer to our family also.


Thank you to Dfchannel Photography as photographer ktorg tak lupa jugak kat En Radz yang sudi menaja make-up yang voggie the buzz ni dan yang paling penting orang yang sponsor photoshoot yang superb ni Cik Siti Radz.

We Love Korang + Mama Tau..

p/s : Once dah siap nanti aku tunjuk kat korang ek.. Tak sabo lah rasa nya..

Wednesday, January 12, 2011

Hidup Perlu Ada Rancangan

Hi Korang,

Sementara awal2 tahun nie, mesti banyak benda yang korang plan kan sepanjang tahun nie. Yelah mana nak pi shopping tiap2 bulan, mana nak pi bercuti, mana nak balik kampung, mana nak pi orang kahwin ermm memacam aktiviti kan.

Jadi korang tulis kat mana tarikh2 tu ek, ke korang ingat kat dalam otak je. Kalau korang boleh ingat semua tarikh2 penting tu memang superb lan, tabik aku dengan korang.


Aku? Ermm aku memang melayu mudah lupa. Maklumlah banyak sangat makan semut kot. Itu yang muda2 dah start jadi pelupa.

So solutionnya semua aku tulis kat sini.


Hah senang rasanya. If anything je aku boleh terus tulis dalam nie. Senang nak refer. Especially tarikh2 sedara-mara nak kawin kan. Maklumlah automatically tahun nie aku kena jadi one of wedding planner untuk sedara-mara aku. So nak tulis apa benda senang.Ye, aku banyak postponed percutian aku tahun lepas di sebabkan musim hujan so tahun nie kena plan awal jadi senang nak apply cuti.



 
So thank to Starbuck ek. Dapat jugak aku planner nie lepas bedal 14 glass of coffee tak termasuk paksa MrBig minum jugak dalam masa sebulan sepanjang bulan Disember tahun lepas.


Eh dapat voucher jugak lah diorg selitkan dalam planner nie.Bagus nie boleh meningkatkan lagi tahap obesiti aku yang semakin lama semakin tinggi. hehehehehe
 

Motif sebenar entry nie nak bagi korang jeles sebab aku ada planner Starbuck yang comel lagi bergaya nie.
So korang jeles tak?
 


huahuahuahuahuahu

Friday, November 26, 2010

Untuk Yang Tersayang

Hi Korang,

Nie sambungan citer semalam. Actually aku pi Starbucks tu pun ada sebab jugak. Selain nak minum Hazelnut Hot Chocolate aku jugak beli nie




Untuk someone tersayang. Eh, Bukan MrBig sorang je la. Ada ramai lagi jugak yang aku sayang tapi mrBig no satu lah kan.


Actually untuk sister in law aku.

Dengan ucapan :


Happy Birthday to Cik Siti Radz May all you wishes come true. Ktorg mendoakan yang terbaik untuk awak je tau.. We love u..

Sorry tak dapat join birthday dinner malam nie coz ada keje sket nak kena settle. Please redeem your gift kat Along ek.



p/s: Keje sket? Ada kene review 'Peter Pan The Musical' lah.