Showing posts with label gambar nora ariffin bertudung. Show all posts
Showing posts with label gambar nora ariffin bertudung. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

AVON Anew Ultimate Media Launch @ TANZINI Restaurant, G-TOWER KL

Hi Korang,


Lama gak tak ke event AVON ni, last sekali tahun lepas. Itu pun beauty workshop, sangatlah bestnya.


Di sebabkan food blogger Hazman cuti hari tuh, so aku ajak dia sekali pi sebagai photographer aku. Kononnya lah, tapi sampai sana tak amik gambar pun coz dah ade official photographer kan.


ewah kemain lagi ek ko,hazman kan hehehhe

Masa ktorang sampai tu orang belum ramai sampai lagi, so apa lagi teruslah bergambar kat photobooth yang ada tuh. Hah amik ko kemain banyak lagi gambo ek.



So kali ni AVON memperkenalkan Anew Ultimate, rangkaian produk yang menggabungkan kemewahan dan keberkesanan anti-penuaan yang terunggul. Avon menampilkan Kompleks Celluvive, teknologi eksklusif Avon, buat pertama kali ke dalam pasaran jagaan kulit anti-penuaan. Kompleks ini diformulasi dengan pohon Tiliacora iaitu sejenis tumbuhan Asia yang terkenal sebagai ramuan yang menggalakkan proses peremajaan sel kulit dengan membersihkan kerosakan terkumpul kulit.


Penuaan pasti akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Gegaris akan terbentuk, keanjalan kulit akan berkurangan dan kondisi kulit akan berubah pabila usia semakin meningkat. Jagaan kulit yang berhasil untuk anda ketika usia 20-an tidak semestinya akan kekal berhasil apabila usia anda menginjak 30-an atau 40-an. Avon memahami keperluan jagaan kulit terbaik untuk anda dalam setiap fasa kehidupan, sekaligus menyemarakkan inspirasi dalam penghasilan teknologi terkini ini yang pasti akan memulih tanda penuaan dan kehidupanmu. 

Dengan menggunakan Anew Ultimate, korang boleh memutar usia kulit dengan dramatik, bermula dengan merawat 10 kesan penuaan ketara dalam masa hanya 10 hari!


Saksikan 10 KUASA TERUNGGUL:

1. Memulih penampilan kedutan
2. Menyekata tona kulit
3. Memperbaiki tekstur kulit
4. Kulit kelihatan lebih teranjak
5. Kulit kelihatan lebih anjal
6. Menyeri kulit
7. Mengurang penampilan gegaris halus
8. Melembap kulit
9. Meningkat daya tahan
10. Mengurang capuk jeragat


Bercakap di majlis pelancaran, Aspalin Sirat, Ketua Pemasaran Avon Malaysia berkata, “Nora Ariffin merupakan contoh terbaik wanita Malaysia masa kini yang berkerjaya, sibuk sepanjang hari dengan tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, namun masih memastikan penampilan kekal terjaga dan menawan setiap hari. Nora secocok dengan profil rangkaian ini dan kami percaya beliau adalah jurucakap ideal untuk rangkaian jagaan kulit Anew Ultimate.”



“Saya telah menemui jagaan kulit terunggul yang menepati keperluan usia dan gaya hidup saya sebagai seorang ibu dan juga wanita berkerjaya. Setiap wanita berhak mendapat jagaan kulit yang menampilkan yang terbaik dalam diri mereka,” ujar Nora Ariffin di majlis pelancaran.



Tengok sempat Nora mendendangkan beberapa lagu untuk ktorang tau. Lemak merdu suaranya, sama je cam dulu-dulu

Sambil-sambil beramas mesra dengan Nora, ktorang dihidangkan dengan set minum petang ala english. Wah kemain semua makan tak henggat kan






Memacam ada, memang membuka selera sungguh.


Di antara rangkaian Anew Ultimate yang terbaru adalah:

1) Multi-Performance Day Cream SPF 25 50ml
2) Multi-Performance Night Cream 50ml
3) Multi-Performance Eye System 15g.

Di antara kesan-kesan lepas menggunakan produk Anew Ultimate ni:-

SERTA-MERTA: 
Kulit lebih lembap dan tampak lebih berseri
DALAM 2 MINGGU: 
Penampilan kedutan ketara berkurangan
DALAM 4 MINGGU: 
Mengembalikan keanjalan dan keremajaan kulit

Nampak? Best kan


Rangkaian Anew Ultimate boleh didapati di Butik Kecantikan Avon bermula Mac 2015. Dapatkannya dengan menghubungi Wakil Avon korang atau melawati Butik Kecantikan Avon terdekat. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1-800-22-AVON (2866) atau layari laman web rasmi Avon di http://www.my.avon.com

Of courselah akan aku hadiahkan produk ni pada mak aku yang tercinta biar bertambah cantik lagi kan.