Hi Korang,
Sebenar aku saje je tahan hati supaya tak ke mari.
Tapi naluri nak check out buku-buku untuk tahun ni ternyata kuat dan di tambah lagi boss yang tak de kat office so tengahari semalam time lunch cabut jugak ke mari ek. Nasib baik dekat je 10 minit dah sampai ke MIECC. Parking dengan MINES shopping Fair je, lagi senang.
Tahun ni aku dah berazam tak nak beli buku bebanyak pun especially buku masak.
Bukan apa, beli buku masak tapi belum tentu masak lagi pun kan.
Penat jugak berjalan satu dewan ni kan, stroll slowly sambil tengok-tengok buku yang ada kan.
cam best je buku ni
hah nak kurus, beli buku ni
novel melayu sangat banyak giler
buku kanak-kanak mesti best
famous buku, mana-mana ceruk ada je buku ni.
Mr Big sila beli buku ni ek
comey kan buku ni
Sudahnya dapatlah beli buku 4-5 jenis kan.
Jumpa plak blogger pinkymomma, dia pun shopping buku untuk anak-anaknya. Datang lagi awal daripada aku ek
Korang kalau nak ke sini boleh datang lagi sebab Big Bang Wolf 2014 akan berakhir 16 December 2014. Bila-bila nak datang pun boleh sebab expo buku ni buka 24jam. Kalau kata tak boleh tidur ke kan, mehlah datang ke mari ek. Makan semua so jangan bimbanglah.