Showing posts with label cukai jalan. Show all posts
Showing posts with label cukai jalan. Show all posts

Thursday, March 14, 2013

Panduan Renew Insuran Dan Roadtax Kereta Anda

Hi Korang,

Ini kira termasuk dalam segmen ‘Sayangi Kereta Anda’ gak tau.


Hujung bulan ni, aku dah kena renew insurance dan roadtax kereta kelabu aku tu kan. Ingat apa, service dan  isi minyak kereta je.

Oit, ini maha PENTING wokeh!


Ini dia tips dan panduan untuk renew insurance kereta korang ek


1. Bilakah waktu untuk memperbaharui cukai jalan?

Sila tengok roadtax kereta korang sekarang gak, bila MATInya.

Ceritanya:
sebenarnya anda boleh memperbaharui cukai jalan 60 hari sebelum tamat tempoh. kira-kira 2 bulan sebelum roadtax mati. ramai yang tidak tahu kerana tidak pernah membaca/membelek geran kenderaan sendiri. sila semak pada geran, bawah sekali bahagian Nota Penting, No. 3.

Lesen kenderaan motor yang sah hendaklah dipamerkan. anda boleh meperbaharui lesen 60 hari sebelum tempohnya tamat.

2. Elakkan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.

Alah malas nak amik cuti lah, suruh runner je buat. Senang abis citer. Siapkan duitnya.

Ceritanya:
selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperdaya.



selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.

Tanya kat banklah atau car dealer atau company buat insurance pun boleh. Lagi banyak info korang boleh dapat.

Ceritanya:
jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insured.

Banyak sangat duit korang nak insured bebanyak, bukan dapat claim lebih pun kalau jadi apa-apa kat kereta korang kan.

Ceritanya:
jika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insured.

Jangan kedekut wokeh, insured according harga semasa (market value)

Ceritanya:
sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta  anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;

Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00




6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.

Tanya pada orang yang bijak pandai macam tokeh car dealer, bank, company insurance. Eh, bukan aku dah bagitau tadi ke

Ceritanya:
jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.


Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.


cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.


7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.

Aku dah lebih 12 tahun pakai kereta. So far NCD aku still 55%, jadi dapat separuh bayaran percuma tau.

Ceritanya:
NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.


8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?

Ini aku belum pernah buat lagi. Jadi aku tak berape nak arif ye.

Ceritanya:
ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.



walhal ia tidak benar sama sekali. anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.


sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.


9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.

Ini aku tau but prosedur kena tau betul-betul. Kalau salah prosedur, lambatla duit claim korang tu di transferkan ye

Ceritanya:
ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trade-in.



Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.


selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.



Ok dapat tangkap tak apa yang aku duk bebel kat atas tu tadi?
Dapat sket2, itu dah cukup bagus dah. Untuk kita orang-orang pompuan yang selalunya lelaki anggap lemah ni, kira kalau jadi apa-apa semua kita boleh buat sendiri kan.
Aku belajar ni pun sebab dulu aku pernah kena tipu dengan satu BANK kat JB. Orang bank tu cakap bagi semua duit +komisen kat diorg dan sekejapan dah boleh siap. Masa tu baru umur 22 tahun, langsung tak tau apa pasal kereta kan serah bebulat. Sudahnya sampai petang aku duk melanguk dalam bank tu, siap tido pelbagai aksi lagi. Bila dapat roadtax dan insurance tu aku kena marah plak coz buat onar dalam bank. Ishk jahanam betul!.
Lepas tu, terus aku belajar dan buat sendiri. Sekejapan je tak yah nak amik cuti bagai.
Now, dah pandai pun. hehehehehe

Info yang aku dapat ni, credit to www.afyan.com , www.coretan-cyber.blogspot.com dan www.sioloon.com