Showing posts with label garnier white sakura. Show all posts
Showing posts with label garnier white sakura. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Best Pakai GARNIER Sakura White Mask Ni


Hi Korang,

Memalam lepas siap makan, kemas dapur semua bagaikan teringat plak nak cuba guna GARNIER Sakura White Mask ni. 

Yelah seharian kulit muka berlemuih dengan peluh, kotoran degil, kulit berminyak lagi, so nak la jugak manjakan diri sket walaupun tak sempat nak je Anjung Jelita Spa. Ermm bilalah nak ke sana ek, mesti makcik tukang urut tuh suka kalau aku datang coz dia bertegang urat mengurut aku hehehehehe

Aku dapat mask ni dari media launch GARNIER Sakura White ni, lama gak lah.


Inilah mask nya, Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract. Alah murah je RM9.90 sekeping. 

Yang best tu, kalau korang pakai the whole set rangkaian Sakura White ni, possibility nak dapatkan muka ala-ala pinkish tu ada tau. Itu kajian yang diorang dah buat. 

Nak pakai mask?

apsal cam alien je muka aku ni, ishkk

Ermm senang je, bukak je paper mask tu then letak kat muka. Kemudian baring sambil tengok TV. Tapi janganlah lama sangat, cuma dalam 20-25 minit je. Lepas tu tanggalkan, muka tak yah basuh pun tak pe. Biar essence water tu melekat kat muka. 

Tengok lah esok pagi, mesti kulit muka rasa cam segar je.

Seminggu bolehlah 2 kali pakai mask, tapi kalau mask korang banyak cam aku kan pakai jelah tiap-tiap malam. hehehehe

Kat Watson, Guardian ada jual mask ni.

Kalau guna sekali je, belum tentu muka jadi pinkish kan. Haruslah guna lama sket..










Thursday, September 26, 2013

Garnier SAKURA WHITE Media Launch

Hi Korang,

Kalau korang kaki tengok citer Jepun, mesti perasan pelakon pompuan diorang lawa-lawa kan. Dah la lawa, kulit flawless plak tu di tambah lagi dengan ke'pink'an sket kat pipi diorang. Betul kan.


Tup-tup masa event Garnier hari tuh, diorang memperkenal range terbaru Garnier ni SAKURA WHITE. Eh, baru je aku duk fikir pasal pipi nak kaler pink terus je dah ada produk keluar kat market. Ermm Impress sekejap.



Event ni di adakan kat Starhill Gallery's Culinary Studio. Curlass ko tempat. Sebelum event start sempat gak aku ke Sephora redeem birthday gift aku hari tuh.



Cam biasa registration dulu, then ada pre-cocktail. Diorang serve japanese food, wow my favourite. Berlumba-lumba makan dengan AfraYuri, maklumlah ktorang je blogger yang datang. 



Sempat gak berposing bagai dengan gadis sakura. Putih betul orangnya.


Garnier White Sakura ni di ilhamkan daripada bunga Sakura Jepun yang cantik cuma hanya berkembang mekar 7 hari setahun. bunga sakura yang sangat menarik dan cantik kerana nada merah jambu yang halus yang menunjukkan kualiti yang lembut serta penampilan yang berseri. Kualiti ini, kelembutan, kelembutan, seri juga boleh digunakan untuk menggambarkan kulit yang wanita mahu.


Rupanya ada satu bahan dalam Garnier White Sakura yang boleh menjadikan warna kulit muka seakan-akan 'pink' iaitu extract bunga Sakura lah.


Dengan bahan yang unik dan vitamin B3 digabungkan pada Garnier White Sakura, produk ini mempunyai keberkesanan yang mendalam dan secara perlahan menyuburkan kulit dan mengurangkan liang-liang pori untuk mendedahkan nada merah jambu dan berseri. Ia juga membantu untuk mengurangkan sintesis melanin, melawan kulit gelap, memperbaiki tekstur kulit dan keselesaan.


Untuk Garnier White Sakura range ni ada 3 bahan penjagaan kulit muka


Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF 21/PA+++ (RM24.90 for 50ml)



Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam
(RM6.90 for 50ml dan RM12.90 for 100ml)


Sakura White Pinkish Radiance Intensive Whitening Mask with Sakura Extract (RM9.90 per pc)


Abis je media launch ktorang ke section lain dalam Culinary Studio ni dan hari tuh ktorang belajar buat Sakura sushi dengan Chef Tommy Kuan.



Aku partner dengan Afra la. Bersungguh-sungguh ni memasing menunjuk bakat setelah Chef Tommy tunjukkan demo tadi. 




Hah ko bersilat sekejap, payah gak nak kepal nasi sushi ni kena sekuat mungkin.



Tada.. jadilah Sakura Sushi ktorang. Tengoklah saiz, ikut orang yang membuatnya lah.


Terima kasih pada Connie dan Garnier team coz sudi ajak aku ke event ni. Sambil belajar macam mana nak pink kan kulit muka dan gak belajar buat sushi kan.

Nanti bila aku dah cuba Garnier White Sakura ni, aku citer kat korang ek.