Showing posts with label cyberjaya. Show all posts
Showing posts with label cyberjaya. Show all posts

Tuesday, July 7, 2020

Restoran Sana-Sini Cyberjaya, Makan Sampai Tersandar Dibuatnya

Hi Korang, 

Lama betul tak ke D’pulze Cyberjaya ni ek. 

Yelah musim PKP kan so mane boleh jejalan sangat kan hehehehe so tup-tup hari tuh ada plak yang mengajak makan-makan ermm apa lagi jangan lah lepaskan peluang. 

makan-makan dengan acik kols

Unik nama restoran ni ek, Sana-Sini apa yang di sana –sini kan tak sempat plak kak lily nak tanya kan staff diorang hari tuh. Oh ya, pelbagai pilihan hidangan fusion dan berinsipirasikan masakan Hong Kong yang enak-enak ditawarkan. Oh i like ala-ala chinese food nieh, memang sangat rambang mata tak tau nak pilih yang mana kan. 




Kak lily suka susunatur di dalam restoran ini, kemas dan simple untuk menampakkan lagi keluasan kawasan restoran ini. Kita boleh nak duduk di mana, kalau reramai banyak meja-meja panjang di sediakan. Kalau nakkan privacy ada meja berdua di bahagian tepi dan ada juga meja makan yang berhampiran dengan 'mini playground' yang disediakan di dalam restoran ini. Tempat untuk menyambut hari jadi juga turut di sediakan, jadi tak payahlah kita sebagai pengunjung nak bawak segala jenis props di restoran ini untuk mengadakan party hari jadi. 


Di sebabkan kami ramai so seharusnya pemilihan meja panjang yang sesuai untuk kami, di susunnya menu makanan sepanjang meja dan dan kita pilih jer mana satu yang kita nak makan hehhee.. nasib baik Ida dah order siang-siang so tak delah pening nak makan apa. 


Tengoklah saiz hidangan minuman, masyallah saiz JUMBO!! Arghhhh besar gile kalau Mr Big ni memang dia sukalah sebab tak payah nak tambah order air banyak kali. 

Pilihan Menu Hidangan FUSION dan Inspirasi Dari HONGKONG 

Tak yah nak membebel panjang kak lily tunjukan menu-menu makanan yang menjadi hidangan kami pada hari itu, korang jangan terperanjat plak ek hehehehehhe…. 

Nasi Ayam 7 Adik Beradik

Salted Egg Chicken Wing 

Curry Laksa Noodle 

Butter Milk Chicken Rice

Sizzling Yee Mee With Chicken And Mushroom 

Sizzling Ayam Bakar Rice

Hokkaido Curry Chicken Chop Rice With Omelette

Pineapple Seafood Fried Rice 

Pumpkin Fried Rice With Chicken Chop 

Sweet And Sour Fish Rice 

King Prawn Kway Teow With Ginger And Egg 

Salted Egg Yolk Squid Rice

Claypot Beancurd With Vegetable

Butter Chicken With Egg Floss Rice

Spicy Szechuan Chicken Rice 

Classic Chicken Carbonara 

Sambal Prawn Rice

Spaghetti Aglio Olio With Seafood 

Fire Flame Cajun Chicken Chop

Black Pepper Beef Rice

Tentu korang dapat bayangkan macam mana ktorang nak abiskan kesemua makanan-makanan nieh, memang licin semuanya siap ada yang mintak tambah lagi, ishkk tak tau malu betul lah kan. 


Kak lily suka Nasi Ayam 7 Adik BeradikSpicy Szechuan Chicken Rice dan Spaghetti Aglio Olio with Seafood, dua-dua hidangan nampak macam biasa-biasa jer tapi boleh tahan juga pedasnya tapi enak bangat dong.. 

Oh ya kalau makan di sini, disediakan juga sekali 'free flow' untuk ais krim, sup dan salad di satu sudut khas. Ermm boleh tambah sesuka hati asalkan jangan membazir yer. 

bahagia memasing bila cakap jom makan

Seriously kak lily sukakan konsep sebegini, ala-ala hotel gituh siap ada hidangan appetizer dan dessert lagi, seharusnya lamalah ktorang lepak kat sini. 

In terms of harga, ya ampun tak delah mahal sangat pun, berpatutan kak lily rasa. Biasalah sepinggan bawah RM16 kan, standardlah kalau makan di restoran di Kuala Lumpur dan Selangor ni. 

Jom terjah ke :

Restoran Sana-Sini 
Lot Number: LG 01, 
DPULZE SHOPPING CENTRE, 
Persiaran Multimedia, 
Cyber 12, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor



Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut : 


Facebook : 

Instagram : 





#SanaSiniRestoran 
#FoodReviewMalaysia 
#FoodHunterMalaysia 
#MalaysianFood 
#InstaFoodMalaysia 
#FoodBlogger 
#DpulzeCyberjaya 
#SSRXBlogger

Sunday, March 3, 2019

Rumah Selangorku Idaman PKNS Di Cyberjaya, Tawar Harga Mampumilik

Hi Korang, 

Seriously dengan keadaan ekonomi masa kini memang agak payah bagi golongan marhaen dan golongan B40 untuk mendapatkan kediaman sendiri pada harga yang berpatutan. 


Betul, di kawasan rumah kak lily ni majoriti harga rumah adalah dalam lingkungan RM700 ribu hingga ke RM3 juta. Tambahan pulak Bangi ni merupakan kawasan pinggir bandar yang kemudahannya meningkat naik so lagilah mahal kan. 

So baru-baru ini kak lily berkesempatan ke majlis pelancaran Rumah Selangorku Idaman Residensi di Cyberjaya di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri (PKNS). Sudah menjadi keutamaan PKNS bagi menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan rumah pada harga berpatutan, sekaligus memberi peluang kepada golongan rendah dan sederhana di negeri ini memiliki kediaman sendiri. 


Dan untuk projek terbaru yang dilancarkan dan mula dibuka untuk jualan adalah Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar (58,328 meter persegi) yang terletak di Seksyen 6 Selangor Cyber Valley (SCV) Cyberjaya. Dengan menawarkan sebanyak 864 unit kediaman termasuklah 4 unit khas untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ditempatkan di tingkat bawah jelas kesungguhan pihak pemaju menawarkan kediaman terbaik untuk bakal pembeli rumah. 


Selain itu pangsapuri ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan seperti tadika, ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, taman permainan, parkir kereta bertingkat, bilik pengurusan jenazah dan juga pondok pengawal keselamatan. 

Harga rumah mengikut keluasan


Keluasan rumah adalah 1000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air. Harga yang ditawarkan RM232,000. 

Contoh dekorasi bagi unit standard

Contoh ruangan dalaman bagi OKU Unit

* kredit foto : Miera Nadhirah, Atie Adnan 

Kak lily  sempat melihat sendiri contoh rumah yang dipamerkan di tapak pembinaan. Memang sangat cantik dan kemas apabila dipertengahkan konsep dekorasi minimalis. Simple and nice, tak terlalu serabut.

Di Sekitar majlis pelancaran Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi 


Majlis di rasmikan oleh YAB Tuan Amirudin bin Shari (Dato’ Menteri Besar Selangor), Y.Bhg. Puan Hajah Norita Bt Mohd Sidek (Acting Chief Executive Officer, PKNS) dan Y.B Puan Haniza binti Talha (Chairman of Housing, Development Management and Urban Living for Selangor) 


Antara pembeli terawal Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi para VVIP, tahniah di ucapkan kepada mereka-mereka ini. 

Di antara laluan-laluan dari atau ke Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi boleh melalui Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX. Dan jarak dari tempat-tempat tertentu ke perumahan ini adalah seperti:- 

* Putrajaya ( 17 km ) 

* KLIA ( 29 km ) 

* D’Pulze ( 7 km ) 

* Shaftbury Square ( 8 km ) 

* Centrus Mall ( 7 km ) 

* Universiti Multimedia - MMU ( 4 km ) 

* Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS ( 5 km ) 

* Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing ( 10.5 km ) 

* Universiti Islam Malaysia ( 7 km ) 

* Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch ( 8 km ) 

* Sekolah Antarabangsa ELC ( 6 km ) 

* Sekolah Antarabangsa Korea ( 1 km ) 

* Kolej FTMS ( 5 km ) 

* Kolej Antarabangsa Kirkby ( 6 km ) 

* Kolej Universiti Mahsa ( 11 km ) 

Kedua-dua projek perumahan ini dijangkakan siap pada tahun 2021 dan akan menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC) di pertengahan tahun yang sama (2021). 

Cepat betul rasanya kan!! 


Jika berminat untuk memohon Rumah Selangorku atas talian boleh layari ke laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) iaitu : http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs

Korang juga boleh juga hubungi wakil jualan di talian seperti berikut :
019 2139991 
018 2051713 
017 3634821 
013 5224122  
019 6994004 

03 89262000 - Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan 

Untuk keterangan lanjut, sila layari:

LAMANWEB : 

FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 



Tuesday, May 31, 2016

U.S Fries and Burgers Fiesta At The Burger Factory Cyberjaya

Hi Korang,

Bagi menyokong U.S Fries and Burgers Fiesta yang sedang berlangsung sekarang ni, aku sempat merasai di The Burger Factory Cyberjaya last week. Selalu ni aku selalunya lalu lalang kat area Shaftbury Square tapi tak berapa perasan pun ada kedai burger yang awesome tak henggat ni tau.


Bawah sekolah Aakif anak sedara aku je restoran burger ni



Masuk-masuk je dalam restoran ni, deconya sangat-sangat simple, sampai aku ingat tempat lepak bebudak student kat Cyberjaya ni kan. Rasa cozy dan selesa je dan yang penting restoran ni HALAL ek. 


Aku ingatkan menu burger biasa-biasa je macam daging, ayam dan kambing tapi rupanya menu burgernya memang sangat awesome yang sampai korang akan pening nak memilih mana satu nak makan.

So jom cuba 2 jenis burger yang dihidangkan sempena U.S Fries and Burgers Fiesta nie.

Beef Burger On Fire – RM15.90

Di perbuat daripada 100% daging burger Australian ground beef patty yang HALAL yang dihidangkan sekali bersama sos Bolognese pedas, ham, gherkin, jalapena, cheddar cheese dan fry sauce. Gabungan sos pedas jalapenos dan Bolognese memang memberikan seri buat burger daging ni. Kalau tak kuat pedas jangan gatal-gatal nak order ye. Huahauhauha

Putrajaya – RM12.90

Comey kan nama burger ni. Burger rasa tempatan yang didatangkan dengan kari ayam, telur, cheddar cheese, waffle fries (U.S lattice cut fries), Japanese cucumber, onion dan di tambah dengan sos kari istimewa. Kentang U.S tuh di letakkan di tengah-tengah untuk menambahkan lagi keenakan kentang pada burger tersebut.

Salted Egg Yolk Fries
(Hidangan istimewa sempena U.S Fries and Burgers Fiesta – masa terhad)

Sangat-sangat sedap terangkat oooo. Telur asin di sira di atas kentang goreng dan dihidangkan panas-panas. Kena plak dengan sos istimewa tuh so lagilah angkat mengangkat ek

Apmacam? Awesome kan…


U.S Fries and Burgers Fiesta promotional menu ni boleh di dapati dari sekarang hingga 31 Mei 2016, korang join gak instagram contest kan. Untung-untung boleh menang hadiah menarik. Caranya korang upload gambar ke instagram dengan hashtag #usfries&burgerfiesta, 3 pemenang bertuah akan dipilih.

Ini hah tempatnya:

The Burger Factory @ Cyberjaya
P1-01, Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia,
63000 Cyberjaya

Tel : 03-8322 0912
Opening Hours (MON-SUN) : 12.00pm – 12.00am

Dah cuba ke makan kan sini, la kenapa tak bagitau aku ek!!


Tuesday, September 22, 2015

The Story 2015 Dari Generasi Bersatu Malaysia (GBM)

Hi Korang,

Masa cuti Hari Malaysia yang lepas, aku sempat ke majlis 'The Story' 2015 bertempat di Multimedia University Cyberjaya. Terima kasih Ilya atas jemputan istimewa ini.


The Story merupakan sebuah majlis yang dianjurkan bagi memberi inspirasi buat rakyat Malaysia yang berbilang kaum terutamanya generasi muda untuk berusaha dan berjaya dalam bidang yang ingin mereka diceburi.


The Story adalah sebuah insiatif oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM), sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu pembangunan belia di Malaysia dengan memberi tumpuan di dalam merangka penyelesaian kepada masalah sosial dan meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang melalui pendekatan dengan idea yang inovatif. 


Majlis dimulakan dengan sesi perkongsian kisah pengalaman dan perjalanan hidup penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin. Ikon persada seni tempatan dan antarabangsa yang telah menghasilkan lebih dari 20 buah album dan memenangi 200 anugerah di dalam dan luar negara ini berkongsi kepada para penonton kunci kepada kejayaan dalam mengejar impian sebagai seorang anak seni. Beliau juga turut berkongsi kisah suka,duka dan cabaran sebagai seorang anak seni di sepanjang perjalanan karier seni penuh warna-warni beliau.


Seterusnya para penonton dibawa terbang tinggi ke awan biru bersama Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X & Pengasas Tune Group. Individu yang amat disegani dalam bidang korporat dan penerbangan ini berkongsi tentang cita-cita dan kerjaya. Beliau telah kongsikan pelbagai pengalaman kerjaya beliau yang menjadi motivasi kepada perjalanan hidup beliau serta cabaran dan peluang di dalam bidang penerbangan.


Majlis seterusnya menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4 untuk berkongsi kisah pengalaman dan perjalanan hidup beliau. Bapa Pemodenan Malaysia, ini memberikan inspirasi kepada para penonton melalui pengalaman beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun.


Para penonton yang hadir turut diberi peluang untuk bertanyakan soalan kepada ketiga-tiga tokoh undangan mengenai pegalamann dan perjalanan hidup mereka dalam mengecapi kejayaan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian daripada barisan penyanyi tempatan berbakat besar seperti Amanda Imani, Aiman Ismail dan Wanns Ahmad. Majlis turut mengundang Tya Arifin pesona bintang baru bidang lakonan dan nyanyian Indonesia untuk menghiburkan para penonton. 


The Story melengkapkan pengalaman para penonton yang hadir dengan persembahan istimewa daripada Ikon Pop Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin.