Hi Korang,
Siapa suka bunga?
Meh cepat angkat tangan lelaju ek...
Aku pun suker bunga sebab tu lah nick name aku Cik Lily Putih sebab aku suke lily putih, harum wei baunya bila time ianya nak mengembangkan tu kan hehehhee
Hari ni aku nak
cerita sikit pasal bunga.
Bunga biasanya diberikan kepada orang yang kita
sayang. Mungkin bunga juga adalah hadiah yang paling popular di dunia, sama ada
sekuntum bunga atau sejambak, ia pasti memberi makna kepada penerima. Bunga ni
memang secara semulajadi cantik dan memikat hati sebab tu bunga mampu dijadikan
medium untuk menyampaikan pelbagai mesej kepada orang-orang yang kite sayang.
Kite boleh jadikan bunga sebagai simbol kasih, cinta, friendship, tanda minta
maaf, tanda simpati dan juga hiasan untuk majlis-majlis tertentu.
Aku rasa bunga
ni memang versatile la.
Sebab tu sesuai sangat dijadikan sebagai hadiah kepada
kekasih, hadiah birthday, hadiah pada ibu on mother’s day, hadiah opening
ceremony untuk kedai-kedai, hadiah graduation dan pengantin perempuan mesti nak
ada hand bouquet wedding samada fresh flowers atau bunga plastik. Anyway
korang kena tahu, setiap ciri-ciri atau jenis bunga ada maksudnya. Contohnya
ros merah memang sinonim untuk menyampaikan rasa cinta pada kekasih hati, ros
kuning untuk menghargai persahabatan dan carnation putih lambang cinta yang
suci murni. Tetapi bergantung juga pada warna kegemaran pasangan korang. Maybe
pasangan korang sukakan warna-warna yang rare macam dark purple atau biru.
Bonus bagi korang untuk tahu warna kegemaran dalam pemilihan bunga untuk dihadiahkan.
Untuk Mother’s
Day yang akan datang, kalau korang takde idea nak bagi ape, maybe boleh bagi
basket of flowers dengan coklat or buah-buahan. Nak bagi bunga saja pun boleh.
Selalu mak-mak kite tak harap apa-apa sangat dari kita, tapi kalau kite bagi
diaorg bunga sebagai penghargaan kasih dan sayang, mesti diaorg suka.
Nak cari bunga fresh senang je sekarang. Samada kite cari dekat kedai-kedai
bunga yang ada di tepi jalan atau dalam mall, atau google je subang
jaya florist. Kalau rasa malas nak keluar, cari je flower
delivery kuala lumpur. Pilih dan beli online, kemudian kite tunggu je diaorang deliver. Dalam
banyak-banyak florist, Bloom2u yang boleh hantar nationwide. Tak payah susah-susah dah aku
nak cari ikut negeri orang yang aku nak hantar bunga tu.
Sapa-sapa yang nak hadiah free untuk bagi pada
mak or nakkan bunga tu jadi hiasan atas meja, Bloom2u tengah adakan peraduan
Mom & Me Lookalike Photo Contest. Senang je nak join.
Post gambar korang
dekat Facebook
Bloom2u dan ajak kawan-kawan untuk like, share atau komen gambar tu. Lagi
banyak like, share dan komen, lagi banyak point yang korang dapat lagi cerah
peluang korang nak menang hadiah bunga bernilai RM200. Nak tau lebih lanjut,
pegi kat website www.bloom2u.com.