Showing posts with label fastfood restaurant. Show all posts
Showing posts with label fastfood restaurant. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Jom Makan Pizza Pan Baru Dari Pizza Hut – Kepuasan Di Jamin Katanya

Hi Korang,

Ini merupanya kali kedua aku dapat jemputan ke food review anjuran Pizza Hut Malaysia ni. Wah makan lagi, kali ni pi sorang je sebab Mr Big ada meeting plak.


Jawabnya aku heret food blogger mahamahu sekali jadi sparring partner aku untuk makan pizza ni.



Ramai jugak bloggers dan media yang hadir, nasib baik semuanya kenal jadi takdelah rasa segan sangat kan. Aku semeja dengan mereka yang gila-gila seperti blogger food blogger melayu, Madi, Penaberkala, anak gajah, AyueJean dan ruby.my sekeluarga. So boleh bayangkan betapa riuhnya meja ktorang kan.

Pizza Hut kini memberi jaminan bahawa Piza Pan akan disediakan secara segar, dengan menggunakan ramuan serta bahan-bahan terbaik dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan piza yang enak dan lazat. Piza Pan baru ini juga didatangkan dengan jaminan kepuasan dan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa serta kualitinya, pihak Pizza Hut dengan berbesar hati akan menggantikannya dengan piza yang baru secara percuma.

Majlis dirasmikan oleh Mr Low Kang Moon, Senior General Manager, Pizza Hut Malaysia


"Sebagai jenama yang sentiasa seiring dengan perkembangan semasa, kami perlu sentiasa memperkenalkan piza baru yang sesuai dengan selera dan citarasa pelanggan kami. Oleh itu kami telah mengambil keputusan untuk memperbaharui komitmen kepada para pelanggan yang kami hargai dengan mempertingkatkan mutu Piza Pan kami supaya rasanya lebih enak, dengan penambahan toppingyang lebih banyak serta segar," kata Low Kang Moon, Pengurus Besar Kanan, Pizza Hut Malaysia.

"Pengamatan melalui pengalaman piza yang berbeza telah memberi inspirasi kepada pasukan R&D kami untuk mencipta resepi-resepi baru yang pelbagai. Dengan komitmen untuk menjadikan Piza Pan kami lebih lazat serta menyelerakan, kami telah menitik beratkan kesegaran kerak piza, menyempurnakan gabungan bahan-bahan segar seperti tomato, herba, rempah ratus dan minyak zaitun bagi menghasilkan sos piza yang lebih bermutu, topping yang lebih bervariasi, segar serta sihat dalam setiap hidangan piza kami," katanya

Ok apa lagi, mari kita mencuba ek

Ktorang boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk Super Supreme yang begitu popular dengan ramai peminat setia Pizza Hut.


Meat Lover's Pesto

Pesto Chicken

BBQ Chicken

Tiga jenis piza baru turut diperkenalkan dalam menu baru ini iaitu Meat Lover's Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken.

Selain dari Piza Pan baru yang telah ditambah kelazatannya, Pizza Hut juga turut memperkenalkan 18 jenis menu baru yang merangkumi pelbagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman juga pencuci mulut.

Untuk pasta pula, ada pilihan hidangan seperti




Aku rasa kesemua sekali tapi bukan sepinggan pun, secubit demi secubit je. Not bad jugak. Cheezy dan lemak berkrim kesemuanya.

Bagi hidangan nasi dan pembuka selera, Pizza Hut menghidangkan

BBQ Wings

Chicken and Cheese Baked Rice

Flaming Prawn Rice

Creamy Foundue

Hut's Platter

Chicken and Cheese Roll

Cinnamon Twist

Sharing Platter

Menarik. 

Ada yang sedap dan ada yang biasa-biasa saje rasanya sebab ianya merupakan hidangan yang sudah pernah ada dalam menu. Maybe atas permintaan ramai kot menu ni keluar balik.

Molten Lava Cake

signature drinks

Selaras dengan promosi baru ini, satu peraduan akan diadakan dari 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014, yang menawarkan hadiah menarik seperti wang tunai harian sebanyak RM1,000.00 dan hadiah utama yang merupakan wang tunai bernilai RM 10,000.00. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM30.00 (satu penyertaan bagi setiap resit) yang termasuk produk Piza Pan. Peserta dikehendaki menghantar penyertaan mereka melalui WhatsApp (menggunakan telefon bimbit) atau melalui pos biasa.

Bagi menghangatkan lagi promosi ini, Pizza Hut juga akan mengedarkan lebih daripada 33,000 keping piza percuma (100 keping piza di setiap restoran) pada 14 Ogos, 2014 bermula dari jam 12 sehingga pukul 12:30 tengahari. Pastikan anda tidak ketinggalan dan bersiap sedialah di restoran Pizza Hut yang berdekatan bagi menikmati keenakan piza percuma ini!

dapat hadiah menang instagram contest masa tuh

Sempena promosi ni, satu contest mudah untuk pelanggan Pizza Hut bermula 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014. Hadiah lumayan menanti korang yang bertuah iaitu wang tunai sebanyak RM1000 dan hadiah utama bernialai RM10,000.

Apa tunggu lagi? 

Hanya perlu buat pembelian minimum RM30 mesti termasuk Pan Pizza (satu penyertaan bagi satu resit) dan hantar penyertaan melalui WhatsApp atau pos biasa. Jom, cuba dan menang. Semoga berjaya!

Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia

Pizza Hut hanya di hujung jari anda!

Delivery
1 300 88 2525

Facebook


Twitter


Instagram