Showing posts with label exercise. Show all posts
Showing posts with label exercise. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

SHILLS Workout + Beauty Workshop

Hi Korang,

Citer 2 minggu lepas.

Actually tak plan pun nak ke event ni, tup-tup Mr Big nak pi jejalan kat Bukit Bintang kan. So why not, singgah je lah while dia pi shopping beli barang computer.


Event SHILLS ni di adakan di Celebrity Fitness Lot 10, tingkat paling atas sekali.



Sesampai je terus je masuk ke area yang khas untuk berzumba tuh, register then pi amik-amik gambar. Dahlah aku sorang je melayu nasib baik ramai gak bebudak bloggers cina ni sembang-sembang dengan aku. Adelah geng sket kan.


Bukan workout, SHILLS memperkenalkan produk nak kata terbaru tak lah tapi generasi keempat tau produk ni iaitu SHILLS Miracle-Lift range. Untuk bercerita lepas lanjut pasal produk kecantikan ni, SHILLS telah menjemput beauty guru dari Taiwan Zach. Kalau korang perasan, muka dia sebiji macam pelakon Korea yang datang drama ‘My Love from Star’


Yuki sebagai model untuk Fit Patch Anosa

Elena jadi model untuk V mask

So workshop dalam Bahasa cina, kerlass ok nasib baik Yuki duk sebelah aku dan explain satu persatu.

cara menggunakan Fit Patch Anosa

titik point cara mengurut muka dan kesannya terhadap anggota badan yang lain

cara urutan muka

Macam yang dapat aku belajar dari workshop selain daripada cara bersenam yang sesuai di pejabat kan.


Shills Miracle-Lift Body Contour (RM148 – 250ml)

Shills Miracle-Lift Firming Body Wash (RM59 – 200ml)

Shills Miracle-Lift Firming Body Scrub (RM59 – 250ml)

Shills Miracle-Lift Facial Firming Mask (RM118 – 5 pcs)



Ada lucky draw session jugak, menanglah aku sebakul buah sumbangan MBG as a sponsor. Seronok minggu lepas, asyik minum jus buah je bile time dinner. Sesket blend buah sesket blend, rasa cam dah kurus plak bila minum air buah selalu ek.

Thanks Shills..

Thursday, May 22, 2014

Berlari Di Pagi Ahad Bersama Roasters Chicken Run 2014

Hi Korang,


Aku ni bukanlah terrer bermarathon sangat pun, baru jalan sket dah letih inikan plak nak berlari kan. Tapi tak pe sekali sekala ikut serta dalam larian amal cam ni, keluar gak peluh sket.


Event ini anjuran Kenny Rogers Roasters (KRR) Malaysia tau, rupanya dah 10 tahun mereka melakukan aktiviti amal ni. La ni baru aku tau, teruk sungguh. Nama je lifestyle blogger tapi cerita cam ni lambat update. Cisss tercabar gak rasanya.



Dengan seramai 3,800 pelari semua peringkat umur datang bersama-sama pada pagi Ahad yang indah di Sunway Lagoon untuk larian amal yang ke-10 acara Roasters Chicken Run! Acara ini telah disempurnakan oleh Sinje Lee, selebriti Malaysia antarabangsa dan pengasas bersama Little Yellow Flower foundation serta komposer-penyanyi dan artis terkenal sukarelawan yayasan Little Yellow Flower, Ms Yise Loo.

PROGRAM LARIAN AMAL ROASTERS CHICKEN RUN 2014


Dana daripada Roasters Chicken Run 2014 secara khususnya akan ke ‘Program Pemakanan, Makan tengahari dan Tuisyen’, disasarkan untuk memberi manfaat keluarga bandar yang hidup dalam kemiskinan. Keluarga miskin yang tinggal di kawasan bandar masih wujud di Malaysia, banyak yang tidak mendapat cukup untuk menyokong diet sihat untuk kanak-kanak. KRR juga akan menyediakan makanan sihat KRR sekali setiap dua bulan bagi tahun kepada kanak-kanak di bawah yayasan ini.





Sebagai sebahagian daripada sumbangan, KRR juga akan menyediakan bahan-bahan bacaan yang lebih dan buku-buku kepada “Reading Wonderland” Program di bawah Little Yellow Flower. The Wonderland Reading pada asasnya adalah perpustakaan komuniti dan sumber maklumat untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk membentuk rasa membaca dan potensi diri.


“Saya gembira berada di sini hari ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan sokongan saya kepada program yang bermakna ini. Kami menghargai KRR pengiktirafan berterusan mereka terhadap asas Little Yellow Flower. Dengan matlamat yayasan itu untuk membantu yang kurang bernasib baik, kami akan terus memberikan khasiat dan pendidikan yang diperlukan untuk pertumbuhan kanak-kanak ini dan kesejahteraan" kata Sinje Lee sebelum dia melepaskan larian.


“RCR (Roaster Chicken Run) sentiasa menjadi sebahagian daripada kempen kemasyarakatan KRR kami. Kami menghargai masa depan generasi muda dan kami berusaha keras untuk menyediakan bantuan dan menyokong kepada yang memerlukan. Selain daripada menyokong keperluan pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak, kami gembira telah mengumpulkan lebih RM65, 000 kepada Little Yellow Flower untuk tahun ketiga berturut-turut," komen Dato Francis Lee, Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd

dengan Anis dari KRR team

blogger nanie dengan anak-anak yang comey..

starbucks coffee......

ini cawan yang kedua tau..

bapak ayam bersama anak-anaknya..

minum 100 plus plak..

Ktorang sebagai petugas media ni, haruslah seronok kan. Nak berlari boleh, tak berlari pun tak per. Sudahnya aku bercamwhore je dengan para peserta ni. Simboliknya larian amal ni,setiap daripada mereka di kehendaki membawa telur mentah di dalam kon ais krim semasa mereka berlari dan kalau pecah mereka akan disqualified.



Cam tu sekali ek, tapi seronok lah. Tak delah orang nak bertolak-tolak time berlari coz nak kena jalan telur masing-masing kan.

Untungnya jadi peserta ni, lepas je abis larian amal Roaster Chicken Run ni, diorang dapat tiket masuk ke Sunway Lagoon secara percuma yang memang dah include dalam goodies bag yang diorang dapat. Bestnya la kan, abis berlari terus berendam plak. Kesemua 5 park boleh masuk, cuma larat ke tak kan.


Ktorang ni pun sama gak, ada gak pas masuk ke Sunway Lagoon ni. Senyum manjang memasing. Dengan tak bawak baju extra bagaikan, argh lantak lah terus terjun masuk pool. Hahahahaha

Memang enjoy rasanya kalau tiap-tiap ahad cam ni kan.




Tuesday, March 25, 2014

Dance Marathon Di World Kidney 2014


Hi Korang,

Pepagi ahad lepas, aku sempat pi menari samba ria kat One Utama.


Ala korang, suka-suka je join charity event ni yang di anjurkan oleh National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) dan Celebrity Fitness Malaysia.


Walaupun event start kul 9.30pagi tapi dah ramai dah tunggu dari kul 7pagi lagi, yelah sebelah tu kan ade Central Park, so diorang jogging dulu then terus kemari.




Majlis di rasmikan oleh Yang Berhormat P.Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum beliau melawat booth-booth kesihatan yang telah pun disediakan.


Memang ramai orang tau, semuanya pakai warna merah sebagai tanda menunjukkan sokongan pada NKF. Yelah tema untuk tahun ni ialah “Kidney’s Age, Just Like You”.



Memang betul korang, menari 3 jam non-stop, ada tarian Zumba, Kukuwa African Dance, Les Mills Sh’bam dan juga Dance N Attitude (DNA), semuanya dari Celebrity Fitness punye instructor.

Aku?


Melompat-lompat, pusing kiri kanan, kiri kanan dalam 10 minit dah semput, ermm memang metabolism aku rendah betul lah.





Sudahnya aku duk amik gambar orang menari jelah..

mentedarah ayam grill kat BBQ chicken

Ishkk memang kena bersenam gak la aku ni, berjalan tu memanglah ada but fizikal exercise tak de ooo. Kira bahaya gak aku ni

Ok ok aku bersenam lepas ni nanti ek..



Friday, July 30, 2010

Hidup Semakin Ceria Dengan Burung Biru Berkicauan

Korang,

Sekarang nie hidup aku makin ceria sebab aku dah pandai guna burung biru berkicauan nie. La korang tak kan tak tau? Ala Twitter lah. Sejak ada telefon tolak2 screen nie banyak benda aku belajar lah.

Actually, aku memang dah lama ada account Twitter. Register bukan main lagi tapi haram apa benda pun tak tau. Then sejak dah tau ade function twitter dalam hp baru nie, wah trus aku teruja nak mencuba.

Kali pertama, aku cuba. Ermm hancur. La korang tak caya. Tengok nie. Aku tertweet kak Red. 2 kali dia tweet aku tanye kenape.(Kak Red jangan marah tau) Nasib baik dia tak bising.Then belajar lagi, si SumiJelly plak ajo. Aduh terasa benak betul otak aku nie. So dah pandai sket. So dah retilah baca segala mak nenek tweet2 diorg nie.


Then tadi CheArmster plak ajar aku sket2. Ishk banyak betul benda kena tau lah. So aku pun pi lah refer memana blog yang ada citer pasal Twitter nie. Sampailah aku ke blog sembang komputer. Banyak jugaklah info2 pasal twitter dalam blog nie. Now terasa dah pandai sket, makin seronok plak rasa. Maklumlah geng arituh pun dah start follow memfollow aku. So boleh borak2 dalam nie kan.


Itulah yang aku alami 2-3 hari nie. Proses pembelajaran ilmu baru sedang berlaku. Aku rasa makin hari makin senang aku menggunakannya.


Tapi kalau korang still terkial-kial macam aku gak, korang layan video nie. Senang paham tau. At least korang can get an idea apa itu twitter okeh.

Selamat Bertwitter Kengkawan

p/s: Nampaknya kuranglah guna facebook pas nie ye..Jawabny nanti dengan mrBig pun aku bertwitter gak. Mampus!