Showing posts with label famous malay food blogger. Show all posts
Showing posts with label famous malay food blogger. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Beraya Di Nandos Sunway Putra Mall Bersama #BloggerKakiMakan

Hi Korang,

Raya-raya pun sibuk nak pi makan ayam lagi kan.

nampak Shakiddo menyelit kat belakang kan..

Eh ayam Nandos tuh, mana boleh jemu wei hehehehehhehe

menunggu diorang ni sampai sempat aku shopping beg laptop kan

kali ni sohoque banjer plak huahauhau

Ktorang dengan bebudak #BloggerKakiMakan ke outlet Nandos di Sunway Putra Mall, alah berhadapan dengan PWTC tuh. Dulu shopping tu nama The Mall, sekarang dah tukar lah maybe management baru kan. Senang nau nak pi, ikut sign PWTC so sampailah kat shopping mall ni.


Outlet yang baru ni terletak di level Ground Floor, turun je daripada ecsalator bahagian tengah tuh, tinjau ke kiri nampaklah restoran Nandos ni.






Not bad juga deco restoran ni, kemain unik lagi. Kira macam esklusif gituh. Tengok ni

Kan! cantik kan!

menu kecik yang ada semua gambar menu makanan kan

soft drinks, free refill ek

Sebab hari tuh ktorang dah cuba makan Ramadan Platter, now tukar selera lah sket. So memasing pun ikut tekak memasing time mengorder makanan. Yang best tuh, nama makanan kan ala-ala latin sket so blur-blur nasib baik adik waitress tuh tunjukkan gambar so barulah senang nak order.

Chicken Soup - roti macam butterfly kan

Grilled Chicken Wrap dengan 2 side dish

Angry Mango Wrap with 1 side dish

Espetada Carnival with 2 side dish

Grilled Chicken Burger with 2 side dish

Butterfly Burger with 1 side dish

Chicken Wings with 2 side dish

Grilled Chicken Cataplana



Tengoklah sekali makanan sampai, rasa cam juling bijik mata tak tau nak makan mane satu. Hehehehhe

semua sos mesti kena ada kan


Bila time makan tuh, kemain senyap memasing makan. Begitu tekun sekali tanpa pandang kiri kanan huahauhau. Dah kenyang tuh, barulah memasing buka mulut balik sambung bercakap.

sebelum makan, mesti kena amik gambo dulu huahauhau

Korang kalau tup-tup terpacul kat area PWTC ni then tak tau nak makan apa, mai la singgah ke sini ek.

Restoran Nando's
Lot LG 24, Sunway Putra Mall, 
Kuala Lumpur

Phone:03-4050 1852
Hours: 10:00 am – 10:00 pm

Just check it out di nandos.com.my untuk keterangan lanjut ek.

Wednesday, June 17, 2015

Merasai Buffet Ramadhan di NANDO'S Alamanda Putrajaya

Hi Korang,

Dah dekat nak puasa ni, lagi banyak invitation untuk buffet ramadhan 2015 aku dapat. 


Rasa cam pening-pening jugak mana satu nak pi, yelah sekali dalam email satu hari sampai 3 tempat. Sakit jugak nak arrange jadual ek. 

Semestinya aku akan pergi dengan bebudak geng #BloggerKakiMakan. Cam biasa ada food blogger Hazman, blogger kaki masak Madi, blogger #projek2015 Shakiddo dan blogger unit trust explorasa jugak.

Sebab apa ke Nando's Alamanda pulak kan?






La bukan apa, sebab Nando's yang dulu terletak di tingkat atas di shopping mall Alamanda ni. Sekarang ni diorang dah pilih pulak di tingkat bawah bersebelahan dengan panggung wayang GSC tuh, kira sementara nak tunggu tengok wayang tu bolehla pi singgah makan kat sini. Lagipun restoran Nando's yang baru ni lebih cantik dan lebih luas so ramai boleh makan sekali dalam satu masa. 


Untuk bulan puasa ni, Nando's telah pun menyediakan 'Ramadan Platter' untuk 2 orang yang mengandungi

2 x 1/4 Chicken with 2 sides

1 x Large PERI Chips

2 x Bottomless soft drinks

2 x Orange Bolo Cake

pada harga RM59.00 dan bila di tambah dengan GST jadi RM62.54

Bagi aku not bad jugak tuh.




Ada ayam, ada 2 pilihan sides dish macam coleslaw ke french fries ke, vegie salad ke dan nasi jugaklah. Soft drinks boleh tambah berapa kali yang korang nak dan pencuci mulut orange bolo cake yang sedap di makan sejuk-sejuk.

Lepas tu kalau korang nak ADD-ON order untuk dessert pun ada pilihan seperti

Caramel Cheesecake 
(RM9.90 with GST RM10.49)

Lighten Up Chocolate Cake 
(RM9.90 with GST RM10.49)


Chocolate Mud Pie with Ice Cream 
(RM13.90 with GST RM14.73)

Haruslah ktorang berlapan makan dengan bersungguh-sungguhnya. Masa sebelum makanan sampai bukan main bising lagi, lepas makanan sampai ermm semuanya senyap tak terkata. Nak enjoy the food katanya kan. hehehehhe


Korang pun kalau dah teringin benau sampai terkeluar air liuq baca post aku ni, so cer-cepatlah ke restorang Nando's berdekatan dengan korang. Alah ada banyak outlet sebenarnya merata Malaysia ni. Just check it out di nandos.com.my untuk keterangan lanjut ek.

Dah-dah lap air liur tu ek.. menjejes dah tuhhh




Wednesday, November 26, 2014

Pizza Hut ‘JAM-PACKED’ Party Blogger Party

Hi Korang,


Yeah makan Pizza plak.


Last week memang penuh acara makan-makan aku dengan bebudak geng kaki makan.

Kali ini, Pizza Hut adakan party di Maju Junction outlet KL. Hah ko nasib baik boleh sampai on time dari preview drama Seludup hari tuh.


Di sebabkan yang datang ni semua, geng-geng kaki makan yang biasa so haruslah riuh sekampung dibuatnya restaurant tuh. Masuk-masuk je terus berselfie bagai sebab ktorang di berikan monopod as door gift. Seronok sungguh memasing berselfie kan.

Ok dah event start dah ni.



En. Yusof Ishak selaku wakil dari Pizza Hut Malaysia memberikan sepatah dua kata ye. Comey gak En Yusof ni ek hehehhehe



Sementara tunggu Pizza Jam-Packed ni siap, ktorang dihidangkan dulu dengan simple games dari Pizza Hut. Alah ada 2 je game pun iaitu ‘Wefie Jam-Packed’ dan ‘Twitter Jam-Packed’. Hah kemain memasing berselfie/wefie dengan pizza jam-packed yang terbaru ni.


Yelah apa tagline untuk pizza terbaru ni “Piza dua lapisan, keju 3 rasa, dan inti berganda” adalah ungkapan yang jelas menggambarkan piza terbaru daripada Pizza Hut, menawarkan pelbagai cetusan rasa hebat dalam satu piza!

Ok ok its makan time,


Inilah dia ‘Jam-Packed’ Pizza, menu terbaru dari Pizza Hut

Sesuai dengan namanya, piza Jam-packed, padat dengan segala rasa yang anda inginkan, seperti sos, inti dan juga keju 3 rasa, memberikan anda dua kali kenikmatan dalam setiap gigitan!



Piza Jam-packed baharu ini adalah dua lapisan inti disusun bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama kepingan pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat. Pizza lapisan bawah melengkapi piza lapisan atas dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar lain yang sememangnya menyelerakan. Kehebatan piza ini terletak pada kepadatannya dengan pelbagai rasa yang pastinya menawan setiap selera.

ishk diorang ni memang kaki makan sungguh tau

makan lagi

nuar, ko dah kenape ek? nak buat urut cakar harimau ke

Hahahahah tengoklah diorang ni, bila dapat makan pizza ni kan. Terus berganda-ganda sedapannya.




Piza Jam-Packed boleh didapati secara makan di restoran, bawa pulang atau khidmat penghantaran. Dengan tambahan hanya RM6.00, anda boleh menikmati piza Jam-Packed ini melalui kombo Huts Delight Meal, Big Double Box dan Big Variety Box.

Apa lagi jom ke Pizza Hut la ek..