Hi Korang,
Aktiviti geng Alza kali ni ke Cameron Highlands
kumpul dulu ek, tepek sticker
Rasanya lama betul tak ke sini, agak-agak ada 4 tahun lepas family day ktorang kat rumah peranginan DBKL tuh. Bila Mr Big cakap geng MAOC Alza ni anjuran Bangi Crew ni nak ke sana, haruslah lompat-lompat katak kan.
Segala urusan aku tak ambil tahu pun coz semuanya Mr Big buat. Aku cuma packing barang untuk 2 hari 1 malam tu je.
sebelum sampai Tapah
Sabtu pagi tuh, kul 6 pagi ktorang dah standby kat tempat biasa depan UNITEN ni. Kira-kira 60 biji kereta Alza untuk konvoi kali ni. Ktorang yang pakai handy ni seronoklah coz boleh dengar perbualan bebudak yang jaga konvoi ni kan.
Biasalah jalan tak jem naik ke atas coz kitaorang ikut Jalan Tapah, ermm mencabar tapi seronoklah kan.
Sampai kat area Tanah Rata kul 12 tghari cam tuh. Tak berapa sejuk sangat lagi but berangin je lah. Gather semua sekali untuk pembahagian bilik. Ktorang tak kisah memana pun janji boleh tidur dan happy dan dapat shopping.
ok beratur dulu ek
Ktorang di tempatkan di Neeza Chalet kat area Kampung Taman Sedia, area Tanah Rata gak.
Ya ampun dekat dengan ladang strawberry, jalan kaki je dah sampai. Bukan 1 ladang strawberry tapi lebih dari 5 tempat dekat dengan chalet ktorang ni. Haruslah seronok kan.
bawah chalet je kedai makan ni
sate tulang Jelebu
sejuk+lapo =sate tulang jelebu la sedappp
Lepas pekena nasi ayam percik dan sate tulang Jelebu kat depan chalet ni, terus masuk bilik dulu. Kengkononnya nak rehat sekejap sebelum jalan-jalan ke Brinchang dan Kea Farm ermm sudahnya tertidur terus. Yelah dah kenyang, sejuk plak tuh apa lagi lena di ulit intan lah kan.
Dah kul 6 petang cam tu, baru ktorang keluar dari bilik. Dapatlah jejalan sket area Tanah Rata dan Brinchang ni, tapi hujan renyai tak syiok jalan. Sudahnya pekena kopi je kat Tanah Rata. Settle petang tuh, acara minum kopi di tanah tinggi kan.
Malam plak, of course ada BBQ dan Karaoke.
Tapi gambo BBQ kat computer mr Big plak, ishkk mencikkk
Time nilah nak get together dengan team members yang lelain. Kali ni kira aku dah ada geng sket lah, coz dah 2-3 jumpa so dah mula boleh beramah mesra. Lagi pun diorang kena bebaik dengan aku, kalau tak abis semua gambar tak de kan hehehehhehe acah jelah.
Abis event dalam kul 1 pagi cam tuh.
Balik bilik bantai tidur lagi sebab sejuk dan tak de apa nak buat kan.
cantiknya bunga daisy, nak beli cam membazir plak kan
muka tak mandi lagi ni tau
Esoknya, pepagi dah bangun coz pagi ni lah nak berjalan shopping coz acktiviti bebas sebelum check out. Ktorang merayau satu Cameron ni. Semua tempat singgah kecuali ladang Teh Boh Sg Palas, ermm tak dapat nak minum-minum teh sambil cicah scones kan. Nyesal jugak lah..
Lepas check out berkumpul balik tempat yang semalamnya.
Kat sini lah, nak amik gambar lah. Nak camwhore lah, nak last minute shopping semua kat sini lah. Sebelum ktorang balik tuh, wakil MAOC dari Cameron ajak ke taman MARDI sebab dia kerja kat situ so boleh la adjust masuk free.
lead car dengan last car, sampai glove pun tak bukak lagi ni
makan ais krim strawberry ek
tengok gambo tomato pun nak amik, bini suruh ni kan
melayan kerenah orang bujang
melayan kerenah orang sedang bercinta plak
Hah, jejalan reramai kat sana. Melayan kerenah anak-anak, kerenah orang bercinta, kerenah orang bujang, kerenah laki bini kan, its really fun
Sebenarnya ada lagi sambungan trip untuk kali ni tapi ktorang berdua tak dapat nak join ke Sungai Klah tu coz dah petang sangat. Lagipun DakUban ni buat perangai plak, kata jiran aku so nak tak nak kena balik awal jugak lah.
Nanti aku akan sambung tulis pasal pasar malam Brinchang, KEA Farm, Cactus Point dan Taman Pertanian MARDI ek. Nanti lah…
Anyway, memang ikut konvoi Alza ni sangat best.
Sebab apa best?
Korang yang ada keta Alza tuh aku suggest baiklah join kan. Selain daripada bergembira dapat jugak buat aktiviti kemasyarakatan di samping dapat buat networking lagi. Eh penting ni semua untuk aku tau.